Total Pageviews

Thursday 23 April 2015

dijangkiti virus

Assalammualaikum
Sudah 2 hari aku jadi jururawat pada anak bujang sulongku ,sediakan diet makanan untuk dia,sapukan ubat diseluruh badan  juga tentukan waktu bila nak makan ubat.Sebenarnya dia telah balik ke universiti bersama Fateha pada hari Ahad  selepas cuti sem seminggu tapi terpaksa balik semula ke rumah 2hari lepas bila dah kena chicken pox atau kata orang melayu, cengkering .Dari klinik kesihatan universiti dia dapat cuti seminggu. Teruk juga lah keadaan dia sehingga tak mampu berkereta sendiri untuk balik ,terpaksalah naik bas saja .

Sekarang ni keadaan badan dia masih dipenuhi bintik2 merah berair.Tak tahulah dapat jangkitan dari mana sebab dia baru bercuti dan dikalangan kami pun takde yang kena .Ayahnya kata mungkin ketika dia ke Stadium Larkin tengok perlawanan bola haritu kot...yalah tu sekadar buat andaian.
Dalam 5 orang adik beradik hanya dia seorang saja yang tak pernah kena chicken pox atau demam campak dari kecil .Semua dah merasanya sejak kecil lagi terutama Iqa teruk juga penangan chicken pox nya masa sekolah rendah tahun 1 dulu.Yang lain kena sikit2 je .Tak sangka pula abangnya dah bujang 22tahun ni dijangkiti juga....
Sekarang ni di rumah agak bimbang juga andai ada yang dijangkiti virus ini walapun kata orang tua2 kalau dah pernah kena tak kan kena lagi tapi khuatir juga ...Iqa dan Iman cukup takut ...sepatutnya yang sakit patut di kuarantin tapi kini terbalik pula bila yang sehat asyik memerap kat bilek...Aku yang merawat dia hanya bertawakal ,ialah anak ni walau dah besar panjang pada emak juga lah tempat dia bergantung apatah lagi ketika sakit2 ni.
Aku berdoa agar tiada yang dijangkiti apatah lagi budak Iqa yang perlu ke sekolah untuk anugerah cemerlang 31hb ni.Dan aku harap sangat abangnya cepat pulih supaya dapat kembali belajar setelah ditinggalkan seminggu ni.Juga harap sangat bila dia sembuh nanti parut2 chicken pox ni tak kan begitu ketara terutama di bahagian muka ...maklum saja dah bujang begini ...kesian lah pula.

8 comments:

  1. Musim kot kak... moga anak bujang akak cepat sembuh ya.. memang risau klu kena chicken pox ni, sebab salah satunya menjangkit kan...

    ReplyDelete
  2. Besar mana pun anak kita tetap perlukan perhatian kita SI.
    Kakak ni yg dah tua pun kalau demam bapak pegang rasa lain.
    Kasih yg diberi tu macam jadi terapi utk cepat sembuh.

    ReplyDelete
  3. Syafakallah utk anak bujang akak SI, moga cepat sembuh..
    Ye lah tentu Iqa dan Iman takut menjangkit tu.. sebab tu memerap dlm bilik ehe :)

    ReplyDelete
  4. Kesian dia...semoga cepat sembuh dan sihat seperti sediakala.

    Perhatian ibu adalah yang terbaik.

    ReplyDelete
  5. kesiannya anak akk,, semoga cepat sembuh..

    ReplyDelete
  6. anak2 camtu la kak saniah time sakit mesti nak manja2 dgn ibunye....semoga anak akak cepat sembuh dan semoga akak semua terhindar dgn jangkitan dan tahniah kepada iqa untuk kecemerlangannye....

    ReplyDelete
  7. Okje kena pun masa dah anak dara SI....masa tu dah kerja. Kelakar pulak rasanya. Tp nasib parut tak berapa nak nampak....alhamdulilah...
    Org kata chicken pox ni jangkit dia masa dah kering

    ReplyDelete