Assalammualaikum,
Tarikh 3hb Mac begitu mendebarkan buat Iqa.Aku yang perlu mengambil bekalan ubat di HSA JB mengambil kesempatan pergi sekali pada tarikh yang sama .Melalui pengalaman anak2 yang terdahulu result SPM biasanya dikeluarkan agak lambat.Hanya bertolak pada 9.30 pagi untuk terus ke hospital ....walaupun hati penuh debaran amat terutama Iqa yang dah tak boleh menjamah sarapan lagi.
Sepanjang perjalanan hati sentiasa berdoa agar Iqa dapat yang terbaik ,wlaupun yakin Iqa boleh ...tapi dada terasa nak pecah menahan debar.Oleh kerana dah lebih 10 pagi Iqa kata nak tengok result melalui sms.Perjalanan ke JB berjalan lancar tapi bila dah tiba hospital parking betul2 penuh.Aku dan Iqa saja turun depan poliklinik utk ke farmasi sementara Iman dan ayah nya masih lagi berligar2 mencari tempat parking.Dalam perjalanan ke farmasi terdengar bunyi dari sms....dah agak mesti result ni...olehkerana berdebar amat hanya buka setelah duduk menunggu giliran ambil ubat.Alhamdulillah ...syukor tak terhingga bila tengok sendiri result yang tertera ...hilang rasa seram sejuk yang ku rasa di sepanjang perjalanan tadi.
Olehkerana orang agak ramai di farmasi ,agak lama juga kami dapat giliran .Di sekolah dah pun mulakan acara penyampaian keputusan SPM ....kawan2 Iqa tak henti2 hantar wassap .Bila selesai part ubat,tak buang masa lagi terus ke sekolah Iqa ...majlis dah pun selesai tapi kawan2 Iqa dah menunggu depan dewan .Terus jumpa guru kelas untuk ambil slip dan fail.Puan Lee Lee Peng yang sentiasa senyum kata kenapa lewat ...tak dapat naik pentas dah...Alhamdulillah dapat tengok sendiri slip peperiksaan Iqa .....bersyukor sangat segala penat lelahnya belajar menjadi bermakna dengan keputusan 10A nya.....Alhamdulillah dia dapat 9A+ 1A...Terima kasih Allah yang memberikan kegembiraan pada kami disaat diduga masaalah kehidupan.
Moga Iqa dapat meneruskan kehidupan dengan lebih cemerlang ,juga menjadi umat yang cemerlang di akhirat kelak.
Alhamdulillah.. tahniah buat Iqa dan kedua ibubapanya...
ReplyDeleteTAHNIAH! buat Saniah dan Iqa.
ReplyDeleteTahniah Iqa... berkat usaha Iqa dan doa keluarga semuanya akhirnya berjaya.
ReplyDeleteApa misi seterusnya. Nampak gaya mak-ayah kena tinggal lagilah...
Alhamdulillah, tahniah Kenapa Iqa dan Si. nanti share. tips ye Iqa Untuk aunty sampai kan utk anak2 aunty :). sori keyboard down.
ReplyDeleteTahniah buat Iqa dan emaknya.....Kalau okje dah nangis gembira dah tu SI. .....
ReplyDeleteSI dah biasa kot, so tak nangis yeh hihi.
Okje nak tumpang sejuk perut mengandungkan Iqalah SI hihi.....
Alhamdulillah..tahniah Iqa!!!N tahniah n parents Iqa juga pandai didik anak ;)
ReplyDeletealhamdulillah....tahniah buat iqa dan akak sekeluarga,saya nak suruh anak dara saya baca n3 ni bagi dia bersemangat sikit sebab tahun ni dia ambil spm....semoga anak2 akak terus berjaya didunia dan akhirat...
ReplyDelete