Total Pageviews

Thursday, 14 July 2016

raya 2016

Assalammualaikum
Dah pun minggu ke dua raya kan ....Sorry lah hainom akak tak sempat nak menulis ,inipun akak luangkan waktu seketika ....nak juga cerita pasal raya 2016 .Tak taulah tang mana nya yang sibuk sangat tu kan. Nanti lah di entry yang seterusnya akak cerita kan ...
Bila budak2 dah sekolah ni kemeriahan raya pun semakin hambar. Seperti juga di rumah ni, sepi ...
Alhamdulilah, puasa kali ni aku dapat sempurnakan sebulan walaupun di akhir2 Ramadhan aku demam  ...hampir tewas juga dek kerana keletihan  yang amat .Apatah lagi persiapan raya juga banyak disedia kan disaat akhir. Pakaian raya anak2 juga beli hanya tinggal dua tiga hari je nak raya ,itupun pada sebelah malam je berkesempatan.Kalau oranglain dengan sedondonnya tapi tidak pada kami ,apa yang sedap mata memandang ,itulah yang dicapai .Kenapa perlu  semuanya disaat akhir kan..?  untuk anak2 dah besar ni budget untuk mereka juga besar ,jadinya tunggu lah bonus si ayah di penghujung Ramadhan .
Dah takde makayah dan mertua ni ,kami sambut raya anak beranak je kat rumah sendiri .Masak seperti biasa ketupat ,ayam merah,sambal kacang dan kuah lodeh juga sedikit daging masak kicap.Pagi raya bertukar2 juadah dengan jiran2.Penuh satu meja jadi nya ....
Foto: Iman menikmati ketupat dengan daging kicap.Lauk pauk yang banyak terhidang sikit pun tak menggoda hati nya ,apatah lagi lauk yang pedas .
Lepas  dorang balik solat sunat hariraya, mula lah sesi bermaaf2an dan wefie2an ....untuk kenangan kata nya kan.Bukan senang kami dapat berkumpul anak beranak gini...Anak2  yang dua ni bakal tahun akhir sem depan ,begitu sibuk dengan LI masing2. Anak sulong raya ke 4 dah berada di Terengganu selama sebulan.Fateha walaupun dekat LI nya tapi cuti sekejap je.
Tak seperti tahun lepas hariraya pertama biasanya tunggu tetamu ,yang biasanya adek beradek datang ziarah ,kali ni selepas zuhur kami dah keluar rumah untuk beraya ke rumah SIL ,makcik dan sepupu di Pontian....malam juga lah balik rumah walaupun hanya sempat 3 rumah je.Yalah kalau dah jumpa sedara tak ingat hari dah petang.
Raya ke dua janji dengan adek lelaki aku yang dari Sg .Buloh ,jumpa kat tempat kakak dulu di kampung.Sebenarnya adek dan keluarga nya  ni kalau balik Johor ni hanya rumah aku je tempat dia bermalam walaupun rumah  yang lain lebih selesa.
Olehkerana dia lewat sangat tiba kami anak beranak ikut anak sedara ke Parit Raja ke rumah anak sedara yang lain.Kebetulan tengahhari tu kat rumah dia ada baraan.Seperti tahun lepas menu juadah  untuk baraan dan rumah terbuka pastinya sup tulang kambing dan sedikit sup ayam dan nasi impit.Anak sedara dan suaminya ni rajin sungguh mengerjakan dan masak sendiri untuk tetamu...30 kilo tu tulang kambing  yang pasti dibelinya setiap tahun.Berminyak2 mulut aku tengok mereka2 menghirup sup termasuk lah anak2 aku sendiri....Aku hanya layan sup ayam je .
foto:beginilah rupa pinggan mangkuk masing2 dengan sup gearbox  berketul2.
Dah kenyang kami minta diri ...banyak lagi tempat perlu singgah .Haritu kami balik rumah malam lagi...
Hari ketiga adek kata perlu balik hari itu juga ,lepas solat Jumaat kami ke Simpang Renggam ke rumah kakak satu lagi .Olehkerana anak sulong  tak ikut  kereta agak mampat dengan anak yang 4 orang ni.Adek juga singgah sebelum teruskan perjalanan baliknya.Kat rumah kakak juga ada rumah terbuka.Berbagai2 makanan yang dibuatnya.Nasi impit ,rendang,mee rebus dan berbagai lagi.Tapi yang aku tak tahan nafsu walaupun perut dah sendat ialah keladi rebus bercicahkan sambal tumis ...perghhh sedap sangat.
Hari itu kami balik malam lagi.
Hari seterusnya dah tak kisah raya2 lagi dah....terlalu sibuk dengan urusan anak2 .Duk rumah tunggu tetamu je datang beraya.
Oklah kita jumpa di entry seterusnya kelak...insyaallah.

13 comments:

  1. Salam aidilfitri dari kakak
    Maaf zahir batin

    ReplyDelete
  2. wah! sakan akak anak beranak berjalan raya...itu la yg sebaik2 nye kak...ziarah menziarahi mereka yg lebih tua dari kite...saya kalau sebelom ni raya pertama memang berjalan sakan ke rumah saudaramara belah cik boss...tapi taun ni pepaham jelah...mood raya terus kelaut...makan pon cam tak tertelan...sempat jalan 2 rumah je tu pon sebab rumahnye sebelah menyebelah...MIL saya pon tak berapa sehat sangat lepas2 pose ni...maklum la masing2 dah berumur mana la kuat lagi kan...sejak dua tiga hari ni kalau baca entry kawan2 mesti ada je cerita dgn gambo sup tulang gearbox bagai...meleleh ailio di buatnye...gamaknye hujung minggu ni kene gak pi pasa dari tulang...kikikiki...hensome nye iman dgn baju melayu lengkap samping... ^_^

    ReplyDelete
  3. sakan juga akak beraya. setiap hari malam baru balik rumah.
    untung dapat ziarah sanak saudara macam tu. ada open house lagi tu. baraan tu apa kak?

    raya saya thn ni biasa-biasa aja. banyak duduk rumah saja tunggu tetamu.

    ReplyDelete
  4. seronoknya saniah beraya bersama famili idilfitri mmg sgt bermakna buat kita yg menyambutnya ...salam idilfitri maaf zahir batin

    ReplyDelete
  5. Bagi kita hari raya biasa-biasa sahaja kan kak SI..
    Anak2 yg kita utamakan...

    Rajin sungguh abang ipar akak masak sup kambing tu ..
    Sampai 30 kg..
    Kepuasan bagi mereka kan kak bila tetamu datang menikmati hasil masakan mereka..

    Selamat hari raya buat Kak SI sekeluarga..

    ReplyDelete
  6. tak sedondon pun takpe kak, yang penting meriah dihari raya dapat berjumpa saudara mara kan, banyanya juadah dihari rayakan seronok dapat makan sedap2

    ReplyDelete
  7. Dari hari tu nak tanya LI tu apa ye SI?
    Meh le tempek sekeping dua gambar wefie kat blog ni SI. Teringin nak tengok.

    Hihi.... saya fahamnya SI, kadang tak tau apa yg disebokkan tp mmg tak sempat langsunglah nak menjengah blog...
    Tulah tu hari tu masa kat kg pun rasa mcm tak cukup masa nak berziarah, mak pulak susah nak ditinggal, sudahnya ziarah mana yg dekat ajelah.

    ReplyDelete
  8. Mmg perghlah kalau makan keladi cicah ngan sambal tumis. Nak nak keladi yg hijau isi dia tu....hish dah teringin pulak ni.

    Mcm teringin nak buat kuah kacang daginglah SI. Makan ngan nasibimpit mesti sedap ek!

    ReplyDelete
  9. Mmg perghlah kalau makan keladi cicah ngan sambal tumis. Nak nak keladi yg hijau isi dia tu....hish dah teringin pulak ni.

    Mcm teringin nak buat kuah kacang daginglah SI. Makan ngan nasibimpit mesti sedap ek!

    ReplyDelete
  10. Dari hari tu nak tanya LI tu apa ye SI?
    Meh le tempek sekeping dua gambar wefie kat blog ni SI. Teringin nak tengok.

    Hihi.... saya fahamnya SI, kadang tak tau apa yg disebokkan tp mmg tak sempat langsunglah nak menjengah blog...
    Tulah tu hari tu masa kat kg pun rasa mcm tak cukup masa nak berziarah, mak pulak susah nak ditinggal, sudahnya ziarah mana yg dekat ajelah.

    ReplyDelete
  11. Kembali asal sunyi tinggal kita aje kat rumah ya saniah.Samalah mcm kak Zai sunyi bila anak menantu dah balik rumah sendiri. Seronok dapat ziarah keluarga kak Zai belum sempat lagi.

    ReplyDelete
  12. Saya pun sama Saniah, raya cuma kami anak beranak... ke rumah jiran tetangga sebelah menyebelah je. Tau tau jelah KL ni macam mana bila tiba 1 syawal, sunyi... kebanyakan jiran semua balik kampung... yang tak ada kampung mcm saya ni stay jelah.

    ReplyDelete
  13. Beria jugalah kak pergi beraya. Saya pun kali ni rasa seronok sikit beraya sebab lama duduk di kampung. Adik beradik pun kebetulan semua turn balik ke kampung kami. Meriah sungguh suasana berebut-rebut segala bagai bila dah ramai macam ni!

    ReplyDelete