Total Pageviews

Friday 28 July 2017

Temujanji lagi

Assalamualaikum
Temujanji doktor pakar pukul 10 a.m.Sengaja aku lewat kan keluar rumah pukul 8 baru gerak.Tapi bila tiba dah siang,pening nak pakir kereta.Mana yang boleh je ,janji tak menghalang kereta lain keluar.
Kali ni ke Poliklinik semuanya dipermudahkan.Mungkin hari Khamis di klinik sakit puan tak ramai...tak sampai 1jam nama dah dipanggil ke bilek rawatan.
Walaupun dah lebih setahun pembedahan tapi setiap kali bertemu doktor sangat mendebarkan Bimbang result pap smear sebelum tu positif.Di hospital kerajaan ni kita tak boleh mengharap doktor yang sama.Mujurlah doktor kali ni bagi layanan dan rawatan yang terbaik...Tapi setiap biji butir perkataan KANSER keluar dari mulut beliau terasa ngeri bayangkan.Seperti tak percaya aku juga pernah menghidap penyakit bawa maut ....Mujurlah masih ditahap awal.
Syukur Alhamdulillah doktor bagitahu sel2 kanser takde lagi tapi tetap dipantau setiap 6 bulan sekali selama 5 tahun.Bimbang akan berulang.Selepas 5 tahun baru boleh kata bebas dan hanya temujanji setahun sekali.
Seperti biasa peneman setiaku encik suami.Bila tika dia buat rawatan aku pula penemannya.Kata susah senang bersama kan....:-)
Nasi bryani pemberian jiran jadi santapan kami petang semalam.

16 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar.. Moga dipermudahkanNya, aamiin..

    Akak dah buat ujian mamogram belum? Ia penting tu sbb berisiko tinggi..

    ReplyDelete
  3. ALHAMDULILLAH SYUKUR AMAT JAGA DIRI YA

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah tak berulang penyakit tu kat akak. semoga akak dan suami dan family diberi kesihatan yg baik2 saja.

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah kak...moga sel sel penyakit terus hilang hendaknya.

    sedap nampak nasi beriani tu

    ReplyDelete
  6. Apapun berjaga-jaga juga Saniah. Saya doakan moga Saniah bebas terus dari sel2 kanser. Sedih pulak hati saya... walaupun kita tak pernah bersua dan mengenali satu sama lain. Tp blog ini seolah2 mendekatkan persahabatan kita.

    Saya pernah terbaca buah durian belanda elok dimakan dan ia menghalang pembiakan sel2 terseut. Wallahualam! Cubalah google!. ohya... saya belum sempat lagi pos hadiahnya... nak tunggu Ojet cuti senin ni baru dia buat. Skg ni kami agak sibuk sikit.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah semoga saniah pulih sepenuhnya

    ReplyDelete
  8. Semoga akak sembuh sepenuhnya, inshaAllah....dengar kanser pun rasa dah meremang...

    ReplyDelete
  9. Semoga kak saniah terus diberikan kesihatan yg baik seterusnya..
    Mmg takut kan bila kita dah menghidapinya..
    Risau jugakan jika berulang lagi..

    Sedap tengok nasi beryani akak tu..
    Rezeki juga tu kak..
    Moga murah rezeki jiran akak tu..

    ReplyDelete
  10. Kak, tak tau saya nk cakap apa..
    Sbb saya pun hampir dlm situasi yg sama dgn akk, jadi saya faham..
    Cuma saya baru peringkat pra, tapi bmbang tu tetap Ada..

    ReplyDelete
  11. Kak, tak tau saya nk cakap apa..
    Sbb saya pun hampir dlm situasi yg sama dgn akk, jadi saya faham..
    Cuma saya baru peringkat pra, tapi bmbang tu tetap Ada..

    ReplyDelete
  12. Semoga SI semboh sepenuhnya dari penyakit merbahaya..

    ReplyDelete
  13. syukur alhamdulillah sel kenser dah tak ada.

    ReplyDelete
  14. Mudah2an diberi kesihatan yang berpanjangan
    dibebaskan daripada kemudharatan.
    Aamiin.

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah....semuanya baik. Lega kan SI.
    Nasi Briyani ke nasi minyak kalau lauk dia ada pajeri nenas mmg membangkitkan selera kan SI.

    ReplyDelete
  16. moga baik sepenuhnya ye kak.
    in shaa Allah.
    cek up jgn culas.

    ReplyDelete