Total Pageviews

Tuesday, 5 September 2017

Kari daging burger

Assalamualaikum
Ini cerita dua hari sebelum AidilAdha.Stok barang basah kat aisbox pun dah hampir licin.Cadang esoknya baru nak berbelanja.Anak2 semua dah balik cuti.Bila lihat masih ada daging burger dalam aisbox....tiba2 teringat resepi daging burger masak kari seperti yang aku lihat dalam Facebook baru2 ni.
 Seperti masak kari ayam atau daging juga caranya cuma yang membezakan hanya gunakan daging burger saja.Tapi aku masak ikut resepi sendiri ...ikut selera sendiri.
Resepi kari daging burger
4 -5 keping daging burger (potong ikut suka)
Rempah kari( aku lebih suka gunakan rempah kari ikan Faiza)
Bawang merah
Bawang putih
Halia.
Serai
Kentang
Lobak merah
Tomato
Daun kunyit
Caranya
Bawang merah,bawang putih dan halia ditumbuk.Panaskan minyak masukkan serai yang dah dititik dan bahan2 yang ditumbuk. ..kacau hingga naik bau.Masukkan rempah kari yang telah dijadikan pes.Tumis hingga naik minyak....kemudian masukkan air secukup nya dan sehelai daun kunyit...(kenapa daun kunyit???....sebab suka rasanya bila pertama kali makan kari ayam di rumah jiran).Masukkan daging burger dan kentang .Masukkan juga lobak merah ....dan akhir sekali tomato yang dibelah 4.Bubuh garam secukup rasa....selesai.
Alhamdulillah semua anak2 suka.Iman berulang2 makan nasi.Seperti biasa kat rumah ni kalau masak kari jarang guna kan santan,sebab ramai yang kurang suka terutama Iman.
Kari daging burger ni hanya budak2 je yang makan.Aku sekadar makan kuah dan sayurannya je....memang sedap.Boleh je makan dengan nasi atau roti.

7 comments:

  1. WAH SEDAP SGT TU JADI KESUKAAN AIMAN

    ReplyDelete
  2. First time dengar masak kari guna daging burger.


    http://ceritaaisyaismail.blogspot.my/2017/09/sejarah-perngorbanan-nabi-ibrahim-dan.html

    ReplyDelete
  3. Oh, tak pernah tahu pun masak kari guna daging burger ni, kak. Bolehlah cuba kalau sedap ni. Di rumah saya memang kami suami isteri 'penggila' kari. Anak-anak pulak kalau kari daging tu sukalah. Kalau bab ayam, mereka tak berapa suka dibuat kari.

    ReplyDelete
  4. nampak sedap tu kari daging burger akak tu.

    ReplyDelete
  5. Daging beger tu mmg dah berasa, kalau dikarikan apatah lagi ye SI.
    Nasiblah mak Iman kreatif.
    Semalam saya masak kari daging korban SI. Saya pulak suka kari Adabi

    ReplyDelete
  6. wah tak pernah dibuat orang ni kak saniah. sedapnya. nanti boleh cuba. anak2 & suami ain dah la peminat kari.

    ReplyDelete
  7. Wah bagus ye daging berger boleh masak kari.
    Belum pernah rasa lagi.

    ReplyDelete