Total Pageviews

Wednesday 20 April 2016

makan telor anai2 katanya.

Assalamualaikum
Kisah ni sebenarnya dah dua tiga minggu yang lepas.Mungkin kerana cuaca panas sekarang ni ,ditambah agak aktif di sekolah Iman kena asthma/ semput.Dah bertahun2 tak pernah kena ,sehingga kan aku fikir mungkin dah sembuh sepenuhnya ....oleh tu takde lah simpanan ubat kat rumah.
Hari tu suami agak lewat balik kerja ,bertahan lah Iman dengan minyak angin yang di sapu ke dadanya.Bila ayahnya balik lepas maghrib baru kami keluar ,aku cadangkan terus ke Hospital Kulai je untuk ubat dan menggunakan neubulizer.
Seperti biasa jika kes2 semput ni terus dibenarkan masuk untuk sedut gas.Sementara suami mencari tempat parking  aku menemani Iman  kat dalam.Tak lah bosan sangat walaupun lama menunggu Iman sebab ada lah oranglain yang ajak berbual.Ada sorang ayah bawa anak lelaki nya sebaya Iman ,sakit dalam telinga akibat masuk semut di sekolah petang tu katanya.Ramah sungguh berbual ...tapi yang tak bestnya bila dia kata"akak baik bagi makan TELOR ANAI ANAI untuk ubat semput anak akak ni "..... aku dengar pun geli  tapi mengiakan je apa yang di kata....weii macam takde ubat lain hati ku berkata...padahal anak2'semput bukan nya kali pertama.Alhamdulillah bila mereka remaja akan sembuh sendiri.Iman ni pun setelah sedut gas ...semput dah ok .


11 comments:

  1. Telur anai-anai kakak tak tahu tapi kalau keluarga kakak guna petua bagi makan hati unta. Biasa kalau pergi Mekah ada jual hati unta yg dah dikeringkan SI. Boleh tahan lama yg dah kering ni kalau simpan dlm fridge.

    ReplyDelete
  2. InshaAllah makin besar makin kurangkan semput ni, telur anai-anai macam zaman mana tu, mungkin kut kalau orang asli ambik tu kut, kalau semut masuk dalam telinga, sapu minyak bawang putih ke kat belakang cuping, semut keluar sebab panas, ni tokwan saya la bagitau tapi kalau national geographic masukkan ulat untuk cuci telinga..amboi saya ni banyak cerita pula hehe..

    ReplyDelete
  3. Geli pulak kak saniah.
    Nak mkn telor anai2 tu..
    Kita iye kan lah utk jaga hatikan..
    Betul kata kakzakie tu..
    Cuba mkn hati unta.
    InshaAllah sembuh ..

    Nabil semlm pun ambil neubulezer kak..
    Sebab batuk tak henti2..
    Kahak dah banyak..

    ReplyDelete
  4. Sian Iman...musim2 panas ni jgn kasi dia melasak sgt kak...anak2 saya bang ngah je yg waris penyakit semput ni dari saya...dedulu time kekecik saya selalu gak kene semput tapi bila dah makin beso jadi semakin kurang...tetiba lepas beranak kak long datang balik penyakit ni...sampai la sekarang hanya bertahan dgn ubat sedut yg saya perlu amik hari2...bab telo anai2 tu lagi dulu saya penah gak dengo...tapi kim salam le kalau nak suh saya makan...hahaha...semput pon semput le sy redho :p

    ReplyDelete
  5. Alahai Iman...Iman.... hari tu demam la ni, dah semput pulak...Mendemam tak SI kalau datang semput tu.
    Betul kata Kak Zakie tu, yang saya pernah dengar makan hati unta. Pasalnya sebab si bongsu tu masa kecik dulu selalu kena lelah, sekarang ni dah jarang, tp kalau batuk berbunyilah jugak paru paru dia tu.Tu yg kirim org hati unta tu tp tak makan pun so tak taulah mujarab ke tidak sebenarnya.

    ReplyDelete
  6. insya Allah semain besar semakin hilang asmanya tu...

    ReplyDelete
  7. Kesian Iman... tapi biasanya lepas ambik neb tu ok kan...
    Anak makchaq Syuhada semput jugak masa kecik2.. selalu berulang ke hospital. Ada orang bg petua cucuk betik yg muda yg masih kat pokok, tadah getah dlm 1/2 sudu teh, campur madu jadikan sesudu teh.. minum..
    Makchaq buat 2-3 kali..berkurang jugak semput dia.. tapi tak istiqomah .. benda tak sedap payah budak kecik nak minum...

    ReplyDelete
  8. Kesian Iman... tapi biasanya lepas ambik neb tu ok kan...
    Anak makchaq Syuhada semput jugak masa kecik2.. selalu berulang ke hospital. Ada orang bg petua cucuk betik yg muda yg masih kat pokok, tadah getah dlm 1/2 sudu teh, campur madu jadikan sesudu teh.. minum..
    Makchaq buat 2-3 kali..berkurang jugak semput dia.. tapi tak istiqomah .. benda tak sedap payah budak kecik nak minum...

    ReplyDelete
  9. Hmmm...telor anai-anai...tak boleh bayang kalau makan...

    ReplyDelete
  10. macam mana rupe telur anai-anai tu pun saya tak tahu, ada kawan bagitahu untuk asthma makan madu lebah dengan sarangnya, tak pasti pulak bagaimana tu

    ReplyDelete
  11. betul la saniah..tak samggup nak bagi anak makan telur anai anai kan

    ReplyDelete