Total Pageviews

Monday, 9 November 2020

Sehari sebelum PKPB

Assalamualaikum  
Sejak PKP bulan Mac jarang bertemu cucu sorang ni sebab selain dari sebab Covid ,anak juga sibuk bekerja untuk balik ke Johor selalu.Atok dengan nenek hanya dapat melihat keletah si kecil melalui layar maya saja.Sedar tak sedar bulan Dec ni sudah pun setahun.Sabtu 7hb terdetik hati nak melawat cucu sebab rindu sangat rasa nya nak peluk cium budak bambam ni.Olehkerana tanpa dirancang terpaksalah tunggu suami balik kerja.Bila semua sudah bersiap2 dan aku sendiri dah masuk kereta ,tiba2 dapat info akan ada PKPB 9hb Isnin....Alahai hati dah gundah gulana samada nak terus kan pergi atau tak ,bimbang pulak terkandas di Melaka rumah anak.Akhirnya teruskan je sebab ada masa lagi sehari.
Foto: Pak su Iman melayan Sarah bermain.
8hb Ahad anak ajak bersarapan diluar sebab isterinya sibuk dengan sikecil Sarah yang meragam .Yang si ayah ni sudah biasa di rumah sendiri pasti nak pekena teh panas dan makanan agak berat pepagi.Kononnya aku nak lah buatkan juga tapi walaupun di rumah anak menantu sendiri nak mencari gula teh pun tak tahu di mana letak nya.Nasib baik lah diajak sarapan di luar.Disebabkan kedai makan yang selalu dikunjungi tak buka hari itu ,dibawanya kami ke Air Keroh ,katanya ada 1 kedai yang menjual nasi ambeng yang sedap ...jauh tu dari rumahnya ke Air Keroh.Malangnya kedainya pun tak buka.Mujorlah sekitar situ banyak restoran,singgah je lah sebab perut pun dah lapar.Makanan disitu biasa2 saja,oder je roti canai ,nasi lemak dan meehoon...mujorlah paru sambal nya sedap. 12 lebih tengahhari kami dah bersiap nak balik Johor.Anak kata mereka pun nak turun Pagoh untuk membeli pau frozen,jadi dia ajak saing sekali .Sebelum tu singgah makan tengahhari di Jasin.Tak ingat apa ke nama restorennya tapi ramainya orang yang makan di situ.Seram pulak tengok macam takde SOP dah...Tapi makanan nya memang terbaik patutlah ramai orang .Kebanyakan menu nya berasas kan nasi kukus dan berbagai lauk pilihan.Snap makanan pun sekadar je sebab malu lah pula orangramai tengok mok cik ni sibuk2 tangkap gambar...hihii.
Foto: baru perasan kat menu ada nama kedai 🤭
Foto: sempat snap air carot dan jus belimbing ni je
Foto: nasi kukus sup ayam untuk suami mok cik ni yang tak makan pedas.
Bila keluar dari restoren hujan lebat lah pulak.Sepanjang2 perjalanan kami hujan lebat sehingga lah sampai ke detinasi baru hujan agak reda.
Foto: bangunan Pau Mira Frozen dari sumber google
Foto: sempat snap waktu tiba dengan cuaca masih lagi hujan.
.Sebenarnya anak kali ke2 dia ke sini jadinya dibawa maknya pula .wahh...rasa nak borong semua pau yang ada.Berbagai inti rambang mata dibuatnya.Harga pun murah ,paling mahal pun 10 rm untuk 6 ketul .Pau kelapa dan durian memang bukan pilihan lah sebab kami tak suka durian ,suami pula tak suka inti kelapa.Aku sempat lah capai pau inti kacang merah,bologense,sambal serai ayam,kaya pandan ,kari daging dan 1 lagi ..tak ingat dah.Sambar juga 6 ketul aiskrim 1rm ...jumlah semua baru 51 rm. Kami berpisah di sini sebab anak kembali ke Melaka dan kami terus kan perjalanan balik Kulai.Sebelum tu sempat lah gomol sikecil Sarah puas2 sebab kini terpisah dek PKPB.. Tiba rumah sebelum nak keluar semula sebab ada urusan lain sempat lah mengukus pau ....lembuttt dan sedap sangat....menyesal pulak tak beli lebih2.Sekarang ni nak beli lagi pun dah terhalang tak boleh rentas daerah dah....ermm.Lokasi nya boleh lah cari kat google ya.Memang tak kan menyesal borong pau Mira  di sini..memang terbaik.

9 comments:

  1. nasibla johor dan melaka dekat je kak, kalau nun di utara atau pantai timur jenuhla

    sedapnya pau, durian dan kelapa peberet dana kak oi...

    ReplyDelete
  2. sempat juga bertemu cucu yg dirindu sebelum pkpb ya rezki tu

    ReplyDelete
  3. Haha, selalu dengar juga kalau mak mentua ke rumah menantu nak cari garam gula pun tak jumpa, tu jadi segan nak ke dapur ye kak.
    Wau pau tu betul memikat, saya pun sangat suka pau.
    Alhamdulillah walau sekejap at least terubat juga rindu kat cucu ye kak.

    ReplyDelete
  4. Sedapnya jus carrot.
    Moga terubat rindu dapat jumpa cucu comel. Selamat berPKPB.

    ReplyDelete
  5. wak pon sukak pau kelapa., ;p

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Musim PKP ni banya kerja danaktiviti yang tergendala. Moga kita semua diberikan kesabaran menghadapinya dan berdoa agar musibah ini segera diangkat.
    Mujur sempar jumpa cucunya tu dan terubatlah rindu dendam hahaha... saya suka pau kacang, agaknya dua biji saiz besar pun boleh habiskan lagi dalam usia sekarang hahaha...

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah syukur..
    Dpt juga kak saniah jumpa cucu wlpn sehari ye kak..

    Saya kak Selangor ni pun risau semakin Hari meningkat kes Covid 19..

    Saya pun suka Pau.. hendaknya Pau kaya.. tengok Pau yg akak dah kukus nmpk sedap sgt...

    ReplyDelete
  8. Sedapnya pau!! Suka isi kari ayam, bbq, coklat! Hehe teringin nak rasa yang inti carbonara...

    ReplyDelete