Total Pageviews

Tuesday 28 April 2015

Mak Teh

Assalammualaikum
25hb April genap 32tahun Allahyarhamah pelakon terkenal Saloma kembali ke Rahmatullah sebagaimana yang aku lihat dalam siaran TV dua tiga hari lalu.Sebenarnya aku bukan lah nak cerita pasal beliau tapi tarikh kematian nya mengingatkan aku pada tarikh aku kehilangan insan yang aku sayang buat pertama kalinya dalam hidupku..Mak Teh panggilan aku pada adik mak yang ke empat.Dia pergi meninggalkan kami 3hari selepas kematian saloma ,itulah yang jadi ingatanku sehingga kini walaupun ada ketika nya aku lupa tarikh yang sebenar.....dia meninggal dalam usia 40tahun kerana sakit lemah jantung sejak kecil....walaupun 3 dekad telah berlalu namun jasa insan inilah tak pernah luput dalam ingatanku.
Mak Teh dah menganggap aku seperti anak sendiri kerana dia tak dapat melahirkan anak akibat masalah jantungnya.Walaupun aku tak tinggal bersama dia namun segala pebelanjaan  sekolah  dia lah yang uruskan .Apatah lagi keadaan mak dan ayah aku yang agak susah ketika itu.  Sejak kecil aku selalu dah dibawa berbulan2 ke rumah dia yang ketika itu  tinggal di Johor Bahru bersama nenek aku. Biasanya arwah nenek lah yang mengambil aku di kampung walaupun cuti sekolah belum lagi bermula tapi nenek dah pun menunggu untuk membawa ku pergi.
Walaupun ketika nak pergi memanglah seronok dapat keluar dari kampung namun sebenarnya nak menghabiskan cuti sekolah bersama mereka agak membosankan pada aku yang begitu terjal dan bebas sebagai anak kampung .Tinggal bersama mereka bermakna sepanjang masa aku hanya dikelilingi orang dewasa ..apatah lagi bilek2  yang nenek dan mak teh tinggal tu ada penyewa2 bujang lain yang kerja berdekatan situ .Bila mereka bekerja aku hanya bersama nenek di rumah....kalau duk di kampung ada je aktiviti aku cuti sekolah ni....masuk kebun ,meredah parit atau main tak ingat nak balik rumah....tapi kat tempat mak teh aku hanya dapat mengira hari bila lah orang nak hantar aku pulang kampung.Bukan seperti zaman sekarang ni boleh menghabiskan masa dengan segala jenis gajet ,atau menonton tv.
Paling seronok bila mak teh cuti dan bawa jalan2 ....ketika itu zoo dan pantai lido je lah tempat yang best bagi kanak2 seperti aku....Ahhh kenangan bersama nya sukar dilupakan ....bagai tergambar diruang mata walau telah lama dia pergi menemui Nya.Damai lah MakTeh di sana...moga rohmu sentiasa dicucuri rahmatNya...Al Fatihah.
                               sumber;google



8 comments:

  1. Al fatihah utk arwah mak teh.. semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi, diluaskan kuburnya, ditempatkan bersama para suhadah dan solehin hendaknya.

    Saya pun ada mak saudara kesayangan, kak saniah, yg saya panggil Mak Wo.. Mak wo pun meninggal sakit jantung.. masa tengah buat bypass, mak wo pergi meninggal kan kami.
    Memang masa kecik2 dulu, kalau cuti sekolah, rumah mak wo lah yg kami tinggal lama-lama..
    Sebab mak wo best sgt.. Bawa kami pergi menangguk udang di sungai, mak wo ni buat kerja kampung, ambil daun pisang dan jual di pasar,
    Pastu mak wo di rajin tanam buah-buahan.. bila musim mak wo panggil semua adik beradik dtg makan, lepas tu baru dijual.
    Al fatihah buat arwah Mak wo juga ...

    ReplyDelete
  2. Moga rohnya tenang di sana SI.

    Dulu memang lido tu kita tempat yg best. Tapi memang betul dulu best. Kesian anak kita hari ini dah tak jumpa lido yg dulu. Sekarang lagilah terus habis tak nampak ianya adalah pantai dulu-dulunya. Pembangunan memusnahkan nostalgia kita... kakak dulu dating dgn abang kat lido juga tau SI hahaha...

    ReplyDelete
  3. Al-fatihah.. moga arwah Mak Teh tenang di sana kak.. sedih pla bila diingat2 kan.. kenangan waktu kecil tu...mesti arwah Mak Teh ni baik...

    ReplyDelete
  4. Salam singgah!

    Alfatihah buat arwah semoga tenang di sana. Mudanya ketika beliau pergi menghadap Ilahi. Kalaulah masih ada, sudah 70 tahun ya umurnya....

    Kenangan waktu kecil memang selamanya akan tersemat di hati. Sukar nak dilupakan.

    ReplyDelete
  5. Pantai Lido...nostalgia. Klau pergi JB wajib singgah.

    Abang kak zai pun meninggal disebabkan jantung 14 tahun yang lalu. Semoga mereka ditempatkan bersama para solihin. Alfatihah.

    ReplyDelete
  6. Alfatihah untuk mak teh moga rohnya dicucuri rahmat....kenangan manis yg tak mungkin dilupakan...

    ReplyDelete
  7. Alfatihah untuk arwah mak Teh......
    SI anak bongsu ke? Namanya pun makcik SI, tambah lagi tak de anak, mmg rapatlah kita jadinya dgn dia.

    ReplyDelete