Total Pageviews

Monday 23 November 2020

Peria goreng

Assalamualaikum
Ahad semalam teman suami jumpa doktor untuk rutin rawatan susulan nya.Tapi aku dengan Iman tunggu dalam kereta je .Berjam juga tunggu ...sambil2 tu layan lah youtube.Nampak pulak resepi peria goreng rangup....teringin lah pula .
Selesai urusan suami, kami terus ke Econsave untuk membeli sedikit barangan dan sayuran.Hanya aku dengan Iman je yang keluar. Suami tunggu dalam kereta .
Nampak peria katak terus beli dalam 6 biji.Tak berapa cantek tapi bolehlah dari takde.
Balik lepas solat zuhur terus bersihkan peria dan potong bulat2.Rendam dengan air garam dalam 15 minit.kemudian rebus dalam 2 minit.Angkat dan toskan.
Sementara tu kononnya nak sediakan batter seperti resepi dalam youtube yaitu sedikit tepung gandum,tepung ubi dan tepung beras juga masukkan bawang putih dan ketumbar
Tetapi disebabkan dah tersilap beli tepung beras terambil tepung pulut, terpaksa lah lupakan bancuhan tersebut.buat dengan tepung bistari je lah jawapnya.Kerja2 menggoreng Iqa yang buat.
Gorengan pertama siap mak dah makan dulu.Rasa ok sedap tapi macam kurang rangup.yalah sudah derhaka kan resepi.Tapi bila anak ramai ni semua licin walaupun sedikit pahit.Tapi si bongsu Iman jangan harap lah nak menjamah.Yang lain ok je kalau goreng seperti ini tapi kalau masak lain ,mak je lah makan sorang.

6 comments:

  1. SEDAPNYA KUDAPAN MAKAN DGN NASI PUN OK TU

    ReplyDelete
  2. yelah ada pahit2 manala budak nak makan, atau sayuran mana la pandang

    lainkali akak potong nipis lagi pun ok tu... yelah kalau ada tepung beras dia jd lagi rangup kan, takpe janji laku jualan gorengan akak tu

    ReplyDelete
  3. Sedapnya kak
    Saya pun suka peria goreng ni
    Pabit-pahit lemak. Saya tengok dorang sagat macam penyagat kerepek pisang tu nipis-nipis.
    Akak..
    Hujan-hujan ni tetiba saya terbayang pisang rebus cicah kelapa.. Macam nak gi minta pisang kat umah akak la.. Hihih

    ReplyDelete
  4. Sedap betul ni peria goreng. Tak terasa pahitnya!

    ReplyDelete
  5. Ohhh kena rebus dulu ye kak..
    Nanti nak Cuba..

    ReplyDelete