Total Pageviews

Thursday 5 February 2015

ntah apa2 lah

Assalammualaikum
Sekarang ni agak payah nak berblog ,selagi rumah tak siap...,masa nak menghadap laptop pun agak terhad ,selain ruang yang agak tak selesa dan terbuka ...terasa malu pulak dilihat mamat2 Indon, makcik yang begitu beria online memanjang...
Bagaimana pun taklah sendiri bila Iman ke sekolah masih ada Iqa dan Fateha yang masih bercuti.Adalah bibik sementaraku untuk memasak dan membasuh buat masa ni.Budak Iqa ni pun dah macam pengawal peribadi aku ,ke mana pergi mesti ikut ...walau sekadar ke kedai yang dekat.Isnin lepas pun dia yang ikut aku mengambil bekalan ubat di HSA JB.
Walaupun agak lama juga menunggu no.giliran ada si Iqa ni taklah bosan sangat ...

Bila dah ada budak 2 ni macam2 je celotah diorang bila duk rumah...ntah apa2lah .Masa menonton iklan tv ...mereka kata sama lah....aku tanya apa yang sama.?Ada ke patut mereka kata kucing kesayangan mereka si KUCAI  comel macam muka Nora Danish...Cis..agak2lah kucing dengan orang nak disamakan....

5 comments:

  1. he he..yang sama "comel' nya tu Saniah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju dengan pendapat acik tu, Nora Danish tu comel mcm kucing...hehehehh

      Delete
  2. Kak Saniah dah sihat ke... rindu juga nak baca celoteh kak saniah..
    Tak ramai orang di hospital tu ye ..

    ReplyDelete
  3. Seronok bila ada anak2 dirumah, meriah.
    Bila rumah dah siap nanti bolehlah ke kedai perabut untuk menokok tambah hehe...tentu rumah sanish besar dan cantik.

    ReplyDelete
  4. Haha...kami kat rumah ni pun rajin jugak buat lawak seram mcm tu SI hihi...
    SI punya sakit tu dah ok ke?

    ReplyDelete