Total Pageviews

Monday, 20 January 2014

Angin dan debu

Assalammualaikum
 Cuaca sejak seminggu 2 ni agak kering dan berangin.Bila malam sejuk nya sampai ketulang hitam .Sekali sekala angin bertiup agak kencang .Bagi yang suka main layang2 ni lah waktu yang sesuai.Tapi bagi kami yang tinggal hampir dengan kilang kelapa sawit ni agak tension  sikit .Debu2 halus dari kilang masuk dalam rumah walaupun tingkap sentiasa tutup.Entah dari lubang mana ia mencelah...
Mujorlah tidak arang2 hitam seperti 1 ketika dulu.Tapi kereta yang baru dicuci pun nampak berdebu semula.Bagi yang asma memang lah bertambah teruk....
Apa pun kami redha je lah ,disini tempat kami,disini rumah kami,mana nak pergi.....

2 comments:

  1. Sayangnya bila keindahan alam dicemari oleh mereka yg meraih keuntungan tak toleh kiri dan kanan. Tak ada tindakan dibuat apalah kemampuan penduduk selain mengeluh menanggung semuanya..

    ReplyDelete
  2. terima kasih kerana bersimpati dengan keadaan kami.tapi percemaran bunyi dan bau kami dah lali sangat.

    ReplyDelete