Total Pageviews

Monday 21 August 2017

Periuk kecil

Assalamualaikum
Minggu lepas kembali bertiga di rumah.Iqa yang masih cuti ikut Fateha ke Simpang Renggam.
Dah bertiga masak pun semua serba sikit .Adakala seperti syok sendiri masak ,last2 sendiri yang makan.Iman pun seharian berada di sekolah .Balik tengahari sekejap je dah kena pergi sekolah agama hingga 6.30 petang kerana ada kelas tambahan.Si ayah pun biasanya balik dalam pukul 5_6 petang.
Dah masak serba sikit ni ,lebih selesa masak dalam periuk kecil  untuk masak sayur atau gulai.Kadang tengok periuk tu macam main masak2 je...comel sangat.
.Sebenarnya kakak yang beri periuk2 ni sebab banyak tersimpan walaupun dah beri juga pada anak menantu nya.Kakak ni suka membeli barang online juga wow shop.Banyak barang keperluan rumah dia beli.Bab periuk ni kakak kata dia tengok catalog  macam besar je periuk2 nya...sekali dapat kecil je.,  hanya ukuran 6 inci je setiap satu...harganya setiap satu 75 RM ....kiranya kakak ni 'tipah tertipu' ...Tapi yang untungnya kami2 lah ,dapat periuk free.
Foto: sesuai sangat masak seekor ikan kerisi  ___asam pedas (lauk hari Jumaat lepas)
 Foto: beberapa ketul ayam masak kari(juga hari yang sama).

10 comments:

  1. untung juga tu kak, dapat periuk walaupun kecil dapat juga digunakan. ye lah kalau nak masak dalam kuantiti sedikit elok digunakan periuk yang kecilkan.

    sedap nampak kari tu

    ReplyDelete
  2. Kecik senang... Senang basuh, senang simpan... Hiii

    Jemput jalan ke blog saya...

    https://sihatbertenagabyfarhah.wordpress.com/2017/08/21/petanda-dan-risiko-cyst-semasa-mengandung/

    ReplyDelete
  3. Periuk kecil senang nak masak utk keluarga tak ramai

    ReplyDelete
  4. Saya pun suka periuk kecik2 ni, senang nk panaskan lauk2 yg tak habis tapi sayang nk buang dan masih boleh dimanfaatkan.
    Akk ni Kira rajinla duk sorg pun masih masak, kalo sayala, saya buat nasi goreng jer.

    ReplyDelete
  5. Untunglah Kak Saniah, orang lain membeli, orang lain yang menang memakai. Lain kali akak suruhlah dia beli lagi. Hahaha!

    Kat rumah saya memang takda periuk kecil. Semua periuk besar macam ada 10 orang ahli keluarga. Bila nak masak 2,3 ketul ayam, memang menangislah tengok periuk besar betul. Tapi saya selalunya guna wok aje.

    ReplyDelete
  6. Wahhh...mmg betul betul nak meraikan periuk baru nampak gayanya ni hihi.... yelah 2,2 pun berkuah.

    Ada jenis orang mmg mcm tu kan...dahlah suka soping pemurah pulak tu. Tak perlah SI.... kita jugak yg untung!

    ReplyDelete
  7. ok tu kak, sesuai dengan bilangan orangnya kan

    ReplyDelete
  8. Cantik kecil molek periuk tu kak saniah..
    Saya pun suka periuk kecik2 ni..

    Hihihi..
    Seekor ikan kerisi ye kak..
    Cukuplah tu..

    Bagus nye kakak akak tu..
    Rajin membeli dan rajin sedekah..

    ReplyDelete
  9. mak oi periuk apa tu kak saniah. kecik tapi punya mahal sampai RM75. macam brand terkenal je harganya. nasib bukan kak yg keluarkan duit kan. hulur tangan terima rezeki je. hihihi

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Kecil molek, kiut-miut periuk tu,Saya suka sangat dengan periuk kecik-kecik ni. Tapi mahal la pulak. Biasa la tuh kecil kiut-miut memang begitu harganya (saya agak la). Apa pun orang dah bagi, jadi rezeki tu

    ReplyDelete