Total Pageviews

Thursday 23 November 2017

Makan di kopitiam

Assalamualaikum
Gambar mee bandung ni dah lama tersimpan dalam draf...baru la ni dapat update.
Sedap mee bandung ni ,secukup rasa  pada selera kami.Makan masa pergi Simpang Renggam baru2 ni.
Masa balik dari rumah kakak,singgah di pekan Simpang Renggam hari masih siang lagi.Fateha kata nak singgah beli barang,bila dah masuk Waston jenuh menunggu dia keluar.Singgah pula ke kedai telefon ,nak beli aksesori henpon,satu kedai tak cukup ,pergi ke kedai lain pulak....Iman yang duk menunggu dengan si ayah dalam kereta dah kebosanan.
Bila kami masuk je dalam kereta,iman kata "laparrrr".Ok2 lah kita singgah kedai makan kat mana2....aku saja bagi dia mood.Sebenarnya di Simpang Renggam ni kedai makan banyak apatah lagi waktu malam.Cuma kami tak biasa dan tak tahu mna tempat makan yang sedap.
Kami terus kan perjalanan dan terus singgah ke WAU KOPITIAM .Sebenarnya kami dah  selalu makan di sini sebelum ni....sebab ini je lah yang kami tahu  tempat makan yang memenuhi selera kami.
Waktu kami singgah ni dah pun maghrib,rasa tak sesuai waktu nak makan.Lepas pelayan ambik order,pekara pertama tanya ada tempat solat tak?....Alhamdulillah ada surau walaupun terpaksa berkongsi lelaki/ perempuan.Nasib baik waktu tu takde sesiapa.Iman yang memang mulut over ni,sempat bertanya pada aku"mak orang kat sini tak solat ke?""hiss....jangan cakap macam tu,fikirkan yang baik2 ,mungkin dorang dah selesai, kita ni pun dah lewat dah ni" kata ku pada Iman.
 .Kami bergilir berdua2 sementara menanti makanan tiba.
Seperti biasa lah si ayah nak makan nasi je, jadi dia minta nasi ayam....nasi ayam di sini memang popular....rasanya ok lah.Iman dah
tentu dengan mee sup nya.Sementara tu aku dan Fateha berkongsi semangkuk mee bandung .....memang kalau aku dengan Fateha selalunya berkongsi sebab kalau  sorang semangkuk makanan tak pernahnya habis....membazir betul.
Dengan 3 gelas air dan 3 menu makan hanya Rm 20.40....murah kan.Kalau nak dibandingkan kat tempat aku yang juga kampung ni pun lagi mahal.
Lokasi kedai, keluar tol sebelah kiri menghala Simpang Renggam.Berdekatan dengan IKS dan tapak Pasar Jumaat.
Banyak pilihan makanan sebenarnya tapi tujuan kami sekadar untuk makan malam je ,tak terfikir nak makan berbagai2. Mungkin lain hari boleh cuba .....

12 comments:

  1. nampak sedap dan murah pulak tu harganya, kalau ditempat saya ni harga macam tu untuk seorang makan je la kak

    ReplyDelete
  2. Acik kalau oergi tengok anak di skudai tu belum jumpa kedai makan yang memenuhi citarasa saniah.esok nak pergi lagi ni..nak cuba2 cari lagi.dok hotel di taman u tu kedai makan banyak tutup petang

    ReplyDelete
  3. Salam singgah lagi :)

    Jom join GA saya,

    http://www.akuseorangtraveler.com/2017/11/give-away-hadiah-misteri-dari-astraveler.html

    ReplyDelete
  4. ok sangat nih kak. aduh teringin lak nak p cari mi bandung

    Ketahui apa petua terbaik untuk merawat keputihan di kalangan wanita

    ReplyDelete
  5. Nampak menyelerakan mee bandung tu kak saniah..
    Murah pun murah ye..

    ReplyDelete
  6. Murah tu Kak, kalo dekat harus Saya pun singgah ni.

    Biasa tu Kak, surau share, mmg Tak brpa selesa, nasib baik Ada surau Kan..walaupun Tak seberapa. Kadang Ada surau Kotor, Tak dijaga, telekungnya berbau, Saya sentiasa Ada beg telekung kalo pergi memana. Suka singgah petronas, suraunya bersih.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
    Sedap nampak mee bandung tu, harga kat situ pun murah. kalau di tempat saya rasanya tak dapat dengan harga 4 orang tu...

    ReplyDelete
  8. sedappppp

    jom la join n meriahkan GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
  9. murah tu. macam makan 2 orang punya harga. tapi yg ni dapat utk 3 orang. mee bandung pun nampak yummy

    ReplyDelete
  10. Dulu dulu sebelum ada highway selalulah jugak lalu Spg Renggam ni kalau nak ke Johor, tp la ni jarang sangatlah lalu jalan lama SI.
    Mee Bandung ni kalau dah lama tak makan, tekak pun mulalah teringin. Kat KLl ni nak dapat mee bandung sedap mmg susah SI kecualilah balik Muo hihi

    ReplyDelete
  11. Tempat WP ni Saniah.
    Sebenarnya kat Simpang Renggam ni berlambak kedai makan terutama waktu malam. Adalah beberapa kedai yang jadi pebret WP sekeluarga.

    ReplyDelete