Total Pageviews

Friday 21 March 2014

Kelamkabut............

ASSALAMMUALAIKUM
     Iman balik sekolah terus nak makan,katanya lapar sangat.Aku sedia kan nasi dan lauk dalam satu pinggan .Dia terus makan dihadapan TV sambil melihat rancangan kartun .Tiba2 dengar sesuatu siren dan pengumuman keluar dari rumah untuk penyemburan asap basmi aedes.Apa lagi kelamkabut lah aku yang sedang siap2 hendak mandi.Sedangkan orang yang hendak menyembur asap tu dah ada depan rumah.....
      Terfikir rancangan degil ,cakap dengan anak kita berkurung aje di dalam rumah .Rasanya nak keluar pun dah tak sempat.Bila mereka sudah mula menyembur kami duduk dalam dalam rumah,tapi kalau sudah tak dengar kata memang lah dapat padahnya ,bila asap sudah mula masuk ke dalam rumah dari celah2 lubang angin.Tak tahan menahan bau asap yang kuat ,terus aje aku buka pintu,wahhhh.....lagi lah teruk asapnya masuk rumah....Iman kata sesak nafas.Aku ajak dia lari ke pintu belakang,mujorlah tak ada asap ,lega lah bernafas sikit.
     Di luar rumah di rumah jiran2 asap agak tebal ,selalunya cuma seorang yang buat kerja menyemburkan asap tapi kali ini 2orang serentak kiri dan kanan rumah jiran.Melalui maklumat jiran ,ada salah seorang anak remaja  jiran yang agak jauh dari rumah kami kena demam denggi ,sebab tu jabatan kesihatan buat semburan.Apa pun suami aku bagitahu budak tu rasanya tak kena aedes di rumah...sebab jarang balik rumah.
    Bila asap sudah agak kurang ,kami masuk dalam rumah.Iman pun dah tak ingat lapar lagi ....ntah manalah dicampaknya nasi yang dimakan .Last2 makan biskut je....

4 comments:

  1. assalam saniah..acik pernah kena..bukan tak mau keluar..belum sempat keluar..acik sorang dalam rumah..sudah nya berkurung dalam bilik air..sambil basuh muka untuk mengelakkan lemas asap..nak keluar dah tak boleh..tak nampak..sampai la hero bongsu acik balik..panggil acik..bila tau dalam bilik air..dia tarik acik keluar..kalau tidak agaknya dah mati lemas asap acik dah..bahaya betul dia orang tu buat kerja tak mau pastikan orang ada dalam rumah ke tidak

    ReplyDelete
  2. Alahai kesiannya Iman.. sampai hilang rasa lapar. Kakak pun pernah buat degil macam SI juga. Last samalah keluar ikut pintu belakang. Apa yg kelakar sekali on aircond keluar asap fogging itu... bau dia yg tak tahan kan..

    ReplyDelete
  3. walaikumsalam acik ,kakzakie...ialah kalau lah ada baby ,tak ke jadi masalah,,,mna nk lari sana sini asap....

    ReplyDelete
  4. Degillah lagi SI haha.....
    Ohh mesti kat kawasan tu ada kes tu SI kalau datang orang sembur sampai datang.

    ReplyDelete