Total Pageviews

Wednesday, 13 September 2017

Tapai ubi

Assalamualaikum
Sabtu 9hb  hantar Iqa ke Terminal Larkin untuk kembali ke U.Hari tu ada juga undangan pengantin di Kota Tinggi tapi dah tentu nya tak dapat hadir.Bagaimana pun kirim juga 'salam keruk' pada iparnya yang juga jiran kami.
Ahad lepas ambil Iman dari sekolah agama terus ke JB hantar Fateha ke rumah penginapan nya.Tiba rumah semula dah pun hampir 9 mlm.Dari jauh dah nampak satu beg kertas tersandar di berandah.Buka je tengok ,banyaknya makanan ringan dan goodies  .Walaupun tak diberitahu dah dapat agak kiriman dari pihak yang buat majlis pengantin semalam.Alhamdulillah rezeki kan....
Apa yang lebih best nya tu dapat dua bekas tapai ubi.Lama dah tak makan...Rasanya lebih sedap dari makan sebelum2 ni.Semuanya secukup rasa lembut dan manisnya.Mungkin juga yang membuatnya dah cukup mahir.
Kalau nak tahu Felda Simpang Waha Kota Tinggi ni agak terkenal dengan tapai ubi nya.Kalau kita lalu di jalan besar nya ada gerai yang menjual tapai  depan stesen minyak Petronas.Kami tak lah pernah membeli ,tau je lah suami ni banyak sangat tak makan nya.
Sebab tu tak terfikir pun nk belajar membuatnya....teringin sangat beli je jawapan nya.
Yang diberi ni pun masih ada lagi satu bekas tak terusik...dah anak2 besar takde hanya aku yang makan.Iman tak lah dipandang nya tapai ubi ni.

17 comments:

  1. cantik nampak tapai ubinya tu, saya jarang makan tapai ubi sebab jarang jumpa disini biasanya makan tapai pulutlah

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaaaa kak..
    Saya pun suka tapai ubi ni..
    Teringat arwah mak..
    Suka buat tapai..
    Yg kita ni tak belajar..
    Kalau teringin beli ajer..
    Bak kata akak tu..

    ReplyDelete
  3. Mak mertua punya faveret ni SI tapai ubi. Saya semua pun faveret hihi...

    Wahh... jarang jumpa tapai ubi dalam berkat ni. Yelah lagipun dah katanya makanan signature org Felda Waha ni tapai ubi ye SI. Haruslah termasuk dlm berkat.

    ReplyDelete
  4. Antara tapai ubi dgn tapai pulut saya lebih suka tapai pulut. Hubby pulak suka tapai ubi ni. Dia akan tambah dengan gula merah dan santan pastu letak airbatu. Katanya sedap!

    ReplyDelete
  5. wak pon dh lama x gi umah abg long kat felda simpg waha tuuhh., ;p

    pon dh lama x mkn tapai

    ReplyDelete
  6. tak pernah makan lagi tapai ubi. tapi nampak cantik je kejadiannya ya. mesti sedap

    ReplyDelete
  7. Tak berani makan Kak, takut berpinau biji mato. Bagi yg suka mmg sedap ni. Saya lebih tapai pulut, pun tak berani makan banyak.

    ReplyDelete
  8. kegemaran saya ni SI..kalau jumpa mesti beli..suami suka yg digoreng...
    biasanya kalau balik kelantan mesti borong banyak2..

    ReplyDelete
  9. Sedap. teringat dulu pernah makan:)

    ReplyDelete
  10. kalau yang betul2 jadi tu memang sedap.
    Kadang2 ada yang tak jadi.

    ReplyDelete
  11. Sedapnya tapai ubi.... makchaq peminat tapai.. pulut & ubi dua2 suka..

    Ada orang buat tapi ubi goreng tau SI.. macam goreng pisang jadinya.. sedap..

    ReplyDelete
  12. lamanya tak mkn tapai ubi, sedapnyerr

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Sedapp nampak tapai ubi tu, ni campur dengan santan kelapa segar dengan sedikit gula, memang terangkathehe.. Tapi tu masa kecil0kecil dulu la, sekarang tak berapa nak selera dah...

    ReplyDelete
  14. Dah lama tak makan tapai..sedapnya

    ReplyDelete
  15. buat tapai ni kena berseni.em..dapnya tapai ubi.lama tak makan

    ReplyDelete
  16. Dulu2 rajin buat sendiri tapai ubi ni.
    Sekarang senang beli aje sebab dah tak makan banyak.

    ReplyDelete