Total Pageviews

Tuesday 5 April 2016

scan di Hospital Permai 1

Assalamualaikum
4 April semalam hari lahir anak sulong  yang ke 23'tahun.Hanya sempat wish dalam perjalanan awal pagi aku ke hospital .23 tahun lalu anak ini memang dinanti2 kehadiran nya setelah penantian lebih 5 tahun .Alhamdulillah kini dah pun dewasa dan InsyaAllah setahun lagi akan habis pengajian nya .
Hari semalam juga aku telah pun jalani CT scan untuk memastikan sel2 kanser tak terus merebak.Doktor HSA suroh buat di Hospital Permai Tampoi setelah ambil segala surat2 yang diperlukan di poliklinik.Jangan tak tau Hospital Permai ni tempat rawatan pesakit mental.Tapi mungkin peralatan nya lebih canggih dan baru ,ramai pesakit2 dari HSI dan HSA kena buat CT scan kat sini untuk mengenal pasti penyakit.
Sebelum pergi tu terasa cuak juga fikir kan nak pergi hospital mental...tapi bila dah tiba tempat dituju rasa teruja pulak tengok persekitaran yang cantik dan luas.Hospital Permai ni hospital baru menggantikan hospital lama yang dah agak uzor.Kawasan nya luas ,masa nak pergi ke bahagian xray dan scan pun berpeluh juga berjalan .Terasa bukan berada di hospital  ,suasana nya yang luas dengan bangunan2 baru seperti berada di kawasan universiti pulak....sesuai sungguh pesakit2 mental mendapat kedamaian di sini.Agak sunyi cuma kelihatan beberapa orang pegawai perubatan dan cleaner je .Berselisih juga dengan sorang dua.pesakit.mental....hmmm mungkin mereka dah agak sehat sebab boleh bebas kat kawasan tu.Yang lain aku tak nampak pun kat bangunan mana mereka ditempatkan.



 Pasal pengalaman buat scan ni.Kalau ikutkan bila baca pengalaman2 orglain melalui google memang takut sangat .Tapi bila dah alami sendiri bukan lagi mimpi ngeri .Dengan layanan staf2 yang mesra dan tempat yang selesa dan tak lama menunggu walaupun pesakit agak ramai ...semua nya jadi ok je.
oklah kita sambung  entry akan datang pulak ya ....rasa buntu pulak nak menaip panjang lebar...

11 comments:

  1. Kakak rasa masa kakak pergi last dulu masa masih belajar lagi. ITu pun sebab kawan sama belajar tinggal di kuaters Hospital Permai inilah. Nampak sekarang nak cantik sangat.

    Moga result CT Scan SI baik-baiklah..

    ReplyDelete
  2. nampak kawasan hospital tu memang damai dan tenang je.

    moga hasil dari scan akak tu baik-baik saja ya

    ReplyDelete
  3. sepupu kak pernah jadi snurse kat hospital tu lama juga...moga Saniah memperoleh result scan yg diharapkan insyaAllah.

    ReplyDelete
  4. Kak zai doakan yg baik2 buat saniah think positive in syaa Allah Dia ada bersama kita.
    Sudah sepatutnya hospital dijadikan tempat yg indah standing dengan hospital swasta.

    ReplyDelete
  5. Nampak banyak bangunan baru...pokok pun belum besar lagi....apapun...semoga akak sentiasa dalam rahmatNya...

    ReplyDelete
  6. semuga SI cepat semboh dan dalam pemeliharaan Allah..

    ReplyDelete
  7. Betul penuh kehijauan tu yang nyaman ja. Alhamdulillah dapat layanan baik, inshaAllah result juga baik dan sihat sepenuhnya..

    ReplyDelete
  8. tenang nampak kawasan hospital. kehijauan alam. insyallah, result scan sis baik-baik sahaja.

    ReplyDelete
  9. Ohhh....selang sehari jer dgn bezday saya ye SI....Hepy Bezday utk anak SI ye.
    Tgk gambi mcm sunyi jer hospitalnya SI. Betul kata SI tu barulah pesakit tu damai duduk sini.....kalau kelam kelibut tentu jiwa kacau mereka hihi...
    ..

    ReplyDelete
  10. Ohhh....selang sehari jer dgn bezday saya ye SI....Hepy Bezday utk anak SI ye.
    Tgk gambi mcm sunyi jer hospitalnya SI. Betul kata SI tu barulah pesakit tu damai duduk sini.....kalau kelam kelibut tentu jiwa kacau mereka hihi...
    ..

    ReplyDelete
  11. Happy Belated Birthday buat dak kakak yg sulong tu SI..
    Memang nampak luas hospital tu ye SI..
    Cantik pulak..
    Betul tu kak tiada apa yg ngeri dengan ct scan ni..
    Semoga yg baik saja utk akak..
    Saya sanggup baca entri ni dulu sebelum entri 2 tu.. :)

    ReplyDelete