Total Pageviews

Monday, 5 June 2017

Terakhir

Assalamualaikum
Cuti study week seminggu dah pun berakhir.Semalam kami hantar Fateha di Terminal  Kulai untuk dia kembali semula ke universiti.Semalam juga mungkin akan jadi sejarah kerana ia akan jadi yang terakhir kali kami hantar dia sebagai seorang yang anak yang masih belajar.2 minggu lagi akan berakhir lah  gelaran pelajar bagi Fateha dan abangnya.
2 tahun di tadika ,5 tahun di sekolah rendah ,5 tahun di sekolah menengah dan 5 tahun di universiti /6 tahun bagi si abang nya....satu jangka masa yang panjang tapi tiba saat ini terasa cepat masa berlalu.Sedar tak sedar 10 tahun juga Fateha banyak ke hidupannya di asrama berbanding tinggal di rumah sendiri.Mula kehidupan dia di asrama masih lagi anak2 ,kini bila dia melangkah keluar dari gerbang universiti telah pun dewasa .Kami juga dah sebati dengan anak2 yang  belajar,pahit manis segala rintangan dah kami rasai ....kalau lah bijak berkata2 boleh dah bagi motivasi untuk beri semangat pada ibubapa yang lain....banyak pengalaman kami rasai. Selepas 2 minggu ni tinggal 3 anak je yang masih belajar.Semoga anak2 ku yang 2 orang ni akan terus berjaya di luar sana  dan kuat harungi pancaroba kehidupan sebenar.....

17 comments:

  1. Diam tak diam..
    Dah habis mereka belajar ye kak..
    Mmg byk suka duka pahit manis..
    Untuk menyekolahkan anak kan kak..

    Semoga mereka berjaya pula dlm kerjaya yg bakal ditempuhi..

    ReplyDelete
  2. Cepat sangat masa berlalu kan kak .. moga anak2 kita berjaya di dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..semoga semua anak2 akak berjaya di dunia dan akhirat.

    selamat berpuasa

    ReplyDelete
  4. rasa sekejap je masa berlalu kan kak, walaupun sebenarnya masa itu agak panjang juga. Alhamdulillah dah berakhir episod belajar bagi fateha dan abangnya, nanti cabaran baru akan bermula. semoga mereka bejaya mengharungi apa juga cabaran.

    ReplyDelete
  5. Lega ya kak bila anak dah tamat belajar. Lepas ni kena fikir tentang cari kerja pulak. Tapi sebagai ibubapa, sampai anak dah tua pun kita masih lagi risau. Tengok mak saya pun dah tahu. Anak dah beranak pinak pun dia masih lagi risaukan anak-anak. Mungkinlah kita ni di pandangan ibubapa selamanya anak kecil mereka!

    ReplyDelete
  6. Sekejap je kan masa berlalu. Semoga anak-anak akak berjaya dunia akhirat.
    Selamat berpuasa 😊

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, hampir selesai t/jwb bergelar seorang pelajar, bakal melangkah kaki ke dunia yg jauh lebih mencabar

    ReplyDelete
  8. Tahniah Saniah suami isteri... berjaya mengharungi suka duka dan cabaran membesarkan anak-anak hingga jejak ke menara gading. Saya dapat merasakannya sebab telah pun menempuh cabaran tu. Dah boleh menghela nafas panjang. Moga keduanya akan berjaya di alam pekerjaan pulak. Bila majlis konvonya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah awal bulan November,hari yang berbeza.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  9. Moga fateha dan abangnya berjaya dunia akhirat, aamiin..

    Sekejap jer masa berlalu, kan k. saniah..

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah.2 orang sekali tamat..acik yang bongsu 2tahun lebih lagi..yang kedua setahun lagi baru abis

    ReplyDelete
  11. besar dah anak2 kak. alhamdulillah

    ReplyDelete
  12. pejam.celik pejam celik ja depa besaq ya kak?

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Demikianlah fitrah perjalanan hidup. Semasa mereka masih kecil selalu didepan mata kita, kemudian bersekolah, dewasa masuk universiti dan akhirnya berumah tangga. Keluar dari kepompong kehidupan kita dan membina keluarga sendiri. Sama seperti kita juga dahulu...
    Apa pun tahniah akak, di atas kejayaan anak-anak. Tentunya saya turut sama menumpang gembira.

    ReplyDelete
  14. Ha a....orang yg tak hadap mmg rasa sekejapkan SI. Yang tau pahit manisnya cuba tanya mak paknya. Yelah SI, dalam dunia ni mana ada benda yg senang. Lepas ni nampaknya abang dah boleh bernafas panjanglah kan SI. Mereka dah habis belajar

    ReplyDelete
  15. Wah akhirnya....berbaloi segala usaha...tahniah yer =)

    ReplyDelete