Total Pageviews

Wednesday 9 November 2016

Tragedi duka 2.

Assalamualaikum
5.40 pagi aku keluar dari ruang menunggu sambil tercari2 di manalah surau untuk bersolat.Tanya staff  yang ada di situ ,Katanya disebelah belakang berdekatan dengan kantin.Tapi melihat kan aku keseorangan mungkin dia pun bimbang  untuk aku ke sana .Faham je keadaan tempat tu agak sunyi dan agak jauh .Sebenarnya aku pun seram juga tapi tawakal je kalau dah itu tempat nya.Nasib baik disuruh nya aku ke surau wad perempuan dan minta kebenaran pada guard untuk masuk.Alhamdullilah dipermudahkan urusan ...
Selesai solat aku masuk ke ER untuk menjengah suami.Kelihatan suami terbaring dalam ketidak selesaan .Katanya dah diberi ubat untuk jantung.Air mineral yang dibawa dah hampir habis ,diminta air lagi.Mujorlah di kuanter pendaftaran ada jual air mineral.Sekejap je dapat temankan,tahu je lah sebelum dihalau keluar baik aku keluar dulu.
Kembali aku menanti di ruang menunggu sendirian.Hari semakin tinggi aku pun tak pasti dah pukul berapa ketika itu.Hati betul2 runsing memikirkan bagaimana keadaan suami di dalam.Hanya pesan dengan anak2 datang  waktu melawat .Itupun sekadar wasap ,bimbang jika tepon anak2 tentu cemas.Adek lelaki suami, orang yang pertama aku gitau pasal abang nya pada jam 5 pagi tak juga kunjung tiba,hanya bertanya2 melalui wasap.
Kerana hati masih resah dan tertanya2 bagaimana keadaan suami di dalam sana dengan selamba aku minta kebenaran guard untuk masuk, kebetulan guard pun dah tukar shif. Berderau darah aku melihatkan katil suami kosong.Bertanya pada nurse kemana pergi dia.Rupanya dia ditempatkan dalam sebuah bilek .Bila aku jengah ke dalam suami bukannya berada di katil tetapi duduk di sofa yang di sediakan untuk pesakit lelah. Kedua kakinya terangkat di tepi sofa sambil.membongkok menahan sakit.Katanya tak boleh baring lagi bertambah sakit.Lama juga aku meneman sambil urut belakang dan tangannya yang sejuk.Sehingga ada doktor memanggil dan disuruh baring di ER semula.Doktor menerangkan keadaan yang dihadapi pada pesakit je sementara aku kemudian akan diterangkan juga katanya.Setelah itu suami  dipindahkan ke katil lain.Masa ni lah segala2 wayar dah disambung2 kat badan .Termasuk juga tiub oksigen, pada hal sebelum tu suami amat memerlukan.Setelah tu barulah doktor ingin bercakap dengan aku dan menerangkan satu persatu tentang keadaan suami.Banyak yang diterangkan tapi yang buat aku tersentap bila doktor kata peluang suami  hanya 50/50. "Akak banyak2 berdoa ya "kata nya."Sebenarnya dia mengalami serangan jantung yang kuat"....YaAllah sampai begitu sekali rupanya keadaan suami....rasa semangat ku hilang seketika saat itu.Tapi aku cuba tenang dan terus mendengar apa yang ingin doktor katakan .Olehkerana ubat2 yang diberi tak beri kesan ,doktor kata dia perlu bagi ubat yang paling kuat untuk mencairkan darah yang tersumbat ke jantung...ntah apa ke nama aku tak faham  bahasa medik ni. Ubat tu akan mendatang kesan dan allergi kata doktor ,jadinya aku terpaksa tandatangan satu dokumen sebelum prosedur dilakukan.
Setelah sesi kaunseling  dengan doktor aku tak terus keluar sebaliknya duduk dibilik tempat suami sebelum tu sambil memerhati keadaan suami dari jauh.Hingga saat itu suami dah mula resah ,sekejap2 melambai aku utk minta air .Terpaksalah aku berulang alik membeli air mineral di kuanter walaupun berdebar melalui guard yang menjaga bilek kecemasan.Mungkin ubat yang diberi telah mula memberi respond .Keadaan suami semakin kritikal,sekejap katanya sejuk sekejap rasa panas sehingga bermandi  peluh .Aku hanya mampu mengurut2'kan badan nya yang tak selesa sambil mengingatkan untuk terus berzikir.Aku sedaya mungkin cuba tenang depan suami walaupun hati aku sebak.Mujor ketika itu adek lelaki suami ( berlainan ibu) datang .Terasa lega sedikit perasaan aku.Olehkerana tak boleh menunggu pesakit terpaksa aku biarkan suami bersama adeknya sementara aku keluar ke ruang menunggu.Anak isteri adik ipar yang turut serta berikan aku air dan roti untuk alas perut sebab waktu tu dah hampir tengahhari aku tak menjamah lagi sikit pun makanan.Masa kan boleh tertelan bila keadaan suami yang sedang bertarung nyawa ketika itu.
Agak payah untuk masuk bilik kecemasan tapi aku tekad berulangalik untuk melihat keadaan suami dan mahu dia rasa tenang bila aku ada disisi.Sekejap2 katanya lapar tapi bila diberi makan hanya merasa di hujung lidah je. Dari batuknya dah mula keluar darah .Mulanya aku agak cemas tapi bila teringat apa yang doktor bagitau lega seketika.Bukan saja dari mulut malah najis nya pun berserta dengan darah pekat.
Sekejap2 aku keluar keruang menunggu.
Satu persatu adek beradek suami mula datang menjelang tengahhari.
Lebihkurang pukul 1 tengahhari baru lah suami dibawa ke wad .
Di sini lah sekali lagi aku lalui detik2 cemas sendirian....
OK ,kita sambung sambung ya ,panjang lagi kisah nya nak ku abadikan untuk kenangan di blog ni.


9 comments:

  1. Seriau bila baca entry kak Sania ni..debar... ya Allah, hati mana lah tak risau kak bila doktor ckp pun 50/50.. klu sy agaknya dah berendam air mata.. agak nya yg darah keluar dr mulut tu pecahan darah beku yg tersumbat ye?? moga semua makin baik2 shj...

    ReplyDelete
  2. Allah kak.. tak sabar nak baca sambungan.. semoga yg baik2 untuk akak sekeluarga ye..

    ReplyDelete
  3. Dari kejauhan kak zai berdoa semoga suami Saniah cepat sembuh seperti sedia kala. Buat Saniah terus tabah dan kuat semoga segalanya dipermudahkan.

    ReplyDelete
  4. BERDEBAR JUGA BACA ENTRY SANIAH..MOGA DIAKHIRI CERITANYA DGN HAPPY ENDING..DIDOAKAN SUAMINYA SEGERA SEMBUH.

    ReplyDelete
  5. Baru berkesempatan singgah blog akak..Baru tahu keadaan suami akak ni..maaf ye kak..

    ReplyDelete
  6. Dalam pada cemas tu pandai pulak buat orang suspen kan SI ni. Suspen tau kita....

    Gitu rupanya orang kena serangan jantung ye SI, tak karuan. Masyaallah kita yg tengok pun terasa sakitnya apatah lagi orang yg sedang menanggungnya.
    Sebab apa ye effect ubat yang kuat tu sampai boleh berdarah? Panas sangat ke?

    Betul tu bila dalam keadaan cemas cenggini, rasa lega kalau ada adik beradik yang meneman.

    ReplyDelete
  7. Agar akak diberikan kekuatan untuk menempuh dugaan ini

    ReplyDelete
  8. Kak, kalau dah kuat serangan jantungnya kenapa dia dibiarkan sendirian? Memang doktor pantau macam tu aje ya? Dah serius sangat sampai perlukan tandatangan barulah nak beritahu kita keadaan pesakit macamana dan suruh turun tandatangan mengatakan kita faham kesan dan akibatnya?

    Suspense pulak baca entri akak kali ni. Kalau yang membacanya dah suspense, yang menghadapinya pulak tak tahu saya nak kata bagaimana resahnya perasaan!

    Kasihan akak sendirian di hospital menunggu suami. Memanglah lapar dan dahaga diri sendiri pun dah tak peduli bila pasangan/anak sakit tapi sekurang-kurangnya kalau dapat berkongsi rasa risau tu dengan seseorang, takdalah 'menano' rasanya.

    Tahu tak kak 'menano' tu apa? Hehehe...

    ReplyDelete
  9. Takut juga bila darah keluar dari mulut dan najis tu ye kak..
    Kuat sungguh kesan ubat tu..
    Semoga suami akak terus diberkan kesembuhan..

    ReplyDelete