Total Pageviews

Tuesday, 26 July 2016

Menumbuk lah pulak.

Assalamualaikum
Masih lagi dalam suasana raya kan tapi aku seisi keluarga memang takde raya2 dah .Tetamu2 je yang datang berkunjung terutama kawan2 anak. Biasanya baju2 raya dah diulang pakai sepanjang Syawal tapi kali ni sekali pakai je dah tergantung tak terusik dlm almari.
Seronok juga ramai yang datang bertamu .....walaupun kuih dah tinggal koret2 tapi  boleh masak makanan lain.Kuih2 raya bukan tetamu yang lebih makan tapi kami ni anak beranak tika tengok tv mulut tak berenti mengunyah....krup,krap,krup,krap tau2 dlm balang tinggal habuk...hihii.
Kalau sedara2 atau kawan2 anak bagi tau nak datang adalah masak2  sikit untuk dorang tapi kalau tak semena2 ada kat mukapintu makan kuih raya yang tak seberapa tu je lah jawapnya.
Semalam sepupu wasap gitau nak datang selepas zohor.Olehkerana dia hanya berdua dengan suami, pakat dengan Iqa masak ringkas je.Kami buatkan speggati je....
Masak mudah ni kejap je siap,lepas tu melingko lah aku dengan Iqa hingga terlena  aku dibuatnya bila yang ditunggu tak tiba2.Bila tersedar lapar lah pulak terus ke dapur ,teringin pulak nak makan sambal telor hancur bila buka aisbox nampak lada kering yang sememangnya dah direndam lebihan buat ayam masak bali semalam nya.Datang pulak angin rajin nya ,lada tu aku tumbuk dengan lesung batu je....kelentang kelentung aku menumbuk, kerja yang dah lama sangat aku tak buat kecuali buat rencah2 untuk masak je.Standby pinggan lutsinar cover muka takut terpercik ke mata ....
Inilah hasilnya walaupun tak selumat guna blender.Sebelum tu aku ada goreng peria katak bersalut tepung....lupa pulak nak snap gambar ,bila lepas goreng terus meratah.....asyik lapo je tak sedar diet dah ke laut:-)
Yang ditunggu datang pun dah petang sangat tibanya....

11 comments:

  1. Aduh kak, memang rajin sangat dah tu. Buat sambal telur pun pakai lesung ajer. saya, kalau dah lapar pakai blender ajerlah, nak cepat punya pasal....lapo kan. tapi pakai lesung lebih sedap kata orang tua2.

    ReplyDelete
  2. Hmmm... kalau kakak memang dah tak kuasalah nak menumbuk cili dgn lesung. Tapi kalau buat sambal belacan kakak masih guna lesung lagi, sebab rasa dan nikmatnya lain kalau guna lesung ni:)

    ReplyDelete
  3. rajinnya menumbuk...kalau saya bawang 3,4 ulas pun blend hehe..apa lg nak tumbuk cili kering..

    ReplyDelete
  4. RAJIN MENUMBUK KASAR2 LBH TERASA BILA DIADUN DGN APA YG DIMASAK...SEDAP TU

    ReplyDelete
  5. Suka tumbuk kasar2 cam gini...terasa sedapnya

    ReplyDelete
  6. amboi sedap telur masak hancur tu, terliur menengoknya ni

    ReplyDelete
  7. Kenapa tak diblenderkan aje SI? Kalau sayalah..... mmg cari blender je. Tak de blender sanggup beli. Punyalah pemalas haha
    Macam menarik jugak ye buat sambal telur gitu. Saya selalu buat mcm sambal tumis tu. Teringin pulak nak buat kering cenggitu...

    Kat rumah ni kurang yang suka makan kuih buat kudap kudapan SI.... Banyak lagi kuih ni ha.....Bakal ke tong sampah tu rasanya

    ReplyDelete
  8. Memang terlajak rajin tu kak saniah..
    Menumbuk cili kering..
    saya tak mampu tu hahhaa..
    kalau sambal belacan atau masak lomak cili api..
    lalu lagi nak menumbuk kak..

    Rumah saya pun kurang makan kuih raya..
    mujur beli sebalang dua..
    kalau tidak mampuih nak menghabiskan kak..

    ReplyDelete
  9. family saye pun rajin gak bab2 menumbuk2 ni. sedap2 ;) singgah dan follow sini. salam kenal kak :)

    ReplyDelete
  10. Rajinnya kak menumbuk. Lesung batu kat rumah saya tu tak lama lagi saya nak hantar muzium untuk koleksi barang-barang antik ^_^ Lesung batu moden tupperware tu pun saya beli tapi pakainya tak pernah sekali! Orang 'rajin' macam saya ni memang kenal blender jer, kak!

    Sedap sambal telur. Pernah buat 2,3 kali masa bulan puasa. Saya seorang je bedal dah orang lain jakun aje tengok mangkuk berisi sambal telur tu, malas saya nak pelawa!

    ReplyDelete