Total Pageviews

Wednesday 15 April 2015

kesihatan tulang

Assalammulaikum,
2minggu yang lalu aku ke Mydin untuk membeli barang keperluan dapur .Masuk je dah kena tahan dan disuroh untuk membuat ujian kesihatan  tulang .Suami kata cuba lah sebab aku selalu merungut sakit sana sini.Aku ok je tak lama  tak sampai pun  5 minit dah selesai....
Alhamdulilah kualiti dan kekuatan tulang aku masih berisiko rendah walaupun sipi2 untuk menghadapi keretakan akibat osteoporosis.Dinasihatkan untuk minum susu terutama susu Anlene yang mereka sedang promosikan,walaupun aku bukan pengemar susu tapi minumlah juga walau tak hari2...nak juga jaga kesihatan diusia menjelang senja ni.
Bab susu Anlene ni teringat pula pada arwah mak sewaktu hayatnya di sepuluh tahun terakhir susu Anlene ni lah yang dijadikan minuman harian nya selain air sirap.Mak tak minum air manis lain .Walaupun sukar baginya nak menghabiskan 1/2 gelas setiap kali minum tapi mesti ada hari2 selain nak menambah vitamin pada mak yang memang sentiasa tak selera nak makan.
Berbeza dengan arwah MIL hanya boleh minum susu pekat manis .Pernah kami beberapa kali tukarkan dengan susu tepung lain seperti Anlene tapi  jenuh lah seharian kena ulang alik ke tandas....perutnya tak dapat menerima . MIL tak ada masalah kencing manis ,mungkin kerana selain dari susu manis dia hanya minum air masak biasa je.
Apapun kedua2 arwah mak2 aku ni takde pun masalah osteoporosis...harap aku pun tak akan hadapinya kelak .


8 comments:

  1. Arwah mak kakak dulu tak minum susu tau SI tapi tak ada masalah tulang juga. Susu dlm kuih dia makanlah kalau dlm air minum dia tak nak.

    Dulu masa susu omega tak ada dlm pasaran kakak minum Anlene SI. Tapi sejak dah ada omega kakak dah tukar sampailah sekarang.

    ReplyDelete
  2. Kak zai hanya minum susu jika dibancuh dengan air minuman atau buat kuih tapi dari dulu sudah mengamalkan vitamin khas utk tulang.

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah...tapi untuk kesihatan tak salah kita amalkan minum susu...walaupun dalam satu keluarga mungkin tahap kesihatan tulang masing2 berbeza...

    Bunda sendiri ambil susu Omega macam KZ...dah jemu bunda tukar Anlene pulak...macam tulah selang seli...

    ReplyDelete
  4. Salam Kak.. sy pun selalu buat ujian kesihatan tulang ni...selalu ada buat setahun sekali kat hospital sini...
    suka jg minum Anlene.. :)

    ReplyDelete
  5. asalamualaikum kak..susu tepung tak suka buat air..kalau ratah gitu aje ok...kalau susu pekat yan ok buat air..ratah tak boleh coz manis..:-))

    ReplyDelete
  6. mak saya langsung tak pernah minum susu,tak makan semua jenis daging dia cuma mkn seafood je,tu pon banyak ikan yg dia tak makan gak...sebab tu la kot sekarang tulang2 mak saya dah tak kuat lagi sakit sana sini... :'(

    ReplyDelete
  7. Kalau tak yer yer...mmg mls nak minum susukan SI...Lebih lebih lagi susu tepung. Okje boleh minum susu ni pun sejak dah beranak pinak ni. Sebelum ni tak suka.
    Teringat arwah emak ehhh....alfatihah buat mereka

    ReplyDelete