Total Pageviews

Tuesday 27 January 2015

Azim dan jawatan pengawasnya

Assalammualaikum
Sudah hampir sebulan tahun 2015 berlalu bermakna  anak yang bersekolah juga sudah lebih setengah bulan . Satu malam Azim menelefon ku dan bagitau nak letak jawatan sebagai pengawas sekolah,katanya  bebanan kerja semakin banyak dah tingkatan 3 ni.Juga tanggungjawap sebagai pengawas juga semakin berat ,kadang bila sedang belajar pun kena buat spotcheck kat kelas2. Lagipun katanya tahun ni nak PT3 kena belajar lebih......banyak betul alasannya...
Hari Sabtu yg lalu , Azim pulang ke rumah selepas menghadiri sambutan maulidur rasul di masjid berdekatan sekolahnya . Setibanya di rumah dia menyatakan hasrat hati yg sama . Pada mulanya aku dan ayahnya  tidak bersetuju  kerana pelajar selalunya berebut untuk mendapatkan jawatan tetapi  Azim ni pula mahu melepaskan jawatan . Puas juga  kami memujuknya untuk tak lepaskan jawatan pengawas tu kerana dia telah dilantik sejak tingkatan satu lagi... . tapi dia tetap nekad ...kalau dah itu keputusanya kami terpaksa ikut je .
 Apa yang tak bestnya awal tahun sudah beli pakaian pengawas baru untuk dia .....nasib baik sepasang je.....nampaknya kena lah beli pakaian sekolah menengah biasa .Aku kata tak ada budget beli baju sekolah baru.....senang je jawapnya katanya duit bantuan sekolah 100 tu kan ada .....mujor juga tak kena ganti kasut sekolah kerana dia kelas KAA sememangnya gunakan kasut hitam .Tali leher pun dia dah ada katanya.Kalau tak tentunya lagilah banyak pembaziran ....
Sebelum menghantarnya pulang ke asrama, terpaksalah  singgah  kedai  beli  seluar hijau dan kemeja lengan panjang putih .Lencana dan tanda nama juga nak kena jahit semula .Olehkerana dah kesuntukan masa aku jahitkan kat dalam kereta masa tiba depan asrama ....huhuuu macam2 aje anak2 ni.

7 comments:

  1. Terbalik dgn anak dara kakak boleh menangis kerana tak dpt jadi pengawas. Tapi mungkin budak perempuan tak sama dgn budak lelaki SI

    Apa pun kalau Azim rasa terbeban sebaiknya biarlah asal tak menganggu pembelajarannya..

    ReplyDelete
  2. Dia nak tumpukan pada pelajaran dan dan exam yang akan ditempuhinya nanti tu. Maknanya dia dah mula berfikir apa yang patut dilakukan untuk masa depannya.

    ReplyDelete
  3. Kak zai setuju dengan keputusan Azim. Tak lama lagi dia akan menghadapi exam nak fokus. Semoga beroleh kejayaan yang cemerlang.

    Anak2 kak zai pun menolak bila dilantik jadi pengawas.

    ReplyDelete
  4. Azim nak tumpukan pada pelajaran tu Saniah..mungkin itu keputusan terbaik buat Azim

    ReplyDelete
  5. Dah tak terlarat tu agaknya SI sampai sanggup dia lepaskan jawatan pengawas tu. Anak okje yg sulung tu bermati matian dia nak jawatan pengawas masa form 4 dulu....

    Nak buat macamana dah tu yg dua nak. Ada budget ke tidak, terpaksalah beli baju sekolah biasa.Nasiblah ada tukang jahit bergerak haha....

    ReplyDelete
  6. tentu Azim dah habis fikir untuk melepaskan jawatan pengawas.mungkin keputusan terbaik buat Azim

    ReplyDelete
  7. Assalam...

    Mungkin itu keputusan yang terbaik untuk Azim...

    ReplyDelete