Total Pageviews

Friday 4 September 2015

bunga2ku kena serang.

Ketika melihat  daun2 pokok bunga hampir gondol,dah tau dah simata kartun ni punya kerja.Sekali tengok memang tak nampak dengan warna hijau seperti daun.Mula2 nampak 2ekor sedang menikmati daun2 lembut pokok bunga.Aku patah kan sedikit dan aku alihkan ke pokok bunga tanjung depan rumah.Kesian pulak makhluk Allah ni nak makan juga kata hatiku.
Pokok bunga tanjung ni dah lama sangat aku tanam tapi tak pernah berbunga pun.Asal besar sikit suami cantas takut merimbun depan rumah...kata kawan orangdulu2 kata pokok bunga tanjung ni tempat puntianak bergayut....ialah tu setahu aku budak2 rempit dan kutu embun je yang jadi puntianak kat depan rumah aku ni....apa taknya orang duk sedap tido dorang gelak2 berbual hingga dinihari.Mujor juga  semenjak dua menjak ni dah berkurangan.

Berbalik kisah pokok bunga tadi,bila dilihat semula betul2'banyak pulak menatang tu berpaut...geli pulak tengoknya bila dah banyak .Aku panggil suami untuk buangkan.Suami bukan saja buang ulat2 tu malah dicabut sekali dengan pokok2 sekali...huhuuu .

10 comments:

  1. Si mata kartun pun suka makan daun pucuk pokok limau purut saya kak saniah.. geram juga menengoknya..
    Tapi dah itu makanannya.. yg heran rumput yg tumbuh kat dalam pasu tu tak nak pulak dimakannya..

    Hihihi kesian akak.. dgn pokok sekali en suami akak cabut buang ye :)

    ReplyDelete
  2. Kalau benda ni ada memang habis pokok diragutnya. Kadang2 tinggal batang aje.

    ReplyDelete
  3. Samalah kat umah yan..tapi pokok kemboja yang dia suka..mujur pokok lain tak ada

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak, salam Jumaat mubarak.
    ooo, baru tahu mata kartun tu apa..Takpelah kak, dah memang rezekinya. Tapi dengan pokok-pokok sekali kena cabut, inilah agaknya yang dikatakan marahkan nyamuk kelabu dibakar, agak-agaknyalah...hehehe

    ReplyDelete
  5. ulat ni memang suka betol dia makan daun pokok bunga yg jenis ni....dulu2 pon saya ada sebatang pokok ni bunga nye kaler putih...tengah cantik pokok saya merimbun tetiba esoknye time nak siram daun dah separuh gondol...nasib saya tak terus pegang...sekali tengok ada 3 ekor ulat hijau ni gemuk2 tengah makan daun.....terus saya buang pokok dengan pasu2nye sekali.....hahaha...geli seh

    ReplyDelete
  6. Rumah kakak bulan lepas SI. Tahu kakak buat macam mana? kakak masukkan sabun serbuk dalam botol spry dah tu spry kat pokok. Kalau tak semua pucuk pokok dia makan gondol jadinya..

    ReplyDelete
  7. Eee... kalau di biarkan mmg togel jadinya pokok bunga tu saniah. Orang tua dulu-dulu depa taburkan abu dapur untuk halang ulat ni makan daun-daun tanaman mereka.

    ReplyDelete
  8. Ohhhhh gelinya SI ....meremang bulu roma....okje kalau bab ulat ni mmg tak boleh kompromi, mmg geli ya amat....

    Tapi yelah....dah daun tu makan dia kan nak buat macamana

    ReplyDelete
  9. klu kat laman saya ni , bkn setakat ulat , belalang pun ikut makan juga . habis daun tinggal ranting je ...

    ReplyDelete
  10. minat ya sal tanam bunga ..bagus kata orang green hand..ya tak

    ReplyDelete