Total Pageviews

Wednesday, 31 December 2014

ubi keling?ubi kemili.

Assalammualaikum
Iqa kata Fateha ada post gambar ubi keling dalam FB.Mana rupa lah pulak yang dikatakan ubi keling ,aku tak pernah dengar .Aku cuba tanya cik google baru lah tau ubi kemili rupanya.

Ubi kemili ni aku dah biasa sangat sejak dari zaman budak2 dulu tapi aku rasa orang kampung aku ada nama lain dari nama ubi kemili ni tapi tak pernah pulak mereka kata ubi keling .Biasanya di pasar2 lambak atau pasar tani kat kampung aku ada jual ubi ni ...tapi tak lah hitam sangat kulitnya .Mungkin faktor tanah kot....
Ubi kemili ni roommate fateha bawa pulang dari Terengganu.Orang2 yang duk pantai timur mungkin dah biasa dengan ubi keling ni. Fateha  memang agak hairan sebab tak pernah jumpa lagi ubi ni ...itu yang beria sangat post kan gambar..Ketika ni di daerah kediaman kami nak jumpa ubi ni rasanya agak payah....tak ramai dah yang menanam ubi ni
Seingat aku masa budak2 dulu jika ada majlis kecil2an seperti lenggang perut untuk wanita hamil sulong selalu ada ubi kemili ni ....itu yang aku lihat kat rumah jiran ketika itu.Aku pun tak faham apa2 pun.
Aku sendiri pun dah lama benar tak makan ubi ni...tapi yang pasti satu ketika dulu aku kurang gemar rasanya .Tapi tak taulah bila dah berusia ni mungkin selera dah berubah.....


8 comments:

  1. Kalau singgah di Air Hitam SI ubi kemili ni banyak terjual. Abang selalu beli. Hitam tu sebab ubi ini lebih sesuai ditanam di tanah gambut. Org kampung kakak sebut kentang jembut hihi.... jgn ketawa tau:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah yang org kg kami sebut kentang jembut....kalau kakzakie tak ingatkan memang lupa bebeno...

      Delete
    2. Zakie..org kg ky pun pangil kentang jembut. Kelako beno bunyinya.
      Za man bebudak masuk kocek..mkn sambil main teng teng..

      Delete
  2. Tahun lepas kak zai ada masukkan dalam blog. Masa pergi Terengganu kat pasar ubi ini banyak dijual. Ada satu lagi ubi hanya terdapat masa musim tengkujuh aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ya ke kak zai ...agaknya memang popular ubi ni kat sana kot

      Delete
  3. acik pernah dengar tapi tak pernah makan ubi kemili ni Saniah

    ReplyDelete
  4. Mcm pernah dengar nama kemili tu, sebab mak pernah sebut rasanya, tapi tak pernah tengok. Bukan keladi senandung ke SI?

    ReplyDelete
  5. tak pernah makan lah kak..tak jumpa plak kat KL.

    ReplyDelete