Total Pageviews

Monday, 18 July 2016

quarters Fateha

Assalamualaikum
Seperti yang aku ceritakan di entry yang lepas ,Fateha dan abangnya sedang jalani LI sepanjang cuti sem ni.Abangnya masih di Dungun Terengganu ,mungkin lagi 3 minggu baru habis LI nya di sana.
Fateha tak jauh pun cuma 40/45 , minit perjalanan dari rumah ,dan kalau bawa kereta seperti F 1 mungkin 20/30 minit dh tiba.Oleh kerana takde lagi lesen kereta terpaksa lah sebelum pergi kerja ayahnya menghantar dia dulu dan menjemputnya waktu balik.Memang amat memenatkan kedua2nya.
Minggu lepas pihak kilang berikan sebuah rumah staf yang telah 6 bulan kosong untuk menginapan Fateha sepanjang dia buat LI kat kilang tu.Sebenarnya hanya Fateha sorang je pelajar yang buat praktikal kat situ dan baru pertama kali menerima pelajar perempuan untuk latihan kejuruteraan.Kami  ni makayah dia memang risau sangat nak lepaskan anak gadis tinggal bersorangan. Apatah lagi  rumah nya agak terasing berhampiran ladang kelapa sawit walaupun tak lah jauh dari kilang .Jiran2 di quarters berdekatan juga jarang ada di rumah, sementara yang dah lama bermastautin dan berkeluarga agak jauh .Kononnya minta Iqa temankan sementara dia masih belum pergi  belajar .Tapi hingga hari ini pernah 2 kali kami menemankan Fateha  di rumah tu,bukan hanya Iqa je tapi dengan kami semua.Risau pulak nak tinggalkan Iqa keseorangan bila Fateha ke tempat kerja.Hari2 lain Fateha masih lagi berulangalik dari rumah...rumah penginapan tempat dia tunggu ayah nya jika lewat datang je.
Foto: inilah rupa quarters yang dipinjamkan pihak kilang...sebuah rumah agak lama .Punya 4 bilek tidur dan 2 bilek air.Van depan rumah tu memang sengaja diletakkan di situ sejak rumah ni dikosong kan .Mula masuk rumah agak seram2 juga almaklumlah dah hampir setengah tahun tanpa penghuni ,takut ada penghuni lain pulak menumpang...seram pada aku lah tapi tidak pada Fateha.
              
Foto: dalam rumah dah ada perabut contohnya sofa ni ,tapi jenuh juga bersihkan abuk2 yang melekat .Aisbox pun disediakan malangnya dah tak sejuk sebab katanya gas dah abis ,nak gantikan baru ,Fateha hanya menghuni sekejap cuma.
Foto; untuk hilangkan kebosanan terutama kami yang sesekali datang meneman  bawa tv kecil ni dari rumah .Walaupun dikawasan agak terpencil sambungan internet agak laju.
Foto:selain dari perabut2 lain meja makan juga di sediakan .
Foto .hanya di bilek utama disediakan kelengkapan bilek tidur dan almari .
Foto;jauh dari hiruk pikuk kenderaan ,mula nya Iman agak bosan ,mula lah dia menjelajah sekitar rumah.Udara memang segar waktu pagi yang dikelilingi kehijauan pokok2.
Foto;Meronda  di jalan melihat persekitaran rumah2 jiran dan kawasan menjadikan dia seronok pulak ....Petang tu kami nak balik ,katanya nak tinggal kat situ je....yalah tu berani lah nak tinggal sorang!
Foto; Walaupun di lengkapkan dengan dapur untuk masak tapi encik suami kata tak perlulah nak angkut gas sebab bukan selalu tinggal di sini .Dah tu hanya tinggal sebulan lebih je Fateha  di sini.Akhirnya bawa rice cooker je untuk memasak serba ringkas .Jug keetle untuk jerang air.Huhuuu ...aku tak reti nak masak dengan kelengkapan dapur yang terhad ni.
Buat masa ini kami memang berulangalik ke tempat pratikal Fateha.Takpelah berkorban untuk dia untuk dua bulan ni beritahu suami juga pesan untuk diri sendiri, lagipun anak ini banyak bantu keluarga  walaupun masih belum bekerja hanya dengan biasiswa yang diterima.
Satu hari nanti keadaan sekarang ni akan jadi kenangan terindah pada dia dan kami juga.




11 comments:

  1. Kalau Fateha boleh drive sendiri senang sikit. Tapi itulah berakit-rakit ke hulu, berenang-renang kemudian. Cahaya indah sudah semakin mendekat buat keluarga. Insya-Allah...

    ReplyDelete
  2. Alahai..risau juga jika tinggal bersendirian macam.tu kan kak, anak perempuan pula tu, kalau saya confirmlah saya akn temankan.

    Takpelah permulaannya keluarga bersusah payah bersama inshaAllah bersenang2 pun pasti bersamakan

    ReplyDelete
  3. selesa juga penginapan fateha tu...semoga sukses praktikal yg dijalaninya...bagus saniah n famili rajin juga mantau kehidupan fateha di situ

    ReplyDelete
  4. Baru sempat berkunjung ke sini. Selamat berhari raya kak. Maaf zahir batin 😊

    ReplyDelete
  5. Memulakan sebuah kehidupan kan kak SI..
    lagi pun baru Latihan Industri..
    Bagus kilangnya tempat praktikal tu sediakan penginapan..
    Kalau ada ramai yg buat LI..
    Adalah kawan Iqa kan kak..

    Semoga Iqa akan terus cemerlang dalam kerjaya nya nanti..

    ReplyDelete
  6. kalau fateha boleh memandu senang lah sikit kan. Tapi kena fikir pasal belanja perjalanannya pulak. takpe lah kak, bersusah2 dulu, mak ayah berkorban utk kejayaan anak2. nanti esok2 dah berjaya, ada kenangan indah utk dikenang.

    tengok quarters tu, teringat saya dulu2 masa kerja swasta pun dpt quarters mcm tu juga lengkap dgn furniture semua. mmg sebijik kalau tgkkan bentuk dan keaadannya.

    ReplyDelete
  7. Bersusah dahulu lg pun tak lama lagi kan.In syaa Allah akan ada kesenangan menanti.Lengkap rumahnya kawasan pun luas.
    Insta kak Zai lebih kepada makanan dan pokok aje tak ada yg special pun hihi.

    ReplyDelete
  8. Takpe lah susah dulu... lagi pun tak lama kan... Sabar yer Fateha...
    Salam Syawal dari Bunda..

    ReplyDelete
  9. Tinggal sorang aja mmg risau...lega juga selalu dtg jenguk
    Mula2 ni mmg susah tp sekejap tu..merasa juga hidup sendiri kak..

    ReplyDelete
  10. Kalau saya pun seriau juga rumah dah tinggal lama ni.. maklumla takut ada yang menumpang.

    Kalau setakat kejap je praktikalnya tak perlulah bawa macam2 kan.. kang leceh pula nak angkut balik...

    ReplyDelete
  11. Takpalah kak belajar bersusah-susah dahulu. Nanti bila dah senang, fahamlah dia apa itu susah-senang kehidupan.

    Melihat pada keadaan rumah ni yang macam terpencil, memang seram jugalah nak tinggal sendirian. Mujur Fateha ni berani orangnya.

    ReplyDelete