Assalammualaikum
Masa balik dari rumah kakak tempohari aku ajak suami ke pekan Rengit ,kampung kelahiranku yang penuh nostalgia jalan2 yang ku lalui penuh dengan seribu kenangan.Apatah lagi melalui tapak rumah arwah mak ayah...sayu dan hiba aku sembunyikan ,hanya memandang rumah2 jiran yang masih sama walaupun kebanyakan... penghuni yang berbeza...diwarisi generasi mereka.
Hasrat hati nak cari ikan2 segar di pasar tapi tak ada rezeki kami ,hanya ada satu dua gerai yang masih berniaga ketika itu ,tak ada banyak pilihan.Apapun keadaan masa tu dah petang dan cuaca masih hujan walaupun dah tak lebat lagi ,si penjual ikan mungkin nak balik rumah ,mereka jual murah ,ada juga sotong dijualnya 10 rm 3pinggan tapi aku tak beli pun .Iman dan Fateha alahan pada makanan laut ....kesian pula jika kita masak dia tak dapat merasa walaupun dia suka sangat.Aku hanya beli 2 kilo ikan senangin yang dikurangkan 1 rm dari harga asal.
Sebelum ke pasar terasa nak makan sesuatu di sini.Aku cadangkan pada suami kita makan soto di kedai Milo soto warisan .Soto ni mungkin rasanya biasa aja tapi ia telah bertahan berpuluh2 tahun dulu sejak aku di zaman sekolah lagi .Telah diwarisi pada anaknya pula.Tapak asal mereka berniaga dan harga saja yang berbeza namun rasanya tetap sama.Kaum lain seperti cina (kaum india hanya 1% di kg aku ni) pun suka makan kat kedai ni baik yg muda atau tua.Sejak aku berhijrah ke tempat lain ,ini baru kali ke 2 aku ke kedai soto .Sebelum itu bila balik rumah mak tak teringat pun soto warisan ini ,mungkin makanan yang mak masak adalah yang terbaik pada selera kami. Sambil makan soto aku berceritalah sejarah silam aku dengan soto ni ,hinggakan fateha menegur kata nya mak dah 4 kali cerita...huhuu bukan pe pun excited sangat.
Kini pekan Rengit membangun begitu pesat namun nikmat itu tak dapat berkongsi dengan kami yang tak lagi bermastautin di kampung kelahiran .Masing2 dah berhijrah di tempat lain setelah berkahwin dan bekerja ,apatah lagi ayahmak tiada lagi ....hanya pusara sepi arwah ayah saja yang setia menunggu kedatangan kami sekali sekala .
inilah sekolah rendah aku masa darjah 1-3 merangkap sekolah agama juga.Bangunan yang ada tulah kelas aku masa darjah 1.Tiang2 tempat kami main waktu rehat ketika tu masih ujud lagi....tak pasti bangunan ini masih digunakan lagi atau tidak kerana sekolah baru telah dibina tak jauh dari rumah arwah makayah...anak2 kampung aku sekarang taklagi pergi jauh2 .seperti zaman aku dulu.
Kenangan masa kanak2 Dan sekolah memang terindah kan kak saniah, saya pun bila balik rumak mak, mesti lalu depan sekolah rendah saya tu, mula lah bercerita dgn anak2.. jadi tiap Kali. lalu depan sekolah, anak2 akan ckp dah smpi sekolah mama...
ReplyDeletesedap tengok Soto tu kak saniah..
Sedih plak bila mengenang nostalgia kecik2 dulu kan kak..kampung2 dah byk yg sunyi..hanya dihari raya baru nampak meriah... soto tu memang nampak sedap tu...pasti tak sama di mana2 kedai... klu ada peluang ke kg akak ni mau juga singgah mkn soto tu..:)
ReplyDeletetak sangka anie asal rengit...sesekali try lah makan kat senggarang pulak..pekena mee bandung kambing... :-))
ReplyDeleteNampak sedap sotonya, makanan feveret kak zai.
ReplyDeleteBila jalan arah utara kak zai pun selalu bercerita tentang kampong dan sekolah pada anak2.
Besar mangkuknya... isi banyak, puas makan.
ReplyDeletekenangan yg tak mungkin terhapus...tapi kampong tempat saya membesar dah lama terhapus diambilalih petronas, cuma pusara ayah dan kaum kerabat saya je yg setia menanti kehadiran kami 2 kali setahun....
ReplyDeleteNostalgia lama tak ada paparan dalam gambar tapi ianya terpahat indah dalam memori minda kita sampai bila-bila. Sebab itulah walau dah 4 kali cerita pastinya tidak berubah ceritanya sampai Fateha pun ingat dah...:)
ReplyDeleteSalam Kak Saniah...sedap nampak soto tu!.Sama la dgn anak atie..bila atie mula citer pasal dulu2...mesti diaorg tegur..dah 10 X ibu citer!!hihi..
ReplyDeleteTempat jatuh lagi di kenangkan SI....inikan pula tempat bermain. Alahai nostalgicnya .....
ReplyDeleteHihi..... Agaknya bila dah jadi mak mak ni, mmg kita suka kot cite ulang tayang ni SI haha....
Wahh enak banget.. Alhamdulillah...
ReplyDeleteSalam singgah, follow & add
saya pun makan kat rengit masa balik kampung baru2 ni tapi tak ingat bulan berapa tah hihi,, kedainya dekat dengan petronas rengit,, saya suka menyinggah Azhar Food kalau lalu rengit hihi,,rengit tu dah membangun kak saniah,, dah lain sangat,,
ReplyDelete