Total Pageviews

Friday, 20 November 2020

Lepat pisang


Assalamualaikum 
Sejak musim covid19 anak2 banyak berada di rumah.Yang universiti ,yang sekolah dah tentu belajar dari rumah.Yang bekerja pun sudah memang berulangalik dari rumah ke tempat kerja .Makanya bila anak dah ramai di rumah ,memang tak kering dapur ,ada je yang nak dimasak .
Beberapa hari yang lepas pisang kapas belakang rumah sudah banyak yang menguning .Suami memang peminat pisang ,kalau yang ditanam sendiri takde yang masak ,dia akan membeli .Tak kira lah pisang untuk digoreng atau dibuat kuih.Paling2 seminggu sekali pasti ada.Paling kerap buat cekodok pisang lah ...ermm tak jemu2.
Pisang kapas yang ditebang tu agak banyak buahnya.Setelah beri jiran beberapa sisir masih bebaki  lagi.Kalau dah banyak yang masak bukan boleh disimpan lama ,akan busuk nanti.Selalunya akan dilecek banyak2 dan disimpan dalam freezer.Boleh digunakan bila2 teringin nak buat kuih atau cekodok.
Lepat pisang ni buat selasa lepas.Di luar sana hujan ,bila dah sejuk2 ni perut masing2 lapar memanjang.Kebetulan pisang yang suami tebang dah banyak yang masak.
Maka dengan gigihnya mak cik melenyek lah pisang2 masak dengan menggunakan gelas.Bukan tak boleh kisar tapi rasa lebih suka manual sebab lebih terasa puri2 pisang.
Semua bahan pun ada tepung beras,tepung gandum,gula merah,santan kotak dan kelapa parut.Kelapa dan daun pisang pun dari pokok sendiri.Daun pisang ni dari pokok pisang kapas juga.Daun pisang kapas ni memang banyak gunanya terutama untuk buat2 kuih.Jiran2 selalu juga minta untuk kegunaan mereka.
Adunan pisang lecek ,kelapa parut,gula merah dan santan yang sudah siap untuk dibungkus.Pisang kapas ni manis jadi memang tak perlu masukkan lebih gula.Aku memang takde sukat2 maklumlah orang lama,semua agak2 je.
Disebabkan buat agak banyak kena lah guna 2 bekas kukusan.
Makcik masih guna kukusan antik ni...haa boleh lah kukus lepat pisang tu lebihkurang 20 /30 minit.
Dah siap...jangan tak tahu buat agak banyak ,Alhamdulilah abis..

6 comments:

  1. اسلام عليکم...
    Wah, seronoknya ada pisang tanam sendiri.. Pisang kapas pulak tu. Sukanya saya kak kalau dapat jadi jiran akak mesti ada habuan saya jugak kan pisang tu....

    ReplyDelete
  2. Kak, saya peminat lepat pisang juga..entahle saya ni peminat kuih2 tradisi, agaknya sbb membesar dgn kuih2 tradisi ni kan.
    Bestnya ada pokok pisang srndiri. Baguskan kak, daun pisang tu at least boleh jadi pahala sedekah kt jiran2.

    ReplyDelete
  3. SEDAPNYA LEPAT PISANG BOLEH BUAT SARAPAN R MINUM PETANG

    ReplyDelete
  4. Kat rumah pun masih pakai pengukus macam tu.. tapi bila malas nak keluarkan, guna kuali besar, letak alas besi gitu je...

    ReplyDelete
  5. Bila tengok lepat pisang ni teringat emak kami di kampung. Waktu kecil dulu, waktu malam sebelum tidur mak akan sediakan sarapan untuk esok pagi. Kalau lepat pisang, dikukus sebelum tidur. Esok pagi, sudah tersedia kopi panas dengan lepat pisang buat sarapan. Nostalgia sungguh!>Pengukus antik tu masih ada lagi di rumah mak.

    ReplyDelete
  6. Lepat pisang feberet saya kak..
    Tapi Tu lah.. nak Cari daun pisang Tu yg payah.. lain lah kat kmpng Kan..

    ReplyDelete