Total Pageviews

Tuesday 17 March 2015

Ke hutan pula

Assalammualaikum
Sudah bertahun2 aku tak jejak kan kaki ke air terjun Gunung Pulai sejak tragedi yang berlaku di kawasan kampung di kawasan hutan lipur bertahun2 yang lalu. walaupun tak lah begitu jauh dari tempat kami ,kalau berkereta adalah 1/2 jam perjalanan....
Dek kerana Iman yang tak habis2 mengajak ke sana bila kerap lalu jalan pintas untuk ke bandar Pontian akhirnya ikut kan juga ...tapi bukan le kawasan hutan lipur yang asal tapi tempatnya  berdekatan dengan Kem Kaizen.Agak jauh juga masuk ke kawasan kampung dengan jalan yang sempit ditambah pula ada majlis perkahwinan dengan kereta berderet2 diletak kan ditepi jalan ....rasa nak patah balik je tapi bila ingat kan Iman yang nak sangat pergi tawakal je redah....


Bila tiba agak ramai juga orang ...maklumlah cuti sekolah ,yang pasti memang tempat mandi nya pun sesuai untuk budak2 je.Aku tak nampak pun bayang air terjun kat kawasan ni seperti ditempat asal dulu ....tak taulah jika ada disebelah atas lagi.Azim yang bersedia bawa pakaian untuk mandi pun tak selera dah  bila melihat keadaan air yang agak keruh dan cetek.,sedangkan ramai mak2 budak dan orang muda yang duk riangria main air.
Pada pandangan aku kalau nak kan istirehat memang sesuai sebab kawasannya dikelilingi pokok2 hutan yang menjulang tinggi ,sejuk dan nyaman udara terasa....sang monyet pun ramai yang menyapa.Disediakan juga tempat untuk BBQ dan tandas untuk kemudahan awam...tapi kalau untuk mandimanda terpulang pada diri.
Sempat juga Iman berendam sekejap ,kami hanya jadi pemerhati ditepi kolam  sambil makan jajan yang dibawa...kata Azim boringnya jadi Iman sebab masa dia kecil ,abang dan kakak juga masih budak2 seronok kalau pergi berkelah atau mandimanda bersama.Sekarang ni bila ke pantai atau ke tempat main2 air anak2 yang besar manalah berminat lagi.Kalau boleh anak2 ni lagi suka santai2 di rumah ....

Tempat ini dibuka dari pukul 8 pagi -5 ptg ,pagar akan ditutup pada jam 6petang .Tapi masa kami pergi tu belum pun pukul 5 hujan lebat dah pun turun....Iman pun salin baju basahnya dalam kereta....kami terus balik walaupun ada lagi beberapa kenderaan yang baru tiba .

6 comments:

  1. anak2 acik masa kecik pun memang suka mandi2 ni saniah..tapi acik tak berani nak bawan tempat2 air terjun..selalu pi cari kolam je

    ReplyDelete
  2. ceteknya air..lagipun kalau orang ramai sangat pun tak best

    ReplyDelete
  3. Cetek sangat airnya tak boleh menyelam.

    Anak2 kak zai suka main air cuma siadik aje yang tak berapa suka.

    ReplyDelete
  4. salam, boleh tahu tak tragedi apakah yang berlaku??

    ReplyDelete
  5. dah lama tak mandi air terjun sejak tahu ada kes kepala air dan kencing tikus

    ReplyDelete
  6. Okje jarang gi tempat air terjun gini SI..... Teringin jugak tp bila mengenangkan nak salin baju lepas mandi tu jadi malas....Sebab tak banyakkan bilik persalinan dia. Pernah gi sekali kat Guunung Ledang...tp okje tak mandi pun, budak budak jer...

    ReplyDelete