Total Pageviews

Wednesday, 13 December 2017

Mango float,asam pedas claypot.

Assalamualaikum
Masa pergi rumah anak sulong di Melaka Sabtu lepas dah berangan nak masak2 untuk makan anak beranak ,sesekali berkumpul ni.Tapi biasalah rumah orang bujang yang baru belajar hidup ....tak reti dah mak nak masak bila keperluan asas seperti asam garam  pun takde stok.
Petang dia bawa kami ambil angin ke Pantai Klebang ....otw dia berhenti ,aku fikir dia nak beli coconut shake yang viral tu rupanya dia beli Mango float Royale 4 bekas
.Rasa nya sedap...manis ditambah dengan rasa aiskrim dan terasa puri mangga .Aku minum sikit je,walaupun memang sedap tapi aku tak suka minuman manis.Udahnya 3 bekas je yang dia orang boleh abiskan.
Setelah puas bersantai dan menikmati angin segar di Pantai Klebang ,kami meronda ke tempat lain pula....maklumlah kalau di Melaka memang tak cukup masa nak pergi semua tempat.Aku cakap dengan anak, "boleh lah kita pergi ke Pasaraya untuk beli barang basah,boleh mak masak nanti"
Anak diam je sambil terus memandu dan berhenti di satu tempat."alamak ada pasar lambak pula"...kata dia."nak kemana ni "aku tanya "kita pergi makan "kata dia.Ermm...ok lah,tapi agak jauh tempat pakir kereta disebabkan ada pasar lambak tadi.Aku sebut pasar lambak sebab pasar tu akan ditutup menjelang senja.
Sesuai sangat tempat makan yang dituju sebab si ayah hanya cari nasi jika makan di mana pun.
Restoran Asam Pedas Claypot...dah tentu menu utama asam pedas.
Gambar agak kabur ,sampai pun dah menjelang senja ,ditambah cuaca yang suram.
 Setiap pinggan nasi pakej telor asin,kubis tumis dan sambal belacan...kecuali pinggan Iman hanya nasi kosong.
 Asam pedas ikan pari dan ikan jenahak
 Asam pedas tetel.....permintaan aku tapi rasanya seperti daging biasa ,tak nampak pun struktur seperti daging tetel.
Asam pedas ikan tenggiri.
        Asam pedas nya semua sedap.Suami yang tak suka makan pedas ni pun kata sedap.Tapi Iman hanya makan berlauk telur asin je ...asam pedas tu semua tak menarik minatnyapun.Lagipun katanya dah kenyang makan cemil2an masa kat pantai tu.
Sebenarnya Asam Pedas Claypot ni ada juga di JB tapi rezeki kami agaknya makan di Melaka.



11 comments:

  1. Tengok mango float tu menarik sangat. Rumah ank bujang mcm tu la kak kan tak cukup barang didapur. Emaknya la kena bawa belikan barang dapur agaknya tu

    ReplyDelete
  2. Dah rumah bujang kak saniah..
    Tak ada barang dapur..
    Kalau anak dara kemungkinan besar ada πŸ˜†

    Sedap pulak tengok asam pedas tu..

    ReplyDelete
  3. Kita ibu2 nak juga memasak.. πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€

    ReplyDelete
  4. Habis tu Kak sempat masak Tak? Hihi.
    Kak, cemil2an tu macam kudap2an eh?

    ReplyDelete
  5. Acik kalau pi tngk anak masa dia di BP pun cari kedai asam pedas.jedai yang saniah pergi ni di klebang ke saniah

    ReplyDelete
  6. Saya tau, SI cuma nak acah acah masak je kan hihihi....
    Asam pedas Melaka mesti rasa dia lain sikit dpd Asam Pedas Johor. Asam Pedas Melaka selalunya ada halba. Dua dua pun saya suka SI, maklumlah tolak batu, kayu dengan besi je hihi....

    Kita org Johorkan mmg panggil Pasar Lambak SI

    ReplyDelete
  7. sedapnye mangga float t u.. huhu

    ReplyDelete
  8. sedapnya...jemput klik Blog Etuza pula ya

    ReplyDelete
  9. Allah hu akhbar ada pula blog Etuza sini..terima kasih nanti akan di bloglistkan ya dek...

    ReplyDelete
  10. Mak, mak memang selalu macam tu. Bila berkumpul nak masak untuk anak-anak. Tapi anak-anak pulak, teringin juga nak belanja makpak makan. Biarkan ajelah anak-anak belanja, kak ^_^


    Saya ni kalau barang semua ada pun, belum pasti rajin masak tau ~_^

    Sedapnya kak asam pedas jenahak dan tetel tu. Kalau real tetel, aduhai nikmatnya menambah apa yang patut dalam badan. Entah kenapa, saya suka tau tetel ni. Kalau buat dalca, lagilah terangkat!

    ReplyDelete