Total Pageviews

Thursday, 14 May 2015

aku dan garam

Assalammualaikum,
Sudah lama aku menggunakan garam bukit dalam masakan kerana khasiatnya .Selepas mengetahui kalau nak buboh garam masa makanan telah dimasak adalah lebih baik untuk mengekalkan khasiatnya,aku amalkan sehari2 sewaktu memasak .Tapi kan selalu juga aku terlupa untuk membuboh garam dalam makanan sehingga ada anak2 yang menegur...biasalah kalau dah tawar mana nak sedapnya ...Jika makanan berkuah okey juga boleh masukkan garam kemudian tapi bila makanan seperti cekodok misalnya ,alamat tawar hebeh lah jadinya....hihii mungkin faktor usia agaknya asyik je terlupa.
Sekejap lagi aku cadang nak buat karipap untuk aku berikan pada sepupu yang akan mengadakan kenduri tahlil malam ni.Mudah2an taklah aku terlupa untuk buboh garam pada untuk intinya nanti....

12 comments:

  1. banyak nya khasiat garam ni kan kak..memang rasa semacam klu terlupa bubuh garam dlm masakan.. klu serbuk perasa kami mmg tak guna (ajinamoto)

    ReplyDelete
  2. saya pon guna garam jenama ni..satu pek setengah tahun penggunaan..hehe

    ReplyDelete
  3. memang betul, garam lagi berkhasiat kalau dibubuh lepas makanan siap dimasak.semoga murah rezeki akak..boleh kirim karipap sikit..hehe

    ReplyDelete
  4. Memang bagus garam bukit tu.. saya guna dah lama jenama tu ..
    Terlupa tu memang tak boleh nak kata lah kan kak saniah, saya pun macam tu.. terfikir2 dah letak ke belum :)

    ReplyDelete
  5. garam ni kami guna buat kimchi.. hehehe

    ReplyDelete
  6. Saya pon pakai garam ni....kakkkkk sedapnye kuih karipap dah lama tak buat terus penasaran saya...

    ReplyDelete
  7. Kak zai pun selalu juga lupa bab bubuh garam. Hubby akan kata dah tua huhu....

    ReplyDelete
  8. dulu guna garam bukit nie..tapi hubby tak suka...lain rasanya :-))

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum kak,
    Garam bukit memang terbukti khasiatnya. Di rumah pun kami gunakan jenama ini. Sebut pasal garam teringat cerita bujang lapok, scene masak ayam. Datang sorang bubuh garam, datang sorang lagi bubuh garam, akhir sekati garam dalam gulai ayam..hehe

    ReplyDelete
  10. Kakak pun guna garam brand ini.
    Apa pun biar tertawar daripada terlebih masin. Macam cekodok kalau tawar cecah dgn sos pun sedap juga..

    ReplyDelete
  11. Belum penah guna garam bukit..nak try carik kat supermarket ni.

    ReplyDelete
  12. Belum pernah guna garam tu SI....beli garam yg murah jer selalunya. Sebenarnya bagus jugak terlupa buh garam tu SI.....tak delah darah tinggi hihi....

    Pernah gak dengar pasal hadis tu....

    ReplyDelete