Total Pageviews

Thursday 28 July 2016

ku siram selasih...

Assalamualaikum
Foto: gambar pokok selasih ni agak kabur,Iqa snap waktu hampir senja.
Benih pokok selasih ni encik suami bawa dari tempat kerja.Aku semai  dalam pasu menumpang di pokok bunga.Tapi bila dah membesar dan membiak2 aku pindah kan ke tanah.Suami kata daun selasih ni sedap dimasak bening campur dengan sayur2 tertentu.Masa budak2 nya dulu arwah mak dia selalu masak katanya.Tapi masa tu hidup susah ,masak pun lebih kuah dari sayur nya ...itulah yang dia kenal sangat pokok nya.
Sahabat2 dan adek2 blogger tau ke masak apa lagi boleh masukkan daun selasih ni?Sebenarnya dah try juga masak bening tapi rasanya wangi daun selasih ni  selera aku sukar nak terima.
Jenguk encik google ,rupanya banyak khasiat yang aku tak pernah ketahui sebelum ni.Patutlah dihadapan rumah2  bangsa cina banyak ditanam pokok ni.
Pokok yang aku tanam ni dah semakin merimbun ...tapi sekadar menjaga dan menyiram je,tak pernah lagi dipetik.

10 comments:

  1. Kakak kalau masak lemak suka letak daun selasih. Apa lagi kalau gulai nangka kalau tak ada daun ini macam kurang kick.

    Biji kering dia boleh keringkan dan buat air sirap selasih:)

    ReplyDelete
  2. dulu masa saya kecik banyak tumbuh pokok selasih ni di tepi rumah emak. tapi tak pernah tengok emak masak untuk makan. yang sebenarnya, kami tak tahu pun ianya boleh dimakan, kak.
    tahu buat selasih ajer, bijinya tu.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak, semoga sentiasa di dalam rahmat Allah SWT.
    Masa kecil-kecil dulu biasalah dengan pokok selasih ni, arwah emak tanam dalam pasu. Bukan pasu pun, bekas plastik yang dipotong. Biji selasih ni yang saya tahu dan biasa dimasukkan dalam air sirap terutama bulan Ramadhan tapi saya paling tak suka. entahlah dari kecil sampai tua la ni tak boleh minum sirap dengan biji selasih..hehe

    ReplyDelete
  4. SI.... kata mak mertua saya, buat Laksa Johor, buat botok botok pun boleh letak .....Yelah bau dia mmg kuat sikit. Kalau kita yang tak biasa mmg tak lalu kot dengan bau dia. Tambah lagi budak mmg tak akan makanlah kot.

    Biasalah SI, zaman dulu nak jumpa sayur mcm sekarang mmg susah. Daun yg hidup sendiri tepi rumah ajelah yg dimasak hihi

    ReplyDelete
  5. selalu makan daun selasih dengan laksa johor je kak...kadang2 buat ulam pon best gak...wangi...dedulu sebelom kawen sy tak pandai pon makan daun ni tau...mak ada tanam sepasu...kemain gemuk pokoknye...yg selalu amik jiran2 orang serawak@sabah...x tau la deme nak masak ape dengan daun tu...

    ReplyDelete
  6. Pokok selasih ni banyak tumbuh sekitar rumah dikampung...buat ulam sedap juga tu

    ReplyDelete
  7. Selalu campur bijinya dlm air sirap..
    Byk khasiat daun selasih ni..rasa nk tanam aja

    ReplyDelete
  8. Saya cuma tahu biji selasih aje, kak. Pokoknya, memakan daunnya memang tak pernah. Saya ni pun budak kampung juga tapi dek kerana saya tak makan sayur, memang banyaklah tanaman yang saya tak kenal dan tak pernah dibuat makan.

    ReplyDelete
  9. pokok dan daun selasih tak pernah saya tengok apatah lagi memakannya, yang saya tahu biji selasih dicampur dengan sirap, rupannya ada pokok ye..hehehe tak tahu saya ni

    ReplyDelete
  10. Tak pernah tahu ada daun selasih.. Hehe. Tak tahu sangat bab masak2 nie kak SI..

    ReplyDelete