10/10/2020 ramai yang ambil kesempatan untuk mengabadikan tarikh yang cantek ni terutama pasangan2 pengantin ,ramai yang buat majlis akad nikah.Anak sedara sebelah suami dan sebelah aku juga diijab kabul pada hari itu.Serba salah dibuatnya bila kami dijemput hari yang sama dan lebih menjadikan serba salah bila adek aku yang menjemput itu berada di negeri Selangor yang ketika itu wabak covid19 sudah mula menular di sana.Yang anak sedara sebelah suami kami awal2 dah bagitau tak dapat hantar pengantin ke Bekok Segamat...settle.
Bila hampir tarikh 10/10 tu wabak covid semakin ramai yang kena di Selangor .Stress dan risau sangat masa tu, bertanya pada diri samada kena pergi atau tidak ...takut sebenarnya apatah lagi nak ke majlis2 bertemu orangramai.Sebelum wabak mula meninggi kami adekberadek dah plan nak pergi ramai2 ke sana.Apatah lagi adek lelaki aku tu baru pertama kali anaknya berkahwin.Baju untuk kami adek beradek perempuan SIL dah hantar melalui pos .SIL juga minta aku buatkan telor pindang untuk dihadiahkan pada pihak lelaki.Aku tekad kan hati samada dapat pergi atau tidak untuk merentas negeri , kena juga merebus telor pindang kerana akan memakan masa beberapa hari.Aku fikir andai tak dapat pergi pun boleh sedekah kan pada jiran tetangga atau kawan2 yang suka telor pindang. Sebab telor dah beli banyak ,nak simpan pun takut rosak .
Sehari sebelum ,kakak dan Fateha yang berkerja dapat notis dari majikan mengatakan tak boleh merentas negeri.Kalau pergi juga kena kuarintin 14 hari tanpa gaji dan kena buat swab test kos sendiri.Akhirnya hanya aku 4 beranak dan abang sekeluarga je dari Johor yang pergi ke majlis tu.Walaupun 10/10 hari ijab kabul nya tapi majlis dibuat pada 11/10.Kami bertawakal je dan niat perjalanan kami kerana Allah dan kerana adek aku.Ketika kami tak ada apa2 dulu disaat anak2 semua masih belajar adek dan isteri nya ni lah yang banyak tolong kami.
Kami pergi Sabtu tengahari,saja melambatkan masa sebab tak mahu bertemu dengan orangramai kerana majlis akad nikah diadakan awal.
Sebab adek dah buat tempahan homestay untuk kami dari Johor yang katanya ramai tu, malam tu kami bermalam disitu tapi hanya kami 4 beranak saja.Abang dan family nya tidak terus ke tempat adek tapi ke Janda Baik ke rumah keluarga angkat .Homestay yang adek sewakan tu sebenarnya lebih sesuai untuk dihuni lebih dari 10 orang.
Foto: ruang tamu homestay
...seramm wei hanya kami 4 org .Homestay tak jauh pun dari rumah adek.Malam datang ke rumah dia lagi,makan2 bual2 dan melihat anak sedara pakai inai.
...seramm wei hanya kami 4 org .Homestay tak jauh pun dari rumah adek.Malam datang ke rumah dia lagi,makan2 bual2 dan melihat anak sedara pakai inai.
Majlis walimatulurus adek diadakan di Kelab Rahman Putra.
Pagi tu hujan lebat sangat apa lagi budak ber2 ni sambung tidur lah dengan suasana homestay yang cukup selesa .Pukul 11 baru kami bertolak dan checkout keluar.
Alhamdulilah majlis anak sedara berjalan lancar mengikut SOP yang ditetapkan.Tak berlama2 di sana pukul 2 petang kami bertolak balik ke Johor.
Sebenarnya hingga saat ini Iman dan Fateha pergi sekolah dan kerja belum lagi dapat bersalam dan peluk cium ..konon2 nya kami kuarintin 2 minggu ..hihii padahal 1 rumah bebas je macam biasa.
Tahniah kepada akak sekeluarga...
ReplyDeleteSedapnya telur pindang, saya pernah beli semasa ke Melaka, RM1. 50/biji..sedap.
yelah kan kak nasib masa tu lepas lagi kan, kalu majlis 17hb memang tak lepas la telur pindang tuh...
ReplyDeletesedapnya telur pindang kak, kegemaran dana kalau balik johor, kalau mak abah pergi kenduri dan dapat telur pindang dana lah yang bedal... adik2 tak minat heheheh
alhamdulillah tahniah buat anak buah SI, tapi ramai juga yang tak lepas majlis di selangor dan wilayah ni bila tiba2 kena pkpb, sedapnya telur pindang tu SI , lama tak makan
ReplyDeleteWah telur pindang.. last makan masa dapat kat kenduri adik belah suami dia kat johor tahun lepas... Oh ya.. tahniah untuk anak buah ya!!
ReplyDeleteAssalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
ReplyDeleteTahniah buat anak buah akak atas majlis pernikahannya. moga diberkati keduanya. teruja nengok telur pindang tu.. last makan entah berapa tahun dulu. kalau dapat pos ke kuantan kan ke elok hehehe...feveret tu
Org johor kawen mesti ada telur pindang kan kak.
ReplyDeleteMajlis kawen serba ringkas tapi still meriah ye kak. Takpe yg penting nikahnya yg wajib tu. Kalu saya ada anak nak kawen time2 gini saya rasa saya buat majlis akad je kak, hihi
wahhh telurrrr .....rasa dah lamaaa tak makan telur pindang ni .
ReplyDeleteAlhamdulillah. Tahniah buat kak dan keluarga hehehe
ReplyDeleteAlhamdulillah. Tahniah kepada kedua pengantin dan keluarga
ReplyDeleteselamat pengantin baru kpd mempelai Alhamduillah
ReplyDeleteAda yg kata untung buat kenduri musim pkp ni.. sbb tak ramai tetamu yg boleh dijemput.. ada pulak yg ckp tak meriah
ReplyDeleteAlhamdulillah syukur..
ReplyDeleteSelamat dah telor pindang ke kenduri anak adik kak saniah..
Saya suka sgt telor pindang, anak2 pun suka.. mula kenal telor pindang ni masa kenduri kahwin kawan Di Johor..