Total Pageviews

Monday 22 December 2014

hospital hospital lagi

ASSALAMMUALAIKUM
  salam Isnin
  Hari Jumaat lepas pergi ke hospital HSA lagi ke ICU bila diberitahu sepupu suami dalam keadaan kritikal.Meredah hujan yang bepanjangan seharian...mujor jalan dilalui tak dinaiki air walaupun ada sedikit kesesakan.Walaupun bagi pelawat lain boleh masuk bila2 masa di hari kelepasan Jumaat dan Sabtu ni namun kat ICU kena tunggu masa melawat.Agak ramai sahabat dan saudaramara yang datang ,giliran kami pun agak lambat...balik pun dah hampir senja
Hari Sabtu dapat telefon dari sepupu suami yang makciknya dalam keadaan koma di hospital Kulai .Tengahhari itu juga kami pergi melihat keadaannya di sana.Berumor 80 tahun ..itulah saja satu2 nya makcik suami yang masih ada....seorang yang lemahlembut dan suami agak rapat dengannya.
Setelah 2 hari berturut2 ke hospital ..semalam giliran aku pula terpaksa ke hospital kerana bleeding yang teruk sepanjang 3 hari ni.Mujorlah tak perlu masuk wad ...setelah dibekalkan ubat2an tunggu dan pantau sepanjang 2-5hari ni dulu.
Kalau boleh aku tak mau masuk wad ...tak suka masuk wad ...pengalaman menjaga anak di wad dan pengalaman tinggal di hospital waktu bersalin menjadi kan aku tak suka duk di wad....sebabnya bukan apa pun ....sukar untuk aku nak tidur walaupun dalam keadaan rehat ....
Bagaimana pun jika keadaan aku berterusan ...terpaksalah aku redha walaupun risau juga memikirkan persiapan persekolahan budak berdua ni belum siap sepenuhnya .Iman dah pun beli buku semalam walaupun aku dalam keadaan lemah untuk beratur yang panjang ...udahnya Iman yang beratur ...bila tiba giliran baru aku  ke tempatnya.
Biasalah anak2  bila urusan2 persekolahan ni ,nak maknya juga uruskan baik dari soal pembelian pakaian atau buku2....aku sendiri pun rasa lebih senanghati bila uruskan sendiri....bimbang ada yang tak selesai nanti.....bagaimana agaknya keadaan anak2 bila takada mak?...

5 comments:

  1. Sebenarnya utk sementara waktu ni SI tak boleh renyah (bahasa keluarga kakak) maksudnya bergerak banyak. Kena banyakkan rehat. Itu yg bleeding agak berlebihan akak rasa. Harap utk 2-5 hari ini jgnlah bergerak banyak. Kena rehat betul-betul macam org dlm hari. Cuma masak-makan tu taklah macam tu.. Kakak doakan moga tidak berlarutan.

    Jaga diri SI - kita ada anak-anak yg memerlukan pemantauan kita lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih nasihat kakzakie tu ....itulah yg suami pesan jgn renyah2 ...tinggalkan je kerja2 yg ada ..tapi kalau dah kata ibu ni tak senanghati duk rehat je..

      Delete
  2. SI kena banyakkan berehat.sementara ni biarlah dulu kerja rumahtangga dan urusan sekolah anak2.
    betul kata kakzakie tu..SI perlu sihat untuk memantau anak2 bila dah mula buka sekolah nanti..

    ReplyDelete
  3. Rehat secukupnya kak saniah.. jaga kesihatan diri baik-baik ye..

    ReplyDelete
  4. SI....no...no.....tak mo.....tak mo cakap macam tu....sedih tau kite.....

    Okje pun tak suka duk hospital SI....rasanya pengalaman beranak 3 orang operate tu dah cukup puas....kalau boleh tak mau dah....

    Tablet iron tu utk tambah darahkan SI....banyak sgt ke bleedingnya SI

    ReplyDelete