Total Pageviews

Tuesday 10 March 2015

risau

Assalammualaikum,
Sabtu 7hb Mac hadiri mesyuarat PIBG dan Akujanji di sekolah Azim ,walaupun hari yang sama ada majlis yang sama di sekolah Iman .Biasalah majlis2 kat sekolah ni sepanjang anak2 aku bersekolah kaum ibu yang ramai hadir apatah lagi bila majlis pun diadakan pada hari bekerja....
Selain dari mesyuarat PIBG dan Akujanji untuk murid yang bakal ambil PT3 dan SPM ada juga majlis anugerah cemerlang untuk peperiksaan tahun 2014 .Aku fikir tentunya untuk pelajar cemerlang PT3 dan SPM tahun lepas ,tak sangka nama Azim juga tertera di kertas untuk anugerah cemerlang akhir tahun......Alhamdulilah
                 sijil dan cenderahati yang diperolehi...

Semasa mesyuarat berlangsung Azim datang pada aku padahal dia sedang mengikuti program motivasi di dewan makan asrama setelah penyampaian hadiah.Katanya badan dia panas dan rasa nak demam....minta panadol jika ada.Hati aku mula risau kerana dia baru saja sembuh dari sakit dah demam kembali.Janji dengan dia akan datang sebelah petang sama ayahnya.
Petang sebelum asar lagi kami pergi ke asrama dia ,mujorlah tak jauh.Cadang nak bawa dia ke klinik atau balik saja ke rumah tapi dia tak nak ,cuma minta dibelikan panadol dan air hundred plus.Katanya hari Isnin dah ada ujian ,tak mahu dia cuti lagi.Bawa kan roti untuk alas perut sebelum makan ubat ...katanya takde selera .Dah dipaksa baru dimakannya kemudian dia suroh tunggu sekejap untuk solat asar ...selesai solat nak minta roti lagi....ayah dah makan kata ayah nampak sedap je ,kata aku....takpelah katanya tapi si ayah rasa galat sangat ....huhuuu
Walaupun dapat jumpa dan hantar ubat pada dia hati tetap risau .Azim ni agak pendiam duduk di asrama pun mungkin tiada yang tahu dia demam atau sakit .Pesan dengan dia berkali2 agar telefon segera jika demam tak kurang ....tapi sehingga hari ini pun dia tak lagi hubungi kami di rumah....biasa lah jadi ibu ni risau memanjang walaupun anak dah besar panjang apatah lagi takde depan mata  bila dia tak sehat begini.

7 comments:

  1. Saniah, pengalaman saya... anak bersekolah asrama, bila mesyuarat PIBG kaum bapa yang ramai datang... tapi di sekolah harian ramai parent yg tak datang. Kalau dtg pun muka-muka yang sama saja setiap kali mesyuarat.

    Sepanjang anak2 bersekolah saya tak pernah miss menghadiri majlis penyampaian anugerah cemerlang anak-anak di sekolah. Malah hari akademik (ambik report kad). Pernah sekali dua-dua anak serentak menerima anugerah pada hari yg sama di sekolah yg berlainan. Terpaksa berbahagi dan saya wakilkan kehadiran saya pada adik saya yg bongsu.

    Tahniah atas kecemerlangan anak-anak Saniah!

    ReplyDelete
  2. tahniah kak kerana berjaya mendidik anak akak menjadi pelajar cemerkang. :)

    ReplyDelete
  3. Pandai saniah dan hubby mendidik anak. Tahniah buat anak2 dan saniah suami isteri.

    Semoga azim cepat sembuh.

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Saniah..Tahniah utk anak2 akak..semoga semuanya cemerlang.Aamiin

    ReplyDelete
  5. Tahniah Azim, tahniah SI..... seronoknya dpt tengok anak dapat hadiah.

    Memang risau kita jadi mak kalau anak sakit. Lagilah tak de depan mata. Cuma doa jerlah yg menghubungkan ikatan ibu dan anak tu kan SI.
    Moga Azim sihat

    ReplyDelete
  6. tahniah Azim..anak kalau demam memang hati kita risau kan Saniah..dia diasrama..kita dirumah yang tak boleh tidur

    ReplyDelete
  7. Ish ish ayahnya pun..termakan pulak roti tu. Kan dah ralat...semoga cepat sembuh dan pasang gear empat study ya

    ReplyDelete