Assalamualaikum
Masa aku nak opret Jan 2016 yang lalu,aku ada telefon dia.Mohon doa agar dipermudahkan.Setelah mak dah tak de pada dia lah ku pohon restu.Banyak juga lah dia bagi semangat sampai mengalir airmata ketika itu.
Masa suami sakit Okt 2016 aku cuba telefon dia juga sebab ketika tu aku rasa down sangat.Sekurang2 suara keibuan disebalik sana dapat melega kan hati aku.Ketika itu menantu nya yang angkat telefon ....baru tahu dia juga sudah tak sehat.Tak jadi aku nak kongsi masalah ketika itu.
Sebelum tu setelah arwah mak tinggal dengan aku sejak bapa kembali ke Rahmatullah ,saban tahun setiap kali hari raya pasti kami bawa mak berjumpa dengan dia.di kampung.Seperti biasa dia akan memberi arwah mak beberapa balang kuih seperti bahulu atau bangkit santan kesukaan mak untuk dibawa balik.Setelah mak meninggal kami dah tak singgah biar pun pada hariraya dan dah tentu tak jumpa bertahun2.Hingga tergerak hati aku satu hari tu nk singgah.Sedih sungguh rasa pertemuan kali ni sebab kali ni mak dah takde.Dia kata setiap kali raya masih simpankan kuih untuk diberi padaku pula walaupun mak dah takde ,dia mengharap aku sekeluarga ada singgah.Sampai berkulat kata dia kuih yang disimpan....huhuu sedih bila dia cakap begitu.
Masa kami kecil dulu dia lah guru ngaji kami.Halaman rumah nya jadi taman permainan kami dan anak2 nya.Kolam yang digunakan untuk mandi jadi tempat kami berkubang ....Pada dia dan keluarga lah aku faham bahasa jawa.Apataknya bila dia berbual atau membebel pada kami dan anak2nya yang nakal ketika itu banyak keluar jawa nya .....Ahhh kenangan itu ,indahnya....tak tercoret kalau nak diceritakan semua.
Malam Ahad 24hb lebihkurang pukul 9mlm makcik dari kampung telefon mengatakan dia telah tiada dan baru je selesaikan dikebumikan sebelum isyak tu .Tersentap juga jantung ku mendengar khabar duka.
Kali terakhir aku bertemu masa hariraya Aidilfitri tempohari setelah mengetahui dia dah sakit.Saat dah uzor pun masih menjaga auratnya dan tak henti berzikir sambil cuba duduk menyambut kedatangan kami walaupun tak seceria biasa.
DIA yang ku maksudkan adalah jiran arwah mak masa di kampung.Yang juga sahabat karib mak.Seorang jiran yang baik dan suka menolong orang .Orang nya lembut ,pemurah dan kuat ibadat .Walaupun status nya orang berada ,kerana sikap pemurah keluarga nya ramai di kalangan anak kampung jadi anak angkat sambil diberi pekerjaan di kebunnya.
Memang galat tak dapat ziarah kali terakhir.Tapi dapat tahu urusan dipermudahkan ...meninggal nya 4.30 petang di hospital BP ,dikebumikan sebelum Isyak dah selesai.
Semoga Allahyarhamah ibunda Hajjah Aminah ditempatkan dikalangan orang beriman....Aminnn.
ALFATIHAH...SEORANG INSAN YG BAIK BUDI SENTIASA KEKAL DLM INGATAN KITA
ReplyDeleteAlfatihah...
ReplyDeleteBegitulah pengakhirannya. Orang yang baik memang disayangi semua walaupun bila dah tiada lagi di muka bumi ini.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman.
Takziah..
ReplyDeleteAl fatihah...semoga rohnya dicucuri rahmat..aamiin
Sayu hati bila baca pasal dia simpankan kuih raya cadang utk akk singgah tu, baik sungguh hatinya kan, sampai begitu sekali kasih sayang Dan ingatannya pada mak akk.
ReplyDeleteIn shaa Allah rohnya dicucuri rahmat.
Al-Fatihah!
ReplyDeletealfatihah., aminn
ReplyDeleteAlfatihah. Sedihnya kehilangan orang yang rapat dengan kita kan. Semoga arwah tenanh di sana & ditempatkan dengan orang2 beriman.
ReplyDeleteAlfatihah...
ReplyDeleteSeronok menjadi orang yg baik hati ni kan, kebaikannya disebut sebut sampailah dia meninggal. Agaknya itulah antara bekalan yg menolong dia di tempat yg kekal abadi di sana.
innalilla hiwainna ilahirojiun...semoag arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh
ReplyDeleteal-fatihah untuk Hajah Aminah. Takziah untuk akak. yelah, walau tiada pertalian darah, pasti dah anggap macam keluarga sendiri
ReplyDeleteSemoga rohnya dicucuri rahmat
ReplyDeleteAl-Fatehah
Aminnnn..
ReplyDeleteAllahyarhamah Hajjah Aminah seorang yang baik hati sepanjang hayatnya kak..
Allah sayangkan dia.. Semoga rohnya dirahmatiNya selalu..
Alfatihah..
ReplyDeleteMoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi..
Mudah urusan org yg baik2 ni..