Total Pageviews

Thursday, 12 May 2016

aku dan iqa ke Penang 2

Assalamualaikum
Setelah 1/2 hari duduk rehat ,mengendurkan urat2 yang tegang dek perjalanan yang panjang ,ibu kawan anak bercadang nak bawa kami jalan2 kebetulan juga nak bawa anak dia yang duk asrama outing.Oleh kerana kami masih kenyang ,segala masakan yang dimasak semua dimasukkan dalam bekas untuk makan sambil berkelah katanya.
Tengahari jugalah kami keluar rumah...Lega takde kesesakan di jambatan PP seperti kebiasaan.
Tiba di Sekolah Perempuan St.George dah hampir pukul 2.Kami  tumpang tunaikan solat zuhur di surau sekolah .Hanya selepas pukul 2 anaknya dibenarkan outing...perut masing2 dah mula lapar tapi nak pergi tempat di tuju agak jauh.Dan jangan ingat orang Penang mahir kesemua tempat2 di pulau tersebut,terpaksa lah guna waze juga.Tiba di Taman Rimba  Telok Bahang pun dah pukul 3, apa lagi terus jelah hadap bekal yang dibawa.Selesai makan dan rehat2 di sini barulah ke tempat2 yang lain sebelum menghantar semula anaknya ke asrama .Sekali lagi lagi kami tumpang solat di surau sekolah.
Foto: Bekal yang dibawa nasi ,ikan goreng,rendang ayam ,spaggetti cabonara ,buah2an dan makanan ringan....kami berdua tumpang makan je,malu wei baru je kenal ...nak makan pun cover2 walaupun perut dah pedih minta diisi.


Foto: cantek dan nyaman suasana Taman Rimba Telok Bahang ni.Ramai yang bawa anak2 mandi manda.Kata kawan anak ada 7 tingkat.....
Foto: dalam perjalanan menghantar pulang anak dia ke asrama,singgah ke pantai Batu Feringgi....sekadar melihat keindahan pantai dengan batu2 nya yang cantek.Kalau lah Iman ada sama .....
Seperti biasalah kalau ke Penang tempat2  tumpuan pelancong lah yang dbawa mereka.Walaupun kaki dah penat melangkah tapi ikut kan je....dah orang nak bawak berjalan kan....
Foto:Iqa dengan kucing gegasi yang comel

Foto:hihii ...hanya janggutnya dapat ku capai.:-)
Foto: semakin petang semakin ramai pelancong.Masa jalan2 kat sini beli sedikit souvenir dan tshirt untuk anak2.Tapi dek kerana terlalu teruja bergambar sana sini hampir tertinggal barang2 yang dibeli.Mujur juga masa kembali semula ke tempat barang yang diletakkan tu masih ada....syukur sangat.
Dalam kami jalan2 tu ,boleh kata setiap waktu Iman balik dari sekolah pasti tepon dari Johor....ada saja cerita dan tanya nya mak kat mana ....kadang cuma nak gitau yang dia jadi imam masa solat kat sekolah.Aku yang ikut dorang ni rasa tak senang hati dibuatnya ...terbayang alangkah seronok nya Iman jika bawa jalan2'gini.
Kawan anak dan ibunya kata tak sah kalau datang Penang tak makan Char Kuay Tiaw .Tempat yang popular dah tentu kat Sungai Dua tak jauh dari rumah mereka tapi memandangkan jalan agak sesak  dibawanya ke Permatang Pauh .Sebelum itu kami tunai kan solat Maghrib di  masjid Seberang Jaya.Mungkin hari minggu ramai yang singgah solat di sini sehingga kan telekung kehabisan untuk dipakai.Aku yang sentiasa bawa telekung sendiri perlu berkongsi dengan Iqa ,jadinya kena lah tunggu dia selesai solat.
 Foto: kedai Char Kuay Tiaw yang agak popular disini....ramai sungguh pengunjung,mujor kami dapat meja hampir dengan kaunter.
 Foto:sedappp.....char kuay tiaw original Penang.
Foto:kami juga di suruh rasa nasi lemak daun pisang walaupun bungkusan nya comel je tapi sedap sangat sambalnya dan yang special nya ada seketul ikan sardin goreng.
Semua makanan sedap2 dan lebih sedap lagi bila makan free kan...:-).

Balik ke rumah kawan anak tadi setelah selesai mandi ...kemas2 barang ...terus bumm tido tak ingat dunia dah dek kepenatan dan kaki dah rasa macam nak tercabut dah ,apatah lagi tak tido semalam an waktu dalam bas....terus je zzzz.
Okey kita sambung lah ya ,penat pulak menaip...

14 comments:

  1. teringain pulak acik tengok gambar char kuey tiaw tu saniah..

    ReplyDelete
  2. Itu baru betul-betul jalan sampai kaki rasa nak tercabut hihi..
    Kalau tak jalan macamana kan. Bila lagi nak rasa semua tu
    Walau penat tapi seronok terasa.

    ReplyDelete
  3. amboi akak, sakan berjalan ke sana ke mari dibawak kawan
    makan free yang tak tahan tu
    mesti nyenyak tido tak ingat dunia dah sbb letih sgt ye kak?

    ReplyDelete
  4. seronok tu kak dapat jalan2 kat penang, makan free lagi tu memang sedaplah kan, tapi lagi seronok kalau semua family ada kan kak, mesti akak terinagtkan iman kan

    ReplyDelete
  5. Dah agak dah kat Penang.....sebab tu tak de entri hihi....
    Ngelatlah tu, buh gambo tp muka hadap dinding pegang janggut lagi. Syukur ada kawan anak ye SI. Seronok mereka tu, mcm mcm dihidangkan utk tetamu. Cuma tetamu jer malu....

    Masa gi Penang dulu tak makan pun Char Kuey Teow dia, tak jumpa kedai jual benda tu SI. Rugi rasanya...

    ReplyDelete
  6. Char kuey tiew tu yg rasa lapor perut ni kak Saniah..
    mantopppppp isinya :)

    Mahu tak penat kak..
    Seharian berjalan ye dok..
    Memang jumpa tilam terus hanyut kan :)

    ReplyDelete
  7. jalan2 pun tetap ingat anak yang sorang tu..ehhehe..nanti datang penang lagi ye kak..banyak lagi tempat2 best kat sini..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum kak, semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Seronoknya jalan-jalan, penat memang penat. Char kue teow tu tak sah kalau tak cuba jika ke penang, maklumlah original recipe...Apa pun harap akak enjoy!

    ReplyDelete
  9. Saniah cuba pesembur dia pulak. Makanan tu famous juga selain nasi kandar line clear. Kalau pergi Penang byk tempat yg harus dilawati dan harus juga rasa makanan tempatan.

    ReplyDelete
  10. bekelah siap bawak rendang ayam + spaggetti cabonaralg tu...kerlass gituww...=D

    ReplyDelete
  11. Penat naik bas.. pastu jalan2 pulak.. memang penat sungguh la.. tapi bila penat tidoq lena..
    Makchaq dah lama tak balik penang pulau.. mak ayah dah tak dak....
    Balik penang kadang2 rasa tak cam dah tempat2 kat sana..

    ReplyDelete
  12. Cantik tempat-tempat yang dibawanya, untuk kak SI dan Iqa, saya termised entri ni, comel iqa dengan kucibg tu, sama juga dengan Kak SI, sweet jugak :)

    ReplyDelete
  13. Masa saya ke sana, tak sempat nak merasa char kuey teow kerana asyik aje salah timing. Lagi pun list JJCM sahaja panjang berjela, habis seluruh PP tu rasanya kami nak JJCM dalam masa 3 hari!

    Makan free, kak! Bantai ajelah selagi perut boleh masuk makanan ^_^

    ReplyDelete