Total Pageviews

Friday, 24 October 2014

khasiat taugeh

ASSALAMMUALAIKUM
salam Jumaat dan salam maal hijrah
bila baca khasiat taugeh yang di postkan seorang kawan diFB terkenang kembali kenangan silam saat belum dikurniakan cahayamata setelah bertahun2 berkahwin. Suami tak pernah ambil kisah sangat soal zuriat,kalau ada rezeki ,adalah...tapi sebagai seorang perempuan aku agak tertekan ketika itu....tapi tak pernah buat rawatan moden...usaha rawatan kampung pun  lebih kurang je .Tapi apa yang aku ingat kena berulam kan tunas halia setiap bulan ikut bilangan ganjil....katanya untuk membersihkan dalaman....lama juga aku amalkan.Seorang pakcik pula suroh berulamkan taugeh dan udang kering mentah setiap hari.Katanya boleh beranak ramai .....ialah tu tapi kalau taugeh tu bolehlah telan tapi pat udang kering mentah tu aku benar2 surrender...

bila baca info pasal taugeh ni baru tahu begitu banyak khasiatnya...disini ingin ku kongsi

Khasiat Taugeh

Taugeh selalunya menjadi pilihan terakhir untuk dimasak dan dihidangkan kepada keluarga. Walaupun bentuknya tidak menarik, tetapi taugeh kaya dengan khasiat untuk tubuh badan manusia. Tak percaya ?? Jom kita baca apa khasiat sayur taugeh.

1. Mampu meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita.

- Untuk kaum lelaki, pengambilan taugeh mampu menghasilkan sperma yang lebih baik manakala untuk kaum wanita pula, taugeh dapat membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

2. Mencegah kerapuhan tulang.

- Taugeh mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi sama dengan estrogen sintesis untuk meningkatkan kepadatan dan mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis).

3. Menghalang lemak-lemak jahat (LDL) tanpa mengganggu kandungan lemak baik (HDL).

- Taugeh kaya dengan kadar saponi. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung akibat daripada kadar lemak yang tinggi disarankan supaya mengambil banyak taugeh dalam menu harian mereka.

4. Membantu membuang kotoran dalam usus besar.

- Taugeh mengandungi banyak serat dan air. Oleh itu taugeh juga berfungsi untuk membuang segala kotoran dalam usus besar. Hal ini juga dapat membantu memerangi sel kanser. Apabila kotoran dihapuskan, tiada lagi zat-zat dalam kototran yang dapat diserap
ke dalam tubuh badan kita.

4 comments:

  1. Keluarga kakak semuanya suka taugen sampai kadang kakak tumis aje taugeh dgn kucai dan udang. kadang masak lemak + dgn taufu. Hinggakan org makan laksa penang tak bubuh taugeh tapi keluarga kakak mesti nak ada taugeh juga. Sedap dan murah. Kalau rajin boleh buat sendiri lagi..

    Bila tahu khasiatnya lagilah macam nak makan selalu:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. keluarga sya pulak sebaliknya kakzakie....kalau ada masukkan taugeh kat mee pun dipilih dan diasingkan kat tepi pinggan ...tekak sya je yang tak memilih..

      Delete
  2. Kalau masak mee atau bihun letak taugeh memang manis...selain dari sawi dan daun sup..

    ReplyDelete
  3. Tadi baru makan taugeh ngan Soto SI hehe....
    Banyak rupanya khasiat taugeh ni....tak sia sialah okje ni SI jadi salah sorang penggemar taugeh

    ReplyDelete