Total Pageviews

Thursday 23 July 2015

aku dan hariraya 2015

Assalammualaikum ,
Selamat hari raya semua....maaf zahir batin andai ada menyinggung hati sahabat2 blogger sewaktu singgah mengomen di entry2 kalian .
Semenjak kedua mak ayah dari sebelah aku mahu pun suami dah tiada ,rumah kami lah tempat adik beradik selalu berkumpul dan berkunjung di hari raya walaupun aku dan suami bukan nya anak sulong.Selesai solat hari raya adik beradik suami dan aku silih berganti datang dan ada yang datang serentak membuatkan agak kelam kabut juga nak melayan apatah lagi dengan kehadiran anak2 dan cucu sedara yang agak ramai....apa lagi lah anak gadis 2 orang aku ni lah yang jadi maid....tak kering tangan dibuatnya.
 Hari raya ke 2  baru ada kesempatan ziarah kakak sulong dan sedara mara di kampung ,juga hari ke 3 jelajah felda2 di Kota Tinggi untuk jumpa abang , pakcik dan sepupu .2 hari ni memang padat perut dibuatnya ,bila singgah pastinya bukan sja dijamu dengan kuihmuih raya malah makan makanan berat juga...huhuuu abislah diet aku dengan anak2 perempuan yang kononnya nak kekal kan berat badan seperti masa puasa .
Sekarang ni anak2 dah bersekolah dan suami dah bekerja , dah tak de raya2 lah jawapnya apatah lagi bila cuti dah tak sama .....kesian pulak bila kita beraya Iman ke sekolah pula...Iqa pun hari sabtu ni dah nak balik ke u ,Azim di asrama .Yang ada 2 orang yang sedang cuti sem ni je....mood beraya pun merudum...

 gambar;
sewaktu beraya di rumah anak sedara yang baru siap dibina  di satu  kg di Parit Raja....masih belum ada perabot atau kerusi meja .Yang duk ramai2 tu anak sedara dan cucu sedara dari keluarga kakak sulong.....masing2 sedang menikmati sup gearbox kambing dan lontong.Aku  tak makan daging kambing ... mujor ada sup ayam kampung ...



9 comments:

  1. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin ye Kak Saniah..
    Meriah juga lah tu raya akak..
    Saya ni macam lemau jer nak beraya..
    Kehilangan yg masih buat saya berdukacita kak..

    ReplyDelete
  2. Sedara ramai jadi padat jadual kunjung mengunjung time raya..tak menang tangan tapi mmg seronok..

    ReplyDelete
  3. Meriah raya bila ramai sanak saudara berkunjung ke rumah.

    Salam Eidul Fitr untuk Saniah & keluarga.
    Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya tempohari..

    ReplyDelete
  4. Selamat hari raya saniah maaf zahir batin.

    Seronok kalau dapat berkumpul ramai2 walay pun penat tapi seronok.

    ReplyDelete
  5. Selamat hari..raya maaf zahir batin.
    SI dah jadi ketua keluarga tempat adik beradik berkumpul..

    ReplyDelete
  6. Selamat Hari Raya Saniah! Tahun ni saya beraya di perantauan... tak rasalah ketupat, lemang, lontong tu semua. Saya pun mohon maaf andai ada terkasar bahasa dan menyinggung perasaan ketika memberi komen di blog ya.

    ReplyDelete
  7. Meriah nye raya akak ramai sedara mara...nasib anak2 saya masih belom belajar jauh2 lagi kak inshaa Allah taun depan saya pon kompom seduh cam akak gak....beraya di rumah baru mesti la best semangat tu lain sikit...kikikiki....selamat hari raya pada akak dan seluruh famili

    ReplyDelete
  8. Salam lebaran dari Bunda....

    ReplyDelete