Total Pageviews

Tuesday, 6 September 2016

Allah lebih menyayangi mu...

Assalamualaikum
Walaupun rasa tak mampu nak ku coretkan kisah duka ini di sini namun ingin nak abadikan juga di blog ni untuk kenangan satu masa nanti.
Dia dilahirkan 3 hari selepas kelahiran Azim ,jadinya jika ulangtahun kelahiran Azim pasti tak lupa tarikh hari lahir dia pada 18 hb Ogos.
Foto:yang montel tu lah dia bersama Azim ketika usia 3 bulan.
Tahun ni genaplah 16 tahun pada anak bongsu kakak aku dari 5 beradik.Olehkerana jarak antara abang atas dia 12 tahun  ,tentu nya lah jadi peneman sepi ayah mak dia ketika yg lain dah bekerja dan berkahwin .Pandai berdikari sejak kecil lagi kerana kakak bekerja.Kalau setakat masak untuk makan sendiri dan keluarga dah pandai sangat sejak sekolah rendah lagi.
Jika ketika ini aku agak sepi bila anak2 kembali meneruskan pelajaran masing2....perpisahan hanya sementara tapi tidak buat kakak ku.
Besar sungguh ujian nya  bila terpaksa menerima hakikat yang anak bongsu dia ni takde lagi pada 2 September lepas.Sebelum ni dia telah kehilangan anak sulong tahun 2005 ketika berumor 22thn dan baru saja kawen disebabkan sakit yang mengejut selama 2 minggu seperti mana aku pernah coretkan kisah nya dalam blog ni satu waktu dulu.Bacakisah sedih hidupku
Kakak ni betul2 atas aku hanya beza 2 tahun je ....dia kawen cepat dan ada anak pun cepat jadinya sekarang ni dah ada beberapa orang cucu.Tapi si bongsu ni je lagi yang tinggal bersama di rumah...dah tentu panggilan manja nya adek.
Seperti hari2 biasa mereka 3 beranak selalu makan malam kat luar sebab kakak pun dah penat balik kerja.Malam tu selepas maghrib kakak pelawa anaknya makan kat pekan .Tapi anaknya menolak ,katanya nak makan sendiri dan abahnya beri lah duit Rm 5/6 untuk dia pergi makan .(Kat simpang renggam ni harga makanan masih lagi agak murah ).Kalau dah kata kat kampung tentunya motorsikal jadi kenderaan yang utama .Anak ni bukan kaki rempit ,setakat pergi ke pekan Simpang Renggam pun helmet pasti dipakainya.... telah juga punya lesen motor sehari sebelum dia meninggal.Tapi tu lah bila Izrail dah menjemput tak kan ditunda walaupun sesaat.Dalam perjalanan sewaktu hampir tiba tempat dituju sebuah hilux yang dipandu laju tiba2 keluar simpang merempuh motor yang ditunggang arwah yang kebetulan lalu...dengar kabarnya jasad arwah tercampak  dan melalui wasap/ wechat group daerah tu yang jadi viral
.Allahuakhbar......
Kakak dan suami nya di beritahu seseorang kata anaknya accident...tapi tak diberi tahu pekara sebenarnya.Bila mereka pergi ke tempat kemalangan tu ,betapa luluhnya hati.mereka melihat anak kesayangan dah ditutup dengan kain putih.Anak ini telah pun tiada....Subhanallah.
Bukan saja kami ahli keluarga nya yang terasa kehilangan nya malah kawan2,guru2 dan semua yang mengenali. Tak henti2 yang datang ziarah walaupun arwah dah disemadikan.
Sewaktu ziarah terakhir ada juga sorang kawan yang meminta sesuatu pada kakak  untuk jadikan kenangan katanya....Kakak hanya dapat capai kan baju yang selalu dipakai arwah untuk diberi pada kawan dia....semua yang memerhatikan kawan  arwah tu tak tahan menahan air mata bila melihat dia mencium baju sambil menangis.
Buat masa ni aku lihat kakak agak tabah tangani musibah ini .Redha anak yang dipinjamkan selama 16 tahun ni telah kembali ke Rahmatullah....Cuma mungkin akan terasa kehilangan bila anak2 lain kembali ke rumah.masing2 kelak.
Foto:
Antara wasap2 dari yang mengenali arwah.




Kami semua menyayangi mu  Muhammad Al Mizal bin Adam tapi Allah lebih sayang kamu.Semoga roh mu sentiasa dicucuri rahmat dan di tempat kan dikalangan orang2 yang beriman....Al fatehah

24 comments:

  1. Takziah untuk kakak dan keluarga .. moga rohnya dicucuri rahmat. Al Fatihah untuk arwah 😟

    ReplyDelete
  2. Al Fatihah. takziah kepada akak dan keluarga arwah. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org beriman. InsyaAllah. Allah ambik sebab Allah sayang dan ada tempat yang lebih indah utknya di sana. Moga keluarganya tabah dan redha dengan ketentuan Allah. Allah jaga dia sekarang =)

    ReplyDelete
  3. Innalillah...
    Tentu aje airmata kakak tak mampu nak dibendung baca N3 SI ini. Tak terbayang apa yg kakak SI rasakan akan kehilangannya. Moga rohnya dicucuri rahmat Allah.

    ReplyDelete
  4. INNALILLAH..SEDIH SUNGGUH...BESAR SEKALI UJIAN YG DIHADAPI KELUARGA ANAK SDRA SANIAH TU XDPT NK BYGKAN KESEDIHANNYA...MOGA ARWAH MRK DI KALANGAN PARA SOLEHIN DI SISI-NYA.

    ReplyDelete
  5. Sedihnya SI.....
    Patutlah sunyi sepi je SI 2-3 hari ni rupanya sedang berduka.

    Yelah nak buat mcm manakan, semuanya milik Allah, sebagai hambaNya kita cuma mampu redho ...
    Al fatihah utk arwah...

    ReplyDelete
  6. Sedihnya SI.....
    Patutlah sunyi sepi je SI 2-3 hari ni rupanya sedang berduka.

    Yelah nak buat mcm manakan, semuanya milik Allah, sebagai hambaNya kita cuma mampu redho ...
    Al fatihah utk arwah...

    ReplyDelete
  7. Innalillah...takziah buat kakak Saniah dan keluarga. Semoga ditempatkan bersama para solihin. Alfatihah.

    ReplyDelete
  8. Innalillah keluar juga air mata acik sedih..semoga keluarga tabah..Allah lebih menyayangi arwah

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Al-fatihah utk arwah.

    sedih saya baca kisahnya kak. 16 thn tu bukan satu tempoh yg singkat. macam2 kenangan sudah dilakar.

    moga arwah ditempatkan bersama-sama para syuhada'. dia anak yg baik dan Allah lebih menyayangi beliau. salam takziah utk keluarga arwah.

    ReplyDelete
  11. Allahuakbar...dari Allah kite dtg dan kepada Allah la kite kembali...sesungguhnya Allah lebih sayang kan dia kak...salam tahziah utk seluruh keluarga arwah...moga tabah mengharungi ujian ini...tengok dari wajah pon dah bole nampak arwah seorng anak yg soleh...

    ReplyDelete
  12. alfatihah, semoga arwah bahagia di sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedih baca posting kak SI ni. semoga ibu bapanya terus bersabar. bukan mudah, saya tahu..

      Delete
  13. Alfatihah! Salam takziah buat Kak saniah dan keluarga arwah. Menitis air mata saya ni membacanya, kak. Membayangkan aje dari membaca entri akak ni dah buat saya sebak. Bagaimana remuk redamnya hati seorang ibu bila terpaksa menempuh pengalaman begini?

    Semoga arwah tenang di sana dan ditempatkah bersama orang-orang yang beriman!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, dalam pada saya sekeluarga gembira menyambut ulang tahun kelahiran Bubbly Abang pada 2 Sept, rupa-rupanya ada keluarga yang dalam kesedihan kehilangan anak kesayangan :(

      Delete
  14. Assalamualaikum kak, semoga sentiasa di dalam kebaikan..
    Innalillah. mudah-mudahan Allah SWT mengampuni semua kesalahannya dan menerima semua amal kebaikannya. .. Takziah kepada keluarga allahyarham, semoga dikurniakan ketabahan dan kesabaran atas ujian ini.

    ReplyDelete
  15. Al fatihah buat arwah Al Mizal..
    Ya Allah..
    Maafi dia..
    Ampuni dia..
    Rahmati lah dia..
    Gantikan syurga sebagai tempat tinggalnya..

    Sebak hati saya kak membacanya..
    Semoga akak sekeluarga dan kakak akak pun tabah dengan ujian ini..

    ReplyDelete
  16. Sebak membacanya, takziah yer
    Moga tabah menghadapi kehilangan orang tersayang

    ReplyDelete
  17. Sedihnya entri ni. Moga arwah ditempatkan dikalangan para solihin... amin...

    ReplyDelete
  18. Semoga roh arwah tenang disana
    Ajal maut sudah ditentuan
    Kita hanya mampu redho je suratan Ilahi
    Tentu Saniah jugak masih rerasa kehilangannya kan

    ReplyDelete
  19. Al-Fatihah... moga arwah tenang si sana.. sedih bila kehilangan org tersayang.... :(
    Salam Aidil Adha Kak SI

    ReplyDelete