Total Pageviews

Monday, 23 May 2016

bila sepakat.

Assalamualaikum
Hari Sabtu 21hb ,sepupu suami buat majlis perkhawinan anak perempuan sulong nya.Walaupun majlis boleh diadakan di dewan dengan jemputan lebih 4000 orang tapi mereka buat di rumah sendiri sahaja.
Seperti biasalah jika kawasan perumahan nak buat majlis tempat agak terhad.Tapi  sepupu suami agak beruntung kerana rumah nya bersebelahan dengan tadika Pasti di lot corner,berhadapan dengan padang dan surau juga dekat juga dengan tadika Kemas.Semua tempat2 dapat digunakan sebaiknya.
Apa yang aku kagum ,walaupun tinggal di taman perumahan penduduk nya masih pratik kan kerjasama untuk majlis ni.Berbanding dengan tempat aku sendiri walaupun kampung ,kebanyakan mereka guna khidmat catering je ...kalau ada rewang pun sekadar bungkus goodies je,itu pun mak2 je ,yang pak2 datang jemputan baru nampak muka.Tapi tidak di tempat sepupu suami ni .....masak memasak untuk lebih 4000 tetamu ni pun dilakukan mereka bersama .Mereka masak kat tepi padang depan rumah pengantin.Sementara tadika Pasti sebelah rumah ,tempat sedara mara berkumpul dan rewang .Masa hari majlis tadika Kemas kat depan rumah pula dijadikan tempat bungkus makanan untuk diberi kan pada sedara mara yang datang.Nak solat  nak terkucil pun surau dekat sangat depan rumah mereka.Kiranya semua mudah ,patut lah mereka buat majlis kat rumah sendiri .Walaupun kanopi terpaksa dipasang depan rumah jiran2.
Sebenarnya malam sabtu tu ,kami datang juga menyibuk2.Katanya ada majlis berinai dan khatam quran .Tapi kami tiba agak lewat kerana jem teruk ...ada accident yang baru berlaku....nak aje aku suruh suami pusing balik rumah ,tapi dah tak jauh terpaksa lah tunggu bomba buat kerja selesai.

Foto: majlis khatam quran sedang berlangsung.Gambar agak gelap sebab memang suram cahaya kat belakang ,hanya terang benderang kat depan pelamin je.Yang ramai2 tu semuanya jiran2 dan penduduk kat taman situ .

Hari langsung kami pergi dah tengahhari  ,perlu ke jemputan kat tempat kami dulu baru ke tempat sepupu suami.Walaupun 7 kanopi disediakan untuk tetamu jemputan masih tak mencukupi....berpusing2 kami cari tempat duduk setelah ambil.makanan.Tak sempat  nak snap lauk pauk yang sedap2 tu ....sibuk mencari tempat duduk maklumlah kami ber5 kalau boleh nak ditempat yg sama.Menu utama Nasi Bryani Gam ,segala rempah ratus beli dari Batu Pahat ....memang terbaik.!.Hidangan sampingan ada putu mayam dan tapai pulut daun getah.Tapi kami tak sempat nak makan benda2 tu ,tak boleh nak berlama2 duduk ,kesian pada tetamu yang menunggu tempat2 kosong.Iman yang nak minum cendol pun terpaksa bawa mangkuk ke dalam rumah.
Foto: sementara tunggu maknya berbual tak sudah2 ,Iqa sempat ambil gambar pelamin ni.Pelamin juga dibuat diluar  ,tak perlu bersempit2 kat dalam rumah.
Foto: masa ni pengantin dah nak bersanding ,sedang lalui tol2 yang menunggu.Gambar ni pun aku snap dari depan tadika tempat kami duduk2.Sebenarnya sampai balik pun takdapat nak tengok pasangan pengantin ...huhuu ....nampak kepala orang je.

Adalah 2 jam kami kat sini,rasanya tak puas berbual bila dah jumpa sedara mara tapi kami perlu undur diri sebab nak hantar Azim balik asrama.Segala beg dan baju sekolah pun dah bawa sekali.,jadinya terus je kami ke JB....


10 comments:

  1. Salam Kak Saniah...
    Alhamdulillah, beginilah klu semuanya sepakat..kerja besar mcm ni pun jadi senang.kan... hasil muafakat..meriah bila tgk tu..
    Tahniah pada kedua mempelai.. :)

    ReplyDelete
  2. Bagus lagi semangat kerjasama masyarakat di tempat tu ye Kak Saniah..
    Ramai sungguh jemputan sehingga 4000 orang..
    Patutlah sukar untuk mendapat tempat duduk kan..

    Puas scroll bawah nak tengok gambar pengantin..
    Tapi tak dapat nak ambil ye kak...
    Sebab ramai benor tetamunya..
    Nampak kepala orang jer lah kan :)

    ReplyDelete
  3. Meriah sekali majlisnya dgn sokongan masyarakat yg prihatin membantu apa saja...

    ReplyDelete
  4. meriahnya kalau buat gotong royong camni

    ReplyDelete
  5. Kakak rasa sebab kejiranan mereka juga sepakat itu yg boleh buat macam itu. Lagi satu tuan rumah punya hubungan baik dgn masyarakat tak ada masalah bantu-membantu semua ringan tangan sedia bersama. Bagus suka tengok kalau macam ini.

    ReplyDelete
  6. dikampung acik dah tak buat gotong royong memasak kalau kenduri kawen saniah..yang tinggal semua warga emas..dah tak mampu nak masak dn menolong..yang muda2 kalau dok kampung terpaksa terima hakikat.tapi bila ada masak bersama macam tu seronok sangat kan saniah

    ReplyDelete
  7. Kebanyakkan tempat tak buat masak gotong royong dah. Pertama masing2 sibuk keduanya tempat yg terhad. Itu sbbnya ramait yang ambik catering aje. Bagus tempat sepupu suami saniah masih mahu buat gotong royong.

    ReplyDelete
  8. Sekarang ni dah jarang kot org masak sendiri SI. Jarang sangatlah nak merewang rewang ni. Kalau masak sendiri memang muai makanan tu, boleh panggil ramai datang. Tapi masalahnya ada ke orang nak rewang sekarang ni? Memasing dah bizi ....

    Tapi saya lebih prefer katering, kita pun tak penat, sedara mara pun tak payah nak tolong hihi.... Dasar femalas gitulah hihi

    ReplyDelete
  9. Jarang dah ada majlis rewang macam ni. Pengalaman saya sendir last sekali ikut serta rewang masa belasan tahun, kakak sendiri yang kahwin ^_^ Seronoknya tak boleh kata. Seminggu sebelum majlis dah mula persiapan bagai.

    Satu ajelahkan kak kalau buat rewang macam ni, kena sama-sama bertungkus lumus. Kalau tidak, memang pengsanlah masing-masing lepas majlis!

    ReplyDelete
  10. seronok kalau sepakat macam ni kan kak, kejiranan saya pun macam ni juga, selalu buat gotong royong kalau ada kenduri

    ReplyDelete