Total Pageviews

Monday 11 April 2016

Anugerah cemerlang Iman.

Assalamualaikum
Dah pun bulan April tapi di sekolah agama Iman baru semalam adakan majlis anugerah cemerlang untuk tahun 2015.Disamping itu ada juga mesyuarat badan kebajikan sekolah.
Foto:amik gambar dari tempat duduk ,segan pulak nak ke depan .InsyaAllah akan dapat gambar yang elok dari ustazah/ustaz.Berulang alik Iman naik ke pentas.

Walaupun akhir tahun 2015 Iman dapat tempat ke 3 namun berjaya dapat  3 mata pelajaran teras terbaik (Ibadat, tauhid dan tulisan jawi).Dapat lah 4 piala sebagai galakan.
Lepas Iman  terima anugerah aku dan Iman terus  keluar dewan kerana dah merancang nak ke Simpang Renggam tempat kakak.Nombor yang diberi untuk cabutan nombor bertuah aku berikan pada seorang kawan .
Foto: anak lembu peliharaan kakak begitu tergoda dengan Iman yang masih berbaju sekolah.Mungkin samping hijau tu  difikirnya rumput :-).
Balik dari rumah kakak ,kawan yang aku beri nombor cabutan bagi wasap dan tepon kata dapat ,dia pun dapat benda yang sama.Aku kata ambil saja untuk dia tapi tak lama  kami tiba rumah dia datang menghantar barang2.tadi.Alhamdulillah dapat 2 helai sejadah dan sedikit makanan ringan tapi yang aku konfius kenapa dapat garam?????.


11 comments:

  1. Alhamdulillah, Iman anak yang bijak dan berjaya. Berkali-kali naik pentas ambil piala, pasti gembira Iman dan K SI. Bagus rakan yang menolong hantar hadiah sampai ke rumah. Garam sebagai hadiah pun ada ye..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...tahniah buat iman dan juga akak, dua-dua bertuah tu.

    garam tu kalau nak masak bihun nanti bolehlah guna.

    teringat saya juga pernah dapat hamper yang lain daripada yang lain isinya...tepung gandum, susu tin, teh, gula, minyak masak...hehehe lengkaplah barang dapur untuk sebulan

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...wah banyaknya piala..pesan kat Iman simpan elok2 sebagai penyuntik semangat di masa depan....tahniah tau..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. tahniah buat Iman
    Lembu tu nak ucap tahniah juga sebenarnya hihi..

    ReplyDelete
  5. Tahniah Iman....taniah maknya jugak.
    Kikiki....mentang mentang le anak lembu, berani Iman duk usha depan dia ye SI hihi...

    Haha...pelik jugak tu. Mmg jaranglah sekolah bagi garam. Tak pernah jumpa. Rasanya ada org sedekah kot SI Tapi dari satu sudut lagi, bagus jugak tau. Sebab benda asas untuk masak tu. Buat tambah stoklah SI.


    ReplyDelete
  6. Tahniah buat Iman..
    Semoga terus cemerlang ye..

    Hihihi beriye pulak lembu tu pandang samping iman..
    Nampak benor hijau nya.
    sedap dimakan tu..

    Elok kak tambah stok garam kat dapur..
    Bagus kawan akak dia hantar barangan tu kerumah ye..

    ReplyDelete
  7. Tahniah Iman, doa ibu mengiringi langkah kakimu.. ;)

    ReplyDelete
  8. Syukur alhamdulillah...tahniah buat Iman,Saniah dan suami.Semoga lebih berjaya dikemudian hari.
    Walau rasa ganjil tp garam perlu dlm masakan.

    ReplyDelete
  9. Tahniah Iman.. alhamdulillah. Tak pernah berdiri begitu dekat dengan lembu walaupun.lembu korban yang berikat.

    ReplyDelete
  10. baik2 iman..kang kena cokot punggung ngan lembu tu..hihihi

    ReplyDelete