Total Pageviews

Monday 25 May 2015

tetamu datang dan pergi

Assalammualaikum
Hari Isnin sudah hari ini bermakna seminggu lagi Iqa akan mendaftar di universiti untuk program Asasi .Walaupun dapat tawaran untuk buat A Level untuk persediaan ke luar negara ,program Asasi Sains ini adalah pilihan muktamadnya.
Barang2 keperluan telah mula dibeli sedikit2 sejak keputusan upu dikeluarkan beberapa minggu lalu.Namun ada saja yang perlu lagi dibeli...

Hiba juga rasa hati bila melihat barang2 yang telah terkumpul ,bermakna Iqa akan pergi ....Setelah habis periksa Spm awal December tahun lalu ,olehkerana dia tak bekerja, siang malam pagi petang dia ada di depan mata.Peneman aku memasak ,membasuh setiap hari ....
Walaupun dah biasa anak2 tinggal di asrama sejak ting 1 namun sebagai makayah terasa juga sedih nya bila dh terpisah semakin jauh .Dulu di asrama kami melawat setiap minggu tapi kini terpaksa membiarkan dia menempuh Dunia Baru sendiri ....berdikari.Terasa begitu cepat masa berlalu ....dari seorang anak kecil tadika kini dah pun remaja.

Bimbang dengan sikap nya yang sering cuai ,akan menjadi masaalah padanya kelak.Masa di asrama dulu selalu sangat tertinggal barang di rumah,dan apa yang lebih teruk  bila dia tertinggal IC di asrama bila selesai  spm .,pergi ke  rumah kawan di Mersing tanpa IC.Bila balik semula ke asrama bila dicari IC nya dah tiada ....dah digeledah seseorang ,terpaksa buat baru....apapun aku harap semoga dipermudahkan segala urusan kehidupan dia bila berjauhan dari kami nanti.
Bila seorang2 anak mula menjauh ni,kata2 dari blogger Sweety sentiasa diingat....`anak2 ibarat tetamu dalam hidup kita,dia datang dan pergi.sampai masanya mereka akan punyai kehidupan sendiri dan hidup kita berakhir sendirian juga`.

14 comments:

  1. :-(( sayu baca entri akak arini...redhakan demi kejayaan anak2...

    lumrah kehidupan

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah Saniah... mereka pergi menuntut ilmu. Bersabar saja untuk tempoh tiga atau empat tahun lagi... doakan mereka pulang dengan kejayaan.

    ReplyDelete
  3. sedihnya kak.. terkenang anak kecik2.. sekarang kita belai belai.. dah besar esok esok.. diorang ada hidup masing masing..

    ReplyDelete
  4. Itulah pusingan kehidupan kita kan kak saniah....
    Moga Iqa akan lebih pandai berdikari lagi kak saniah..

    ReplyDelete
  5. Ramai mana pun anak memang akhirnya kita akan ditinggalkan juga. Siapa tak sedih. Kakak baca pun terharu sebab naluri kita sebagai ibu sama aje..

    ReplyDelete
  6. selamat maju jaya pada anak akak....semoga segalanya dipermudahkan...tak lama lagi giliran sy pulakkk...wawawaaaa

    ReplyDelete
  7. Kak zai dah lalui semua ini saniah. Air mata selalu gugur walau anak2 sentiasa menalipon. Sabarlah mereka pergi mencari ilmu.Tapi selepas menamatkan pengajian mereka akan punya keluarga sendiri pula.

    ReplyDelete
  8. Tahniah kak....semoga iqa berjaya.... & boleh membanggakan ibunya...
    Singgah blogwalking :)

    Jemput singgah ke blog saya:
    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. Ini tandanya anak kita semakin dewasa dan membesar atas landasan yang betul seperti sepatutnya. Just be happy for her ok..

    ReplyDelete
  10. Haah kak standby jela hati n perasaan bsok2 dia akan ada kehidupan dia sndiri gak kan...sy ni anak kecik2 lg...;-)

    ReplyDelete
  11. Terasa hiba pulak baca entri ni SI......tetiba bergenang air mata huhu.... ohhh dia tak mau gi oversea yeh SI....eloklah jugak, oversea susah nak balik, dlm Malaysia, jauh jauh pun boleh jengukkan...

    Setuju sgt ngan Sweety....akhirnya kita jugak bersendirian suami isteri

    ReplyDelete
  12. sayu juga rasa hati kan kak..klu yg tunggal lagi lah kan terasa bila berjauhan.. doakan anak2 sntiasa dlm peliharaan Allah bila berjauhan... mereka datang dan pergi bila dah dewasa..

    ReplyDelete
  13. good luck Iqa! tu agaknya yang Mak saya rasa bila hantar kitorang ke universiti. kitorang semua happy dan excited, tak nampak apa dia rasa time tu...

    ReplyDelete
  14. terharu baca entry ini..KY sedang mengalami sekarang..last2 tinggal berdua. nasib baik menjaga ibu yg uzur..tidaklah sunyi sangat..

    ReplyDelete