Total Pageviews

Wednesday, 6 September 2017

Kisah mereka lagi

Assalamualaikum
Rumah kembali sepi setelah hampir seminggu riuh dengan sakat menyakat dan gurau senda mereka adek beradek.Walaupun dah remaja sama je riuh nya seperti dulu bila dah mereka berkumpul .Cuma abang sulong mereka je yang tak dengar suara..... hanya bercakap jika perlu je.
Hari ini cuti sekolah pun dah berakhir .Iman biasa lah seharian lah jawapnya dia di sekolah selagi belum UPKK ni .Azim dah kembali ke asrama  .Dah semakin hampir hari2 menjelang SPM tapi tengok dia duk relax je .Yang mak nya pulak terasa risau ....hai la anak.
Iqa hujung minggu ni dah kena kembali ke U.Tapi masalah  dia tak dapat bilek.Bukan tak aktif pun masa di kolej tapi takde rezeki .Cuba buat rayuan juga.Bukan mudah seorang pelajar nak bayar duit sewa yang harga nya cekik darah di tengah bandar KL tu walaupun berkongsi dengan kawan2.Buat  sementara ni hanya menumpang di bilek kawan sementara biasiswa keluar baru fikir pasal rumah sewa katanya.....Aku nasihatkan jangan stress,contohi  'Teme' seorang penulis yang menempuhi pelbagai dugaan waktu menjadi pelajar di luar negara sana.
Fateha dah mula berkerja di JB minggu ni.Dalam banyak2  temuduga dia tertarik dengan kerjaya sekarang ni kerana ada kaitan dengan kos yang diambil masa di U. Kebetulan best friend dari sekolah menengah /asrama dulu tempat kerja nya di bangunan bersebelahan.Buat masa ni Fateha tinggal dengan dia .Keluarga nya bertugas di negeri lain  .Kehadiran nya sangat dialukan.
Si abang Alhamdulillah dah pun merasa hasil titik peluh sendiri.Pandai dah menghulur seketul dua .....Untuk kenangan dari pemberian pertama titik peluh anak ni aku beli rice cooker. Ermm sebenarnya rice cooker  yang ada aku berikan pada dia masa masuk
rumah baru dia di Melaka tempohari. Kami di rumah ni gunakan rice cooker  besar 'bapak gajah' ....hahaa....sebelum beli baru ni.Kadang makan untuk bertiga je.Tapi betul lah kata orang 'Besar periuk besar keraknya'.
Ok lah dah panjang lebar pulak merapu.Kalau nak berkisah tentang anak2 memang tak pernah habis walaupun mereka telah remaja/dewasa tapi tetap kecil di mata ibubapa.

10 comments:

  1. Cantik dan berkenan pulak saya dengan warna rice cooker tu Saniah.

    ReplyDelete
  2. Ye kak saniah..
    Tiap2 anak kisahnya..
    Itulah penjadi penyejuk hati..

    Betul kata kak sweetie tu..
    Cantik warna rice cooker tu..
    Elok besar kak..
    Bila semua anak2 balik dah boleh byk masak nasi hihi

    ReplyDelete
  3. cerita anak2 ni tak pernah habiskan kak walaupun mereka dah besar. Alhamdulillah..cantik rice cooker tu

    ReplyDelete
  4. Betul saniah..besar macamana pun anak tetap kecil di mata kita

    ReplyDelete
  5. besar dah anak2 kak saniah semuanya ya. harap semua pandai bawak diri si negeri orang, sentiasa mendapat lindungan Allah, dipermudahkan urusan belajar/bekerja. Amiiinnn

    ReplyDelete
  6. Sama juga rupanya ya kak walaupun anak-anak dah besar, bila berkumpul tetaplah riuh sekampung. Baguslah macam tu, sekurang-kurangnya kita tahu ikatan adik beradik di antara mereka masih lagi utuh ^_^

    Kiranya dah merasalah akak hasil titik peluh anak ya. Berkat tau kak, gaji pertama beri pada makpak walaupun tak diminta. Kita ni sebagai makpak, terima ajelah apa anak nak beri. Janji dapat juga merasa ^_^

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah kak, anak2 dah besar bolehlah buat teman kak juga nanti

    ReplyDelete
  8. Dah sunyi baliklah ye SI sekarang ni. Tak pelah SI...nak riuh bukak je TV kuat kuat hihi...Tak pun bergaduh je dengan abang hihi....

    Alhamdulillah Fateha dah dpt kerja. Anak didik dia mesti sedihkan cikgu dah berhenti...

    Seluruh keluarga nampaknya dptlah merasa hasil gaji pertama abg Long kan...

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Masa anak-anak kecil lain riuhnya, bila mereka dah besar lain pula riuhnya. Betul kata akak, jika menulis kisah anak-anak takkan habis. Ada sahaja yang mahu ditulis. Hakikatnya apabila kita menulis kisah anak-anak sebenarnya kita menulis sebuah kenangan. Semuanya akan terimbas kembali apabila kita membacanya semula suatu hari nanti...Moga akak sekeluarga di dalam rahmat-Nya

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah.
    Mudah2an anak2 kita semuanya akan berjaya di dunia dan di akhirat kelak.

    ReplyDelete