Total Pageviews

Wednesday 21 September 2016

Realitinya hanya ber3.

Assalamualaikum
Epok epok ni buat Isnin lepas....yang dalam gambar tu belum goreng lagi.Kononnya nak makan masa buka puasa petang tu.Sebenarnya dah tinggal sendirian kat rumah ni tak tau dah apa nak buat bila waktu2 senggang.Terfikir nak masak bagai2 tapi siapa lah nak perabis nanti...Iman dan si ayah begitu pemilih bab makanan ni.Kembali lah ke alam realiti...buat lah epok2 je.Kentang pun banyak beli ....buat sikit je tapi banyak pulak jadinya.Goreng kan untuk Iman 4_5 ketul untuk bekal ke sekolah agama makan bersama kawan.Inti pun ikut selera dia tak pedas....tapi bukan selera aku....huhuu.Udahnya waktu buka hanya 2 ketul je boleh makan.Sarapan pun dengan epok2 lagi....tak kan nak membazir kan.Rasanya dah duk 3 ketul kat rumah ni tak perlu lagi nak buat2 kuih.....sendiri buat sendiri yang kena abiskan.....huhuuu.
         Hainom ...ok juga idea buat mee goreng masa kita kawen kan anak nanti ....kita sewa dengan mamak2 nya sekali buat goreng mee .....lain dari yang lain kan....hahaaa.

12 comments:

  1. Kakak dah jarang buat kuih-kuih tradisi ni SI sebab jiran-jiran kakak ramai yg berjual kuih. Jadi kalau teringin beli aje dua ringgit gitu..

    ReplyDelete
  2. Saya selalu gagal buat kulit epok epok ni kak saniah..
    En suami dan anak2 suka sangat makan..
    Intinya saya tahulah buat..
    Bila bab kulit tu lah masalahnya..
    Kak saniah tolong bagi tips kat saya.. macam mana nak buat kulit epok2 yg mudah..😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih bagi tips kulit epok2 tu kak saniah..
      tapi saya ni lagi gagal kalau tak ada sukatannya..
      Kak saniah dah pro boleh baik agak2 jer bahan tu..
      saya ni budak baru belajar..
      Malu dengan akak :)

      Delete
  3. Inilah kuih faveret saya SI.....Suka tapi jarang sangat buat, adalah try buat sekali dulu rasanya. Bila dah tau penat nak menggelek tepung, terus malas nak buat sampai sekarang hihi...

    SI...hari ni pun saya bekfes karipap segera. Beli dengan jiran. Jiran tu bekerja tp rajin ..... kalah org yg membeli, dahlah tak kerja pemalas pulak tu hahaha....

    Dah 3 org je kat rumah tu, tak payahlah nak rajin sangat SI lainlah kalau berjiran dengan saya.... boleh jugak saya tolong habiskan karipap tu

    ReplyDelete
  4. rajin akak buat kuih.. e'in nie manjang bz dgn keja je.. tak sempat nak cube2 resepi lain utk suami.. huhu

    ReplyDelete
  5. kak SI, kalau buat byk2 lepas tu difrozenkan..tak boleh ke? rasa rugi pulak kalau buat tp makannya sikit saja.

    epok-epok dgn karipap ada beza ke sama?. saya biasa pgl karipap.

    ReplyDelete
  6. epok epok aka karipap ke kak SI? sayang pula kalau masak dan tak habis... saya biasa kalau karipap, donut frozenkan je... nak makan baru masak...

    ReplyDelete
  7. Samalah kita, Kak Saniah. Dek kerana anak-anak cerewet, rasa malas betul nak mencuba menu. Nanti-nanti kita juga yang jenuh dok nak perabihkan. Stress tau.

    Oh, dah plan menu mi goreng masa kahwinkan anak? Good idea juga tu. Lain daripada yang lain.

    ReplyDelete
  8. Klau buat karipap kak zai suka frozen kan bila terasa nak makan baru goreng.Rumah kak zai pun tak ramai malas juga nak buat kuih.
    Good idea tu buat lain dr yg lain hihi...

    ReplyDelete
  9. Klau buat karipap kak zai suka frozen kan bila terasa nak makan baru goreng.Rumah kak zai pun tak ramai malas juga nak buat kuih.
    Good idea tu buat lain dr yg lain hihi...

    ReplyDelete
  10. dah masuk bulan ketiga simpan impian nak buat epok-epok ni, sendu je tin sardin yang duk dalam lemari tu. kalau dekat, boleh eray beli barang seringgit dua. takpe slow-slow makan, nanti habes.

    ReplyDelete
  11. sedapnye kalau karipap yg buat sndri..rngup & fresh je rse.

    ReplyDelete