Total Pageviews

Wednesday 26 March 2014

TEKA TEKI

ASSALAMMUALAIKUM
   Iman kalau sudah dengan sepupunya Najihah ada saja aktiviti dia sepanjang hari.Diselongkar segala yang boleh dibuat main dan bahan bacaan .Jumpa lah pula buku teka teki....riuh lah bersoal jawab .Salah satu teka teki dia seperti ni

BERSORAK SORAK MENJUNJUNG PIALA,
RASA GEMBIRA KERANA BERJAYA,
PANJANG MATA DARI KEPALA
DIHENTAM DITUKUL BARU BERKERJA.
                 
jawabannya ; PAHAT

Sudahnya pahat pun tak tahu apakebenda.....aku pula terpaksa selongkar stor alat2 pertukangan untuk bagi penerangan pada budak berdua tu.Jumpalah si pahat yang dah lama bersembunyi dan sudah berkarat kerana lama sudah tak digunakan.......Bila dah diterangkan ohhhh baru tahu katanya ....tapi faham atau tidak tak tahu lah aku.Sudahnya aku yang kepenatan mengemas semula barang pertukangan yang aku keluarkan ....Mereka berdua sudah pergi main bola pula....alahai anak...


1 comment:

  1. Idea sapa teka reki tu SI....pandai mereka cipta haha.... dlm banyak banyak alat tukang boleh pulak pahat yg berkenan dihati

    ReplyDelete