Total Pageviews

Friday 29 July 2016

Hilangnya seorang nenek

Assalamualaikum
Salam Jumaat
Seminggu yang lalu ,malam tu kami semua bermalam di quarters Fateha.Malam tu aku tidur agak awal ,tiba2 telefon berbunyi.Yang pelik nya aku tak pula rasa terkejut walaupun ketika itu jam dah 12.30 tengahmalam.Sebenarnya masa aku terjaga ingatkan dh pukul 6 pagi ,tenang je aku jawab panggilan.Kedengaran esak tangis sepupu aku dihujung talian mengatakan nenek nya dah meninggal.Dalam keadaan jalu aku tanya bila dan dimana ....Apapun aku tak dapat lah nak pergi ziarah memandangkan jauh di Seremban sana ditempat adek yang telefon aku tu.
Arwah nenek ni cukup istimewa buat sepupu aku adik beradik .Sepupu aku ni ada 6 orang adik beradik ,telah kehilangan mak dan ayah( adek mak aku yang bongsu) sejak mereka awal remaja dan adik2 masih kecil lagi.Nenek ni sememang nya tinggal bersama mereka sejak dulu lagi.Mereka tinggal di felda di daerah Kota Tinggi.Aku pun tak pasti nenek ni pernah berkahwin atau balu .Sebenarnya arwah ni makcik kepada mak mereka yang telah dianggap seperti mak sendiri.
Setelah mereka jadi yatim piatu nenek nilah menguruskan mereka adek beradek sehingga mereka boleh berdikari dan berkeluarga .Mungkin kerana itu Allah beri dia usia yang panjang untuk menjaga anak2 yatim piatu ni.. ...Usia nya lebih kurang je dengan arwah nenek aku /sepupu (sebelah ayah sepupu) tapi arwah nenek kami dah lama kembali ke Rahmatullah sejak 30 tahun yang lalu.
Setelah nenek ni semakin uzor cucu2 ni lah silih berganti menjaga .Masaalah juga lah bagi mereka kerana semua berkerjaya perlu tinggalkan dia sendirian seharian di rumah.Akhirnya cucu ke2 nya bawa ke seremban untuk dijaga walaupun dia dan isteri bekerja tapi si isteri masih boleh balik awal kerana hanya mengajar sebelah pagi.Ketika terakhir aku melihatnya sewaktu singgah rumah sepupu di Seremban nenek ni walaupun dah uzur namun kudrat nya masih berupaya lagi untuk menguruskan diri .Walaubagaimanapun isteri sepupu ni sungguh murni hati menjaga nenek ,dilayan dengan baik walaupun katanya  pada ku suka bila nenek tu cakap jawa....padahal dia tak faham langsung sebab dia orang Kelantan.
Semoga arwah nenek ini ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman...Aminnnn.


16 comments:

  1. dari DIA kite datang dan kepada DIA la kite kembali...semoga arwah di tempatkan dalam golongan orang2 yg beriman...alhamdulillah beso pahala cucu arwah yg sangup menjage sampai ke akhir hayat...saya kalau dapat pangilan yg camni kompom satu badan mengigil2 di buatnye kak...mak sy cakap semangat saya lemah...2-3 hari baru hilang tau gigilnye...nak2 kat lutut lemah longlai je...

    ReplyDelete
  2. SALAM TAKZIAH INNALILLAH...SYUKUR ALHAMDULILLAH NENEK YG BAIK BUDI DIJAGA HINGGA AKHIR HAYATNYA CUCU2 YG PRIHATIN DGN SEMPURNA.

    ReplyDelete
  3. Alfatihah dan salam takziah! Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan orang-orang yang beriman. Itulah agaknya sebab mengapa umurnya panjang - dek kerana menjaga anak-anak yatim-piatu. Murni sungguh usaha arwah nenek ni dan juga cucu menantu yang menjaganya.

    Kalau terima panggilan tengah-tengah malam ni kak, memang seramnya alahai nak mengangkat. Panggilan biasa-biasa selalunya tak berlaku lepas tengah malamkan!

    ReplyDelete
  4. Banyak dah ganjaran yg nenek dapat menjaga anak-anak yatim sehingga masing-masing sudah berjaya. Sebab itulah balasan diperolehi pun sebaliknya. Dia dijaga anak cucu dgn sebaik-baiknya.

    Moga roh nenek dicucuri rahmat Allah. Al-fatehah..

    ReplyDelete
  5. Innalillah wainnailaihi raajiuun
    Semoga Allah mengampuni dan mengasihi aruah dan bersama para solihin ameen

    ReplyDelete
  6. Aamiin...
    Dapat rasakan betapa sedehnya anak2 yatim yang pernah dijaga seperti anak sendiri tu bila kehilangannya nenek ini...

    ReplyDelete
  7. Takziah...kehilangan yg amat dirasai
    Jasanya tetap dikenang..
    Moga ditmptkn dikalangan org yg beriman..

    ReplyDelete
  8. Innalillahiwainnailaihiroojiuuunn.. Salam takziah.. Semoga arwah ditempatkan d kalangan insan2 terpilih.. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.. 😢

    ReplyDelete
  9. salam takziah utk keluara SI..semoga arwah ditempatkan bersama mereka yg dikasihi ALLAH..

    ReplyDelete
  10. salam kak. takziah. Innalillah wainnailaihi raajiuun. Moga rohnya dicucuri rahmat ..

    ReplyDelete
  11. salam takziah..mog arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh

    ReplyDelete
  12. Alfatihah...Ganjaran yang diperolehi arwah setelah menjaga anak yatim piatu.

    ReplyDelete
  13. Saya ni kagum dengan org yg mampu jaga orang tua yg sakit SI. Bukan senang tu nak mendidik hati untuk ikhlas. Mulianya hati menantu Kelantan tu. Kaya sungguh dia di akhirat.

    Alfatihah utk arwah....

    ReplyDelete
  14. Al-fatihah.. teringat arwah uwan saya lahir 1912 meninggal pada Ramadan tahun 2000.

    ReplyDelete
  15. Baru hari ni dapat ke mari kak.

    Takziah utk akak sekeluarga. Moga umurnya yg panjang diberkati Ilahi. Ialah bukan semua org sanggup menjaga anak2 yatim sampai boleh berdikari sendiri dgn seikhlas hati.

    ReplyDelete
  16. Takziah buat akak SI dan keluarga.. Semoga arwah ditempatkan dalam golongan yang beriman. Al Fatihah.

    ReplyDelete