Total Pageviews

Monday, 25 July 2016

Ayah anak2 ku

Assalamualaikum
 Anak2 ku ...Semoga kamu tak lupa pengorbanan ayah andai hidup mu sudah berjaya kelak.Ayah sangat sayang anak2 hingga kadang kala mengabaikan kesihatan diri.Bagi ayah kebajikan dan keselamatan anak penting buat nya.
Hari kelmarin ,bila melihat ayah kamu tidur awal selepas solat Isyak mak terasa kesian sangat....bayangkan betapa penatnya seharian  demi anak.Seawal 6.45 pagi dah pergi menghantar Fateha yang memakan masa sejam ++ juga ,berebut pula untuk ke tempat kerja mencari nafkah untuk kita.Sabtu Fateha kerja separuh hari ,ayah juga terpaksa bekerja separuh hari, tanpa menyuap secubit makanan untuk tengahhari terus tergesa nak jemput Fateha balik,walaupun jika lewat pun Fateha boleh balik ke quarters nya dulu....tapi mungkin dia risau agak nya,maklumlah anak perempuan.
Olehkerana minggu ni Azim ada balik ,lepas makan dan solat dengan tak sempat berehat terus bersiap nak hantar Azim balik ke asrama pulak.
Dalam pada itu Arif bagi mak mesej katanya duit tak cukup dan keesokan perlu ke Muadzam pulak.Balik dari asrama Azim,mak ajak ayah singgah ke CIMB nak bank in untuk Arif.Malangnya no akaun yang biasa digunakan tak dapat diguna lagi.Hari dah hampir senja ,perlu balik dulu solat.Punyalah susah hati ayah bila memikirkan keadaan Arif  di sana tanpa sumber kewangan yang mencukupi.Dalam perjalanan balik Arif msg no akaun baru.Malam tu juga selepas Maghrib ayah ajak mak ke bank semula .Alhamdulillah....dipermudahkan urusan bankin untuk Arif.Nak guna  cimb klik agak memakan masa sedang kan urusan untuk sewa rumah dan kereta perlu di selesaikan  pagi sebelum ke Muadzam.Arif pun satu hal suka bagitau last minute.
Malam tu setelah solat Isyak ayah terus tidur....kesian mak tengok dia betul2 keletihan.Sehari suntuk terkejar2 demi anak2.Tapi itu lah ayah kan sukar nak kata tidak pada anak2.
Ini kisah  hari kelmarin saja tapi hari2 lain juga ayah masih terkejar2 antara kerja dan kamu.
Masa balik kampung raya tempohari ,sedara2 tanya mak samada anak2 dah habis belajar atau tidak....mak kata belum lagi .Ada yang kata bila lah ayah kamu ni dapat berehat .....Yalah sepatutnya diusia2 ayah sekarang ni dah tak perlu membanting tulang atau terkejar2 .Tapi kamu kan tau ayah bagaimana ....tak kan dibiarkan anak2 hadapi masalah sendiri an.
Ayah memang tak pernah merasa berehat sepenuhnya sejak dulu lagi .Masa ada opah dulu ayah sorang lah yang  jaga kebajikan opah  walaupun anak opah  ramai....kalau opah tak sehat perlu tergesa2 balik dari tempat kerja untuk bawa opah ke klinik dan selalu juga terpaksa cuti  .Biasalah opah mana mahu ke hospital ,jadinya kalau tak sehat berkali2 lah dalam seminggu berulang ke klinik.Setelah opah dah takde  ketika nenek tinggal dengan kita ayah juga lakukan rutin yang sama seperti mana dia lakukan pada opah.Ketika mereka sakit ayah lah yang berjaga waktu malam padahal keesokan perlu pergi bekerja juga walaupun dalam keadaan mengantuk yang amat. Ketika itu ayah masih muda.Tapi kini ayah semakin berusia ,kudrat pun tak seperti dulu lagi dan kesihatan juga perlu diberi perhatian walaupun pada zahirnya kini masih nampak sehat.
Buat anak2 sentiasa lah berdoa untuk  insan yang bergelar ayah ni sentiasa diberi kesihatan yang baik dan panjang umor kerana kita sama2 masih memerlukan dia .Semoga Allah sentiasa lindungi ayah kamu untuk kita.
......tiba2 jadi sentimental pulak hari ini :-).
                               foto; Iman dan ayahnya setahun yang lalu

10 comments:

  1. Begitulah pengorbanan dan tanggungjawab sebagai seorang ayah. Anak-anak kena sedar ini semua. Tak ada insan bernama ayah yg sanggup melihat anak-anak susah..

    ReplyDelete
  2. Sebak pula baca n3 saniah ni moga anak2 memandang tanggungjawab yg dilakukan dgn penuh pengertian di hati.

    ReplyDelete
  3. Sedih pulak saya membacanya, kak. Maklumlah, dah lama ketiadaan ayah, bila bercerita tentang 'ayah' tiba-tiba aje hati jadi sayu.

    Semoga anak-anak akan mengenang jasa dan pengorbanan ayah mereka walaupun si ayah tak pernah meminta apa-apa sebagai balasan.

    ReplyDelete
  4. macam tu ayah, seboleh mungkin mahu memenuhi keperluan anak2 utk pembelajaran & kehidupan mereka.

    moga2 anak2 tahu membalas jasa insan bernama ayah ni.

    ReplyDelete
  5. W/salam Saniah! Semoga anak-anak bila dewasa nanti akan kenang jasa ayah dan ibunya... W/pun terkejar-kejar tpi saya pasti dia tetap gembira dan terlupa penat lelahnya melihat anak-anaknya bijak-bijak belaka dalam pelajaran.

    ReplyDelete
  6. Itulah seorang ayah...selagi sihat sentiasa dok fikir hal ank2...

    ReplyDelete
  7. Wah sentimental semacam nampaknya. Nak period ke hape hihi...

    Saya baca pun dah terasa kurangnya oksigen apatah lagi tuan punya badan. Itulah pengorbanan insan yg bergelar ayah. Percayalah....tidak akan disia siakan pengorbanan suami tu. Anak anak SI akan menjaga ayah mereka mcm ayah mereka menjaga opah dan nenek mereka....

    ReplyDelete
  8. pengorbanan seorang ayah mmg tak boleh di pertikaikan jugak saniah walaupun anak dah kawin dan bersuami tapi hati ayah selalu bertanya kan tentang anaknya, apa lagi anak2 yang masih tinggal serumah, ayah dan ibu dua insan yang wajib anak2 hormati sehigga keakhir hayat kannn, kaknoor pun emosi jugak pepagi ni

    ReplyDelete
  9. begitulah pengorbanan seorang ayah untuk anak2, kadang anak2 tak pernah tahu pun apa yg dikorbankan oleh ibubapa

    ReplyDelete