Assalamualaikum
Keempat2 anak bila dah melangkah sekolah menengah semuanya tinggal di asrama kecuali anak sulong yang masuk selepas PMR.Tiga dari mereka selama mereka tinggal di asrama tak pernah sekali pun balik sendiri atau menggunakan kenderaan awam.Walaupun asrama Fateha dan Iqa masa tu tak jauh mana pun dari rumah tapi tetap kami jemput dan menghantarnya walau sesibuk mana pun.Tapi bila dah time Azim ni apatah lagi dah sekolah di JB ,terpaksa lah banyak berdikari bila waktu balik selalu lah mengheret beg untuk naik bas.Kadang kesian juga bila terpaksa berjam2 menunggu bas tapi tu lah nak buat macamana kudrat si ayah dah tak sekuat dulu nak mengejar waktu antara kerja dan anak.Bila kena masa yang sesuai baru dapat menjemput nya sendiri.Seperti Jumaat lepas dia balik pagi ,terpaksalah balik sendiri....berjam juga menunggu bas kat Terminal Larkin .Tiba rumah pun dah tengahhari....tau mesti dia lapar ,awal2 dah aku masak kan lauk febret dia.....asam pedas ikan mayong & ayam goreng.
Azim kata tak lapar pun sebab dah sarapan nasi lemak KFC di terminal tu .Tapi bila tengok asam pedas dah tak menahan nak makan...
Seperti biasa lah si ayah bila tahu anak nya balik sendiri setiap jam asyik telefon bertanyakan Azim dah tiba mana.Padahal anak tu dah besar dan dah biasa naik kenderaan awam.Sebenarnya pada aku lebih suka anak balik sendiri supaya lebih berdikari dan berani .Tapi sebelum ni anak2 yang lain memang tak rasa lah.Dah duk U barulah tahu naik2 bas ni.
Seperti minggu ni memandangkan Fateha ada sikit masalah ,dia perlu berulang dari rumah ke tempat kerja setiap hari.....Si ayah sanggup mengambil dan menghantarnya walaupun terpaksa melewatkan waktu ke tempat kerja.Bukan perjalanan yang pendek ,kalau nak dikira hampir 160km bila dah berulangalik.Katanya nak melatih Fateha memandu kereta sendiri untuk ke tempat kerja kelak.Memandangkan bila dah kata menghala ke JB memang tak dapat tidak pasti jem setiap hari.
Setelah anak sulong dapat kereta dari majikan,kereta dia dah tak pandang lagi.Jadinya Fateha lah yang menggunakan sekarang.Masalahnya kereta nya manual dengan keadaan sesak setiap hari si ayah cukup bimbang dengan anak dara sorang ni.
Apapun aku mengharapkan suami sentiasa diberikan kesehatan yang baik. Semoga dia terus sehat.....walaupun oktober ni dah setahun peristiwa heart atacck nya,namun trauma pada kami masih tak hilang lagi.
alhamdulillah, ayah mana kan tak syg anak.. sebolehnya tak nak anak2 susah.")
ReplyDeletekasihnya ayah kan kak...dulu2 arwah ayah pun akan hantar dan ambil kami dari sekolah, walaupun sekolah dekat, nak naik basikal pun tak dibaginya. bukan main geram je sebab kita nak berjalan dengan kawan2, tapi bila dah ada anak sendiri ni baru faham kenapa sebab ayah tu nak pastikan anak2 pergi dan balik dnegan selamat, sanggup buat apa je untuk anak2
ReplyDeleteSalam Kak, beza plak dgn suami saya, lebih suka ajar anak berdikari, kecuali yg no 2 tu, asramanya dekat, semenyih to langat, boleh la dijemput dihantar.
ReplyDeleteYelah, gigih sungguh suami akk kan, tanda kasih sayang seorang ayah, sanggup bersusah2 payah sungguh anak dah boleh berdikari yea.
Agaknya itulah yg di namakan kasih seorang ayah SI. Perihatin.
ReplyDeleteHa a saya pun perasan kekadang org lelaki ni lebih lebih pulak risaunya dpd kita ye SI. Kalau anak pompuan tu mmg patutlah kita risau....
Sedapnya asam pedas mayong banjir buh pulak kicao manis...lagi lagi part kepala. Sedut otak best tu!
alhamdulillah kak, semoga terus sihat
ReplyDeleteBeza dgn en suami saya kak..
ReplyDeleteSuka anak2 berdikari..
Tapi saya yg takut melampau..
Sanggup angkut anak2 gi mana..
Smpi kat ofis saya bawa dorang..
Ye la kak..
Mahu tak trauma kan bila suami tiba2 sakit..
Semoga suami akak terus diberikan kesihatan yg baik..