Total Pageviews

Tuesday 6 December 2016

Akhir tahun yang sendu...

Assalamualaikum
Sudah pun masuk bulan December kan...cepatnya masa berlalu ,dah pun ke penghujung tahun .2016 begitu terkesan pada kami sekeluarga ,apatah lagi anak2 terpaksa bertabah bila mana diawal tahun maknya sakit dan diakhir tahun ni diduga lagi dengan ayah yang sakit.Bila dah tunggak keluarga sakit segala2 jadi sukar tapi apa pun kehidupan perlu diteruskan .....Allah kan Maha Penyayang.
Foto:ketika meneman suami di hospital berbagai situasi dapat dilihat.Berdepan dengan katil suami ,seorang isteri (bangsa india) begitu setia menjaga suaminya walaupun tidur hanya di kerusi hampir 2 minggu.Katanya rumah dekat tapi tak sampai hati nak tinggalkan suami walaupun beberapa jam.
Foto: pemandangan dari pondok wakaf di hadapan bahagian kecemasan Hospital Kulai....damai je suasana di luar ni walaupun di dalam sana ada 1001 duka dan cerita.
Bila dah orang sakit pemakanan pun kena jaga.Hari2 kena sediakan menu yang tak berminyak .Kalau ada pun guna sikit minyak zaitun. Sebelum sakit pun encik suami tak makan makanan bersantan dan kurang minat makanan pedas2. Mudah je nak sediakan makanan dia sekarang ni, rebus2 ,singgang ,bakar,kukus....
Sekarang ni cuti sekolah,adalah budak Azim dengan Iman ni kat rumah.Iman ni selera dia sama je dengan si ayah ,apatah lagi kalau ada sup ,suka sangat lah dia. Azim ni je kadang banyak songeh ....bila tanya " mak masak apa hari ni?".Bila aku kata" ikan masak singgang" ."huhuuu.....kenapa tidak masak sambal ke,gulai ke?".Apapun sebenarnya Azim ni makan je apa yang ada .Sesekali masak kan juga apa yang dia suka ....kami ber2 je lah makan.
Foto: sayur2 campur yang ditumis dengan sikit minyak zaitun.
Foto:roti canai homemade ni ,buat masa suami belum sakit ...masa tu angin rajin datang ,padahal warung roti canai lat sebuah rumah je.
 
Foto:Anugerah cemerlang Iman.....ada ceria dihari2  suram.


11 comments:

  1. Tengok gambar ke dua tu pun kakak ada kenangan sebab kena duduk wad dua hari di situ baru-baru ini.

    Semoga ujian Allah ini menambah erat ukhuwah kekeluargaan kita dan juga mendekatkan diri keluarga dgn Allah robbuljaliil.

    ReplyDelete
  2. Sendu yg mendekatkan kita dgn Penciptakan kak...
    Ujian2 ini membuat kita kuat kan..
    Bila tengok hospital tu teringat jaga arwah abah dan arwah mak..
    Pernah juga duduk dirumah musafir hospital tu..

    Semoga kita semua kuat utk menempuh ujian hidup ini.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Mudah-mudahan dengan ujian ini memberikan kekuatan kepada akak sekeluarga. Allah Maha Penyayang, pasti ada manis pada akhirnya di setiap ujian yang diberikan, jika tidak di dunia ini, insya-Allah di akhirat sana. Apa pun, tahniah Iman atas anugerah kecemerlangan tersebut.
    #Teringat ummu Ikhwan menjaga 'si kecil haikal yang istimewa' yang dimasukkan seminggu sebelum raya sehingga 2 minggu selepas raya. Beraya di hospital kami semua..hehehe

    ReplyDelete
  4. Begitu banyak cerita suka duka sepanjang tahun ini, moga semuanya tabah menghadapi dan semoga semuanya akan pulih seperti sediakala hendaknya

    ReplyDelete
  5. SEMOGA TAHUN BARU YG BAKAL MENJELANG AKAN MEMBERI SINAR BAHAGIA YG BARU UTK KELUARGA SI..INSYA ALLAH..

    ReplyDelete
  6. tahun ni pun kami banyk luang masa di hospital kak.. semoga suami akak cepat sembuh ye.. tahniah buat iman jugak!

    ReplyDelete
  7. Semoga tahun baru nanti memberi sinar buat Saniah sekeluarga.Klau kak Zai tak silap 2 orang anak Saniah akan tamat belajar tahun ini kan alhamdulillah.

    ReplyDelete
  8. Tak pelah SI... biarlah kisah duka itu berlalu. Moga tahun 2017 akan dipenuhi dengan keceriaan.....Insyaallah.

    Suami SI yang tak makan minyak minyak pun boleh kena ye SI, ini apatah lagi yg makan bukan bukan. Takutlah pulak. Moga dijauhkanlah hendaknya.

    Rajinnya buat Roti Canai.... pernah jugak try buat dulu tapi tak menjadi, terus malas haha

    ReplyDelete
  9. Moga 2017 lebih gembira buat kak SI dan keluarga...

    ReplyDelete