Total Pageviews

Friday 27 November 2020

Lepat ubi dan pelam muda.

Assalamualaikum
Iqa sejak dah abis belajar ni ada je kat rumah .Musim2 covid ni  cari kerja pun amat2 sukar.Sepatutnya Oktober lepas sudah ada majlis konvo,malangnya kita hanya merancang covid19 pula yang melanda negara.Buat masa ini transkrip ijazah hanya dikirim melalu pos laju.Impian mak nak tengok iqa menyarung jubah konvo belum tercapai lagi.
Masa2 terluang dia ada saja makanan atau kuih yang nak dicuba buat.Tapi kalau untuk berniaga rasanya dia masih belum mahir lagi.
Rabu si ayah tak bekerja,seperti biasa lah ,mana reti duk diam .Ada je aktiviti berkebun sekitar rumah yang dibuat. Ada juga dia cabut beberapa batang pokok ubi yang telah berisi dan nak ditanam semula pokok2 baru.Banyak juga hasil tuainya .
Cakap dengan Iqa, boleh buat kuih ni .Iqa kata ok dia boleh buatkan tapi part kupas kulit dan memotong ubi mak lah yang buat. Biasa lah budak2 sekarang semua boleh tengok resepi.Kalau mak nya selalu agak2 je ikut orangtua dulu apatah lagi kuih2 lama ni.
Iqa kata nak buat lepat ubi ikut resepi Namakucella.Dari mengisar ubi sehingga selesai semua dia yang buat.Disebabkan terlebih ubi derhaka lah resepi ,yang penting bahan perlu ada.Syukur duk kampung ni daun pisang belakang rumah je.Yang tukang ambil Iman lah ,senang nak cantas daun yang tinggi .Ya ...Iman dalam usia 14 tahun dah agak tinggi ,mak dah paras bahu dia je.
Berbalik cerita lepat ubi , kalau dulu2 gunakan parut kelapa ,sekarang kisar je dah siap.
setelah diperah airnya,diadun bersama gula merah dan santan .Tambah secubit garam supaya rasa lebih lemak.
Buat agak banyak ,bila dah ramai2 kat rumah ni habis juga bila dah petang .Sebab tu Iqa suka mencuba resepi2 sebab ada tukang makan...hihii.
Sementara tu masa si ayah masih di luar rumah ada pula 2 cina bermotor singgah ,katanya nak minta mempelam pauh yang ada depan rumah...Alamak kita sendiri tak perasaan yang buah pelam tu dah boleh diambil sebab sebelum ni nampak masih berputik.
Sebab orang dah minta dengan baik ,beri kan lah juga.Tak sangka orang cina pun pandai nak buat jeruk katanya.
Sudah ambilkan orang ,ambil juga untuk orang kat rumah sendiri.Buah pelam pauh ni masih muda belum ada sabutnya lagi.Rasanya masam amat tapi kalau dah masak manisss sangat.Maka buat jeruk je lah yang sedap buah muda ni.Satu balang untuk yang tak buang kulit ,lagi satu yang dah kupas kulit.
Maaf kalau ada yang terliur🤭🤭

7 comments:

  1. Rajin iqa mencuba kuih2 lama tu, kak suruhla dia buat bingka ubi kak, saya suka sangat, sbb masa kecik dulu arwah mak selalu buat.
    Oh..tak terpikir pulak sekarang ni boleh guna blend je kan, dulu2 kena parut😁
    Kak, tarukla asam boi dgn cili merah, lagi mengancam

    ReplyDelete
  2. Tahniah Iqa, dapat ijazah walaupun belum ada rezeki menghadiri konvo. Sama dengan Abang Farid, patutnya konvo November ini tapi covid-19 jadi halangan.
    Rajin Iqa buat lepat ubi. Itulah makanan tradisi zaman kecik-kecil dulu.

    ReplyDelete
  3. Wah, lepat ubi Iqa lagi kemas dari mak cella la... Ubi pun segar-segar & muda mesti lagi sedap. Kalau dapat ubi bakar tu.. Pergh.
    Adah pun patutnya konvo 29 Mac.. Tanggu ke Disember ni. Tapi macam Disember pun tak jadi sahaja sebab Selangor kes tinggi. Semoga ada hikmah yang lebih baik untuk anak-anak semua

    ReplyDelete
  4. Salam Saniah, lama betul saya tak berblogwalking ni...

    wah Iqa dan tamat belajar ye... hurmmm sabar la... ada rezeki nanti tu. Ya, kawan saya anaknya pun belajar di UM dan baru beberapa minggu lepas dapat transkrip sijilnya melalui pos juga.

    Sedap nampak lepat ubi tu.

    ReplyDelete
  5. Sana la anak bongsu acik saniah tak nerasa convo untuk degree ni.pun masih belum dapat kerja..ada yang talipon tanya tak boleh rentas negeri kata dia

    ReplyDelete
  6. Laa rindu nak mkn lepat ubi..
    Saya tak pernah buat sendiri..
    Selalu beli je..
    Pandai iqa buat lepat ubi..

    Mmg terliur kak tengok jerik pelam Tu 😋🤤

    ReplyDelete
  7. memang terliur hihihi
    betul kak, kesian pelajar tak boleh convo, insyaallah Allah akan ganti dengan pengalaman yang lebih manis dan baik :)

    ReplyDelete