Total Pageviews

Wednesday 11 January 2017

Tangguh lagi.....

Assalamualaikum
Dua hari berturut2 meneman suami  ke Poliklinik HSA .Hari pertama jumpa pakar jantung ,Katanya semua ok kecuali platelet  baru capai 80 walaupun normal 150 ++.Masa tunggu giliran jumpa doktor tak lah lama sangat dibandingkan ke bahagian farmasi ,mak ai.....lagi 50 orang terpaksa tunggu untuk sampai giliran suami ambil ubat.....sabo je lah.
Olehkerana masalah platelet yang tak sudah lagi doktor pakar jantung beri surat untuk dirujuk ke pakar darah .Olehkerana kena pergi esoknya terpaksalah suami bercuti lagi.Seperti biasa , hantar Iman ke sekolah terus je kami bertolak.Tiba di Poliklinik dah tak perlu daftar ,terus je jururawat ambil surat rujukan yang di beri.Setelah buat saringan diberitahu pula doktor pakar akan datang dalam satu jam lebih lagi.Tunggu punya tunggu ....bila giliran pesakit2 lain dah ramai masuk ke bilik rawatan ,nama suami pula dipanggil .Tapi jururawat hanya beri surat untuk ditangguhkan seminggu lagi kerana pakar darah takde pada haritu.Grrrr....buang masa je kami pergi semalam.
Nampak gayanya sebulan dua ni kami keraplah ke hospital .Seminggu lagi temujanji suami dengan doktor pakar darah.31 /1 pula giliran aku ke O&G. 6/2 giliran suami lagi.....huhuu gini lah gayanya bila dah berusia.

15 comments:

  1. perkara mcm ni la yg buat saya 'malas' berurusan dgn spital kerajaan ni..

    ReplyDelete
  2. sama la saniah acik juga berulang alik ke hospital..

    ReplyDelete
  3. penat ya kak, dah lama tunggu kena postpone pulak. kesian en suami kena cuti selalu. tp w/mcm mana pun, terpaksa lah ya kak sebab rawatan dgn doktor pakar ni tak menentu adanya. itu yg leceh GH ni..

    moga akak dan suami cepat sihat!

    ReplyDelete
  4. Semoga dipermudahkan urusan Kak Saniah dan suami..
    Hospital kerajaan macam tu lah memang kena sabar..
    Teringat dulu almarhumah mak cek jantung ..
    Pagi ambil darah dan jumpa doktor..
    Petang baru saya datang ambil ubat..
    Memang dah tahu itulah tempoh menunggunya..
    Nurse kat farmasi tu dah kenal dengan adik saya..
    Kekadang dia telefon..
    Kak ubat dah siap boleh datang ambil :)
    Alhamdulillah hospital sg buloh dekat dengan rumah..

    ReplyDelete
  5. Birokrasi yg meletihkan inilah salah satunya
    Moga diberi kesabaran mendepani semua ini.

    ReplyDelete
  6. Samalah kita Saniah. Kak Zai pun berulang ke hospital bil rawatan pun mengalir mcm air.

    ReplyDelete
  7. Samalah kita Saniah. Kak Zai pun berulang ke hospital bil rawatan pun mengalir mcm air.

    ReplyDelete
  8. Tak perlah SI....bersabar ajelah nak buat macam mana kan. Yang penting kita boleh sihat.

    Saya ni kalau ke hospital mulalah berdebar. Tak kiralah hantar anak check ke apa, nak check diri sendiri apatah lagi... Sawan takut ke apa tah ni hihi

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
    Biasalah tu setiap ke hospital kerajaan. Saya pun di tahun 2017 ni, memang kerap akan ke hospital membawa 'si kecil haikal yang istimewa'. Dah siap jadual temujanjinya sampai bulan jun nanti. Apa pun moga akak dan keluarga sabar dan tabah dalam menghadapi ujian kehidupan.

    ReplyDelete
  10. Menunggu begitu lama hanya untuk dapatkan surat penangguhan... haii, geram kan, buang masa. Takkan nurse tu tak tahu yang pakar darah tu tak ada pada hari tu...

    ReplyDelete
  11. semoga dipermudahkan urusan akak ye.. saya baca pun rasa penat..

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum SI
    Lama makchaq x mai sini..
    Rupa2nya ada dugaan Allah utk SI dan suami..
    Dah baca semua cerita SI. Takutnya... Alhamdulillah.. cepat bawak ke hospital. Makchaq doakan semoga SI dan suami cepat sembuh....

    ReplyDelete
  13. Kasihan Kak Saniah dan suami. Punyalah penat menunggu sampai ke sudah pun tak selesai. Nak buat macamana ya kak, terpaksalah akur dah begitu caranya.

    ReplyDelete
  14. aida doa kan akak & asben sihat dan bertenaga ye.
    anggap ajer la ni hari-hari dating akak dan asben.
    lokasi di hospital.
    and anggap bukan tak sihat, tapi just cek up kesihatan :)

    ReplyDelete